Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Lin) perkataan yg diambil drpd bahasa asing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg telah diĀ­gunakan (terserap) di dlm sesuatu bahasa tetapi berasal drpd bahasa lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bolehkan saya dapat senarai kata-kata pinjaman bahasa Cina yang terdapat dalam Kamus Dewan? Sekian, terima kasih.

Dalam sumber rujukan kami tidak ada senarai khusus yang merupakan cabutan daripada mana-mana kamus tentang kata-kata pinjaman daripada bahasa Cina. Oleh itu, saudara perlu merujuk kamus untuk mengenal pasti senarai yang dimaksudkan. 

Lain-lain17.11.2009
Salam sejahtera. Selain dari Kata Pinjaman Umum Bahasa Malaysia (1988, terbitan DBP) dan Daftar Kata-Kata Pinjaman Umum dalam ejaan Rumi baru Bahasa Malaysia (1978, terbitan DBP) adakah pihak DBP akan mencetak penulisan/kamus khusus untuk kata pinjaman umum (bukan istilah saintifik/teknologi yang dipinjam) seperti yang dapat kita lihat untuk bahasa Jepun? A Guide to Modern Japanese Loanwords (Webb, 1990) A Dictionary of Japanese Loanwords (Evans, 1997) Loanwords in Japanese (Irwin, 2011) Terima kasih.

Belum ada kamus khusus untuk kata pinjaman. Sebagai panduan untuk mengetahui sumber sesuatu kata itu adalah dengan melihat kepada label pada kata tersebut seperti Ar bermaksud kata tersebut diambil daripada bahasa Arab, Br diambil daripada bahasa Brunei dan C diambil daripada bahasa kaum Cina.

Lain-lain05.09.2011
Apa itu kata pinjaman dan penjodoh bilanganKata pinjaman ialah kata-kata yang diambil daripada bahasa-bahasa lain selain bahasa Melayu seperti bahasa Inggeris, bahasa Eropah lain,bahasa Jawa atau bahasa serumpun lain. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan(seperti ekor untuk binatang, helai untuk kain, biji untuk buah, dll..)Makna22.09.2007
Adakah perbezaan antara Kata Pinjaman dengan Kata Serapan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata pinjaman ialah kata yang telah digunakan (terserap) di dalam sesuatu bahasa tetapi berasal daripada bahasa lain. Oleh yang demikian, kata pinjaman dan kata serapan membawa maksud yang sama.

Lain-lain14.02.2021
Salam sejahtera, adakah benar tidak digalakkan menggunakan kata pinjaman (kata yang sudah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu) jika ada padanan katanya dalam bahasa Melayu? Sedangkan bahasa Melayu itu bersifat dinamik. Contohnya kata ofis & pejabat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kata pinjaman ialah perkataan yang diambil daripada bahasa asing. Padanan yang diserap terus dalam bahasa Inggeris boleh terus digunakan sekiranya padanan tersebut sudah ada dalam kamus sahaja. Contoh perkataan yang diberikan, perkataan ofis hanya digunakan dalam bahasa percakapan sahaja tetapi dalam penulisan rasmi perlu menggunakan bahasa Melayu standard iaitu pejabat.Makna15.10.2019
senaraikan kata pinjaman yang tidak mengikut sistem keselarasan vokal bahasa Melayu.

Contoh kata pinjaman tidak menurut sistem ini seperti: kabaret, jaket, atom, kontraktor dan setem.

Sila rujuk juga laman-laman web berikut: 

faculty.unitarklj1.edu.my/.../POLA%20KESELARASAN%20VOKAL.doc 

www.slideshare.net/son_goku/pola-keselarasan-vokal1

www.scribd.com/doc/11606755/Pola-Keselarasan-Vokal

Lain-lain12.07.2009
1) sebutan baku kata pinjaman dari bahasa arab dalam istilah agama 2) transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokal1. Untuk makluman puan tidak ada satu keluaran khusus tentang sebutan baku kata pinjaman daripada bahasa Arab dalam istilah agama dalam pangkalan data kami. Untuk maklumat lanjut, puan boleh menyemak Buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi dan menyemak helaian demi helaian buku tersebut bagi mencari kata pinjaman daripada bahasa Arab.
2. Tidak ada maklumat tentang transkripsi sebutan dan penyukuan yang mengandungi vokalĀ  dalam pangkalan data kami. Sila rujuk buku atau makalah yang berkaitan.
Lain-lain23.01.2013
1. saya ingin bertnyakan soalan, bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat mengenai kata pinjaman bahasa asing yang digunakan dalam bahasa Melayu? 2.selain itu, bagaimanakah saya ingin mengetahui asal-usul kata pinjaman tersebut dan kelaskan mengikut pinjaman dari pada bahasa apa.. adakah tempat rujukan yang boleh saye dapati..?

DBP tidak menyediakan khidmat penyenaraian Kata Pinjaman Asing tetapi saudara mungkin boleh merujuk kamus terbitan DBP (seperti Kamus Dewan) yang ada melabelkan kata serapan daripada perkataan Arab sebagai (Ar) yang boleh membantu saudara. Sila rujuk juga buku/makalah yang berkaitan dengan etimologi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Tatabahasa17.03.2010
SEJAK BELAKANGAN INI, BANYAK KATA PINJAMAN DARIPADA B.INGGERIS DI'MELAYU'KAN. SAYA ADA MENYEMAK KAMUS DEWAN EDISI KE-4, KATA PINJAMAN ITU DITERIMA PAKAI MASUK DALAM DAFTAR ISTILAH. SEBAGAI CONTOH: CELEBRITY MENJADI SELEBRITI, CONCLUSION MENJADI KONKLUSI, PADAHAL KITA BOLEH TERJEMAHKAN KEPADA BAHASA MELAYU (ORANG YANG TERKENAL DAN KESIMPULAN). SAYA SEDIA MAKLUM B.MELAYU MEMPUNYAI SIFAT MUNDAH LENTUR DAN MUDAH MENERIMA PELBAGAI BAHASA TETAPI KENAPA KITA TIDAK MENGAMBIL LANGKAH MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU ITU SENDIRI??Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan sebuah kamus umum bahasa Melayu. Pengumpulan kata baru dan penghuraian makna bagi kata baru serta pengemaskinian makna pada kata yang sedia ada dibuat berdasarkan kajian korpus dan juga berdasarkan maklumat daripada kamus lain yang disusun dan yang diterbitkan oleh DBP sendiri, dan juga kamus terbitan penerbit lain. Kata-kata tertentu yang merupakan kata pinjaman diterima pakai sebagai istilah dalam bidang-bidang khusus dan sebagai Kata pinjaman digunakan dalam konteks khusus dan teknikal.         Lain-lain27.04.2008
Apakah perbezaan antara kata serapan dan kata pinjaman? Apakah contoh perkataan bahasa nusantara yang diserap ke dalam bahasa Melayu? Apakah konsonan rangkap?

Saudara,

Kata pinjaman dirujuk juga sebagai kata serapan. Antara contoh kata serapan daripada Nusantara yang diserapkan  calon, perabot, awet dsb.

Konsonan rangkap dirujuk juga sebagai gugus konsonan. iaitu st(stor), pr(proses), dr (draf).

Tatabahasa16.09.2010
12345678910...

Kembali ke atas