Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya menghadapi kemusykilan dalam penggunaan kata tanya dalam ayat penyata. Sejauh pengetahuan saya, kata tanya seperti “apa”, “berapa” , “bila” dan sebagainya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata. Sekiranya kata tanya tersebut ingin digunakan dalam ayat penyata, maka kata-kata tersebut perlu digandakan. Contohnya, ayat, “Nasri makan apa yang diberikan kepadanya.” adalah tidak tepat. Dalam konteks ini, ayat yang betul ialah “Nasri makan apa-apa yang diberikan kepadanya.” (kata tanya “apa” digandakan). Namun demikian, sekiranya wujud kata penegas seperti “jua”, “juga” dan ‘saja” selepas kata tanya “apa”, kata tanya dalam ayat tersebut perlu digandakan atau tidak? Contohnya, dalam ayat “Nasri makan apa jua yang diberikan kepadanya.” dan “Nasri makan apa saja yang diberikan kepadanya.” Perlukah kata tanya “apa” dalam kedua-dua ayat tersebut perlu digandakan sekirannya kata penegas seperti “jua”, “pun” dan “sahaja” hadir sejurus selepas kata tanya “apa”?

Saudara Boh,

Kata penegas memberikan penekanan pada bahagian tertentu dalam ayat. Dalam ayat penyata yang mempunyai kata penegas kata tanya yang digunakan dalam ayat tersebut masih digandakan.

Tatabahasa07.06.2010
saya keliru dengan penggunaan tanda koma dan koma bertitik. Saya sudah semak buku gaya dewan berkenaan ini tapi saya masih kurang faham. a) KATA TANYA; KATA PERINTAH DAN KATA SERU B) KATA TANYA, KATA PERINTAH DAN KATA SERU terima kasihPenggunaan tanda baca yang betul ialah tanda koma iaitu kata tanya, kata perintah dan kata seru.Tatabahasa13.05.2013
Tuan, bolehkah kata tanya digunakan pada ayat penyata. kata tanya seperti apa, mana, siapa, bila, bagaimana. sekiranya tidak boleh, apakah kata yang boleh digunakan untuk mengantikan kata tersebut? sekiranya ayat yang menggunakan kata tanya dalam ayat penyata salah, kesalahan ayat ini diklasifikiasi sebagai kesalahan apa? Contoh ayat: ibu bapa datang di mana untuk menyaksikan pertandingan itu. siapa yang menang akan diberi hadiah. Terima kasihKata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Dalam ayat contoh ayat yang diberikan ayat yang betul ialah ibu bapa datang untuk menyaksikan pertandingan itu dan pemenang akan diberi hadiah.Tatabahasa28.06.2012
Setahu saya, kata tanya tidak harus wujud dalam ayat penyata, tetapi pada praktikalnya kita sukar untuk menyingkirkan segala kata tanya dalam ayat penyata. Misalnya: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut mana yang harus dipilihnya. Bagaimanakah kita dapat menyingkir kata tanya dalam ayat seumpama ini? terima kasihAyat yang gramatis: Ahmad rambang mata kerana tidak tahu kasut yang harus dipilihnya. - kata tanya mana tidak perlu hadir dalam ayat ini kerana menjadi lewah bagi ayat tersebut.Tatabahasa06.12.2010
Nama awak siapa? soalan saya ialah adakah penggunaan kata tanya siapa di belakang salah? ada sumber menyatakan ianya adalah salah dalam penulisan kerana tidak baku. adakah semua kata tanya tidak boleh digunakan di belakang ayat?Untuk makluman, kata tanya boleh hadir di depan ayat dan di belakang ayat. Sekiranya diletakkan di depan ayat, kata tanya perlu disertai partikel -kah. Contohnya:

Berapakah harga barang itu?
Harga barang itu berapa?

Siapakah yang datang semalam?
Yang datang semalam siapa?

Bilakah mereka sampai?
Mereka sampai bila?
Tatabahasa12.03.2012
Salam sejahtera, Tuan/puan, Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya. Bolehkah kata tanya dimasukkan dalam ayat penyata seperti ayat di bawah? Ramalkan apa yang berlaku jika lapisan kornea tercalar. Minta penjelasan. Terima kasih.Kata apa boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana selain daripada berfungsi sebagai kata tanya apa juga bermaksud sesuatu yang kurang tentu.Tatabahasa29.06.2012
kenapa kata tanya hanya boleh digunakan dalam ayat tanya?kenapa kita perlu guna APA-APA tapi bukan APA dalam pembentukan ayat?Kata tanya digunakan dalam ayat tanya seperti Siapakah nama dia? dan Di mana dia tinggal? Kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata kerana dalam ayat penyata banyak perkataan lain yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat. Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa.Tatabahasa01.04.2013
Salam sejahtera, kata tanya tidak seharusnya digunakan dalam ayat penyata, namun bagaimana pula dengan frasa seperti "tidak mengapa" yang menggunakan kata tanya?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengapa bermaksud sebab apa, apa fasal; apa. Oleh itu, mengapa juga membawa maksud yang lain selain daripada kata tanya. Dalam konteks ini, tidak mengapa membawa maksud yang sama dengan tidak apa, tidak apa-apa atau tidak ada sesuatu.Tatabahasa25.11.2019
Bolehkah kata tanya 'siapa' digunakan untuk binatang? Contohnya: Siapa nama kucing awak?Kata tanya 'siapa' tidak boleh digunakan untuk binatang.Lain-lain08.08.2009
As salam... 1.Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata tanya . Adakah boleh digunakan dalam ayat biasa selain daripada ayat tanya 2.a.Dia menunjukkan bagaimana cara membuat kuih itu. b. Dia menunjukkan cara membuat kuih itu. c. Bertanya kepada pekerja bagaimana anda boleh membantunya meringankan beban kerja. d. Bertanya kepada pekerja cara anda boleh membantu meringkankan beban kerjanya. Mohon betulkan penggunaa kata tanya dalam keempat- empat ayat di atas?1. Kata tanya ialah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu, contohnya mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kata tanya hadir dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Sekiranya kata tanya dikedepankan, kehadirannya dalam bentuk tulisan hendaklah disertai partikel -kah.

2. Ayat a dan b, betul. Untuk ayat “a” perkataan “bagaimana” tidak berfungsi sebagai kata tanya, sebaliknya bertujuan untuk menerangkan cara sesesuatu itu dilakukan atau dengan jalan apa sesuatu itu digunakan.

3. Ayat c dan d tidak betul dari segi susunannya. Ayat yang betul ialah “Dia bertanya apa yang perlu dilakukan untuk meringankan beban kerja pekerjanya.”
Tatabahasa13.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas