Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) kata utk memanggil; b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitĀ­an, terperanjat, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : a) kata utk menyeru (memanggil dll); b) kata yg dikeluarkan dgn tiba-tiba (kerana kesakitan, terperanjat, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg digunakan utk menyatakan rasa terkejut, rasa sakit dll spt aduh, oh, dan wah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kata (kata nama)
Bersinonim dengan ucap, tutur, bicara, cakap, nyata, titah, sabda, firman, lafaz, sebut, ujar, syarah, bahas;,
Kata Terbitan : sekata, katakan, berkata, berkata-kata, mengata, mengatakan, memperkatakan, terkata, perkataan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat perbezaan makna antara kata seru ` wah` dengan ` amboi `? Terima kasih.

Kata seru "wah" ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, kagum, dan sebagainya), contoh: Wah, dahsyat sungguh!. Manakala kata seru "Amboi" ialah kata seru untuk menyatakan rasa hairan (kasihan dan sebagainya) atau untuk mengusik seseorang: Amboi, lajunya kereta ini! Amboi cantik sungguh awak hari ini! dan sebagainya.

Tatabahasa03.05.2009
apakah perbezaan antara kata seru wah dengan amboiKata amboi merupakan kata seru untuk menunjukkan rasa hairan(kasihan dll.) atau untuk mengusik seseorang. Kata wah merupakan kata seru untuk menyatakan kehairanan(terkejut), kagum,dll.) Perbezaan penggunaan kedua-dua kata seru ini dapat dilihat dalam ayat yang berikut:  i. Amboi, lajunya kereta ini! ii. Amboi, cantik sungguh awak hari ini! iii. Wah, dahsyat sungguh! iv. Wah, bukan main banyaknya wang masuk! Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.   Tatabahasa27.02.2009
1) Adakah 'alah', 'alamak', 'ish', 'huh', 'erm' itu kata seru? 2) Dalam penulisan rasmi, kata seru harus ditegakkan atau dicondongkan?1. Alah, alamak, is dan huh merupakan kata seru. 2. Ditegakkan.Lain-lain27.10.2015
Apakah perbezaan penggunaan kata seru wah dan amboi dalam ayat? Terima kasihMengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini!Tatabahasa06.05.2014
APAKAH KATA SERU YANG SESUAI BAGI:- COMELNYA ADIK KAMU?ADAKAH BOLEH OH..TERIMA KASIH.

Puan Lynnie,

Untuk makluman puan, kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan perasaan. Ia digunakan dalam ayat seru. Berkaitan dengan pertanyaan puan, kata seru  amboi lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kagum atau hairan. Oleh itu, ayat puan dibina seperti yang berikut:

        1. Amboi, comelnya adik kamu!

        2. Amboi, mahal sekali pakaian ini!

  Manakala, kata seru oh lazimnya digunakan untuk menyatakan perasaan kecewa, terkejut, hairan dan sebagainya . Misalnya;

       1. Oh, sanggup engkau berbuat begitu!

       2. Oh, baru aku teringat!

       2. Oh, baru aku teringat! 

Tatabahasa28.05.2009
Aduh, letihnya saya hari ini! Apakah kata seru yang betul untuk menggantikan 'aduh'? Terima kasih!Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kata seru aduh digunakan untuk menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan). Sehubungan dengan itu, kata seru aduh digunakan kerana ayat yang saudara kemukakan itu berbentuk keluhan.Istilah07.07.2009
saya noppadol salehnoi sedang berajar University Fatoni selatan Thailand. ingin bertayaan DBP tentang Tatabahasa.apakah kata seru? terima kasihKata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah aduh, amboi, cis, oh, eh, wah, aduhai, syabas dan wahai.
Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.
Tatabahasa22.12.2013
Assalamualaikum. 1. Apakah perbezaan kata seru ' Wah' dan 'Amboi' dalam ayat. 2. Boleh sertakan contoh ayat sekali. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna amboi ialah kata seru yang menyatakan rasa hairan(kasihan dll) atau untuk memujuk. wah juga merupakan kata seru yang menunjukkan kehairanan(terkejut,kagum, dll). Oleh yang demikian tiada perbezaan yang jelas antara kedua-duannya dan kadangkala boleh bertukar ganti dalam ayat ini seperti:. 1.Wah/amboi, cantiknya pemandangan di sini! 2. Wah/amboi, hebatnya budak ini!Tatabahasa22.06.2011
Salam, Adakah penggunaan WOW, EH, WOO!, FUYYOH, FUHH dan seumpanya boleh digunakan untuk nama kempen produk perbankan di Bank Simpanan Nasional? Terima kasih

Perkataan wau, wah, eh, oh, huh dan seumpamanya merupakan kata seru. Kata seru lazimnya digunakan dalam dialog bagi penulisan kreatif. Dalam urusan rasmi seperti nama kempen, penggunaan bahasa Melayu yang baik dan betul haruslah menggunakan bahasa baku dan standard.

Tatabahasa29.08.2022
Apakah kata seru yang sesuai untuk menggambarkan bunyi batuk?Kata seru berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan tidak termasuk untuk menggambarkan bunyi batuk.Tatabahasa18.04.2012
123456789

Kembali ke atas