Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
bisik Ibada.“Haiyaa, nuan bisik dengar berita wai” Tanya tauke Cina berseluar katuk perut buncit itu kepadanya. Dia cuba melatih percakapan Ibannya supaya lebih disenangi oleh ketua masyarakat di kawasannya itu.Jambatan Laut China SelatanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sigir, *sigik* Ib, MSrsebiji/satu.“Pulut panggang satu berapa harganya, cu?” tanya Ini Chakoi kepada seorang budak Melayu yang berjaja. Ini Chakoi sangat gemar makan pulut panggang. Dia memisahkan dirinya daripada teman-teman serumah panjangnya untuk mendekati anak Melayu yang sedang menjual pulut panggang itu. “Sigir, dua puluh sen, nek,” jawab budak itu. “Mahal sangat. Beri sepuluh sen satu.” “Sik dapat. Rugi kamek.”Bumi BertuahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
bertitik, *betitik* Bjmemukul kulintanganAda orang bertitik di sini, apa mereka buat? tanya Pak Hilun kepada salah seorang penduduk yang ada di tepi pangkalan di situ.Yanti Si Anak LautGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mansai Ibmenangkap ikan menggunakan sejenis alat yang dianyam daripada rotan atau bemban.Dapat tak ikan? tanya orang itu. "Dapatlah, tak pernah begini," jawab Ensimau. "Sebab itulah saya suruh awak mansai sebab saya lihat banyak ikan di situ tadi," jelas orang itu.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengait LB, Kyorang yang diupah untuk memotong kepala.Kenapa terjerit-jerit ni? Digeletek kalindahau? Diburu pengait? tanya Nek Mah lagi. Anak-anak rambut yang menyapu mukanya, ditolaknya ke belakang.Novel Senapang BembanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
manas II MSrmarah.Kenapa Jimbai perlu bertindak terburu-buru begitu? Kalau manas pun tanyalah dahulu ketika pulang. Tanya dahulu kenapa aku berjudi dan minum tuak dan langkau sampai mabuk.Buhul-Buhul Kasih Di Benang BasahGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pagung Bjsejenis tumbuhan (palma yg daunnya dibuat atap atau daun rokok); Nipa fruticans.Buat apa dengan pagung tu? Tanya Nanak. "Buat atap. Semalam hujan turun. Tempias hujan masuk ke dalam rumah. Bapa tak dapat tidur," jawab gadis itu.Susuk TingkayuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
tumpik Bj Sm, Tbsejenis kapal.Ya. Bukankah kakak lari dari kapal tumpik yang membawa kakak belayar dari Johor untuk dikahwinkan dengan Sultan Sulu? tanya Karini.Sitti ArianaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
iting LBsengat pada ikan keli, baung dan sembilang.“Baik-baik. Baung di situ bisa itingnya.” Kedengaran Pak Musa batuk-batuk. “Pak Ngah demam?” tanya Simin.Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngabang Ibseseorang yang datang sebagai tetamu rasmi dalam sesuatu upacara atau majlis.Adalah, nak menjemput kamu ngabang, kata Baring. "Eh, bilakah upacara ini diadakan saudara Baring?" tanya mereka lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12

Kembali ke atas