Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta/] | کاتق

Definisi : sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenis­jenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmu­nya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~, sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark tidak panjang, pendek: baju ~; meriam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark lipat-lipatan kulit pd leher dll, gelambir; berkatak-katak berlipat-lipat (bkn kulit dll), bergelambir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : beberapa jenis binatang berdarah sejuk yg bergerak dgn melompat dan hidup di air dan di darat; kodok. ~ kuak Kaloula pulchra. ~ pisang Rana erythraea. ~ puru Bufo melanostictus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katak

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Katak hendak jadi lembu.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TANYA MAKSUD : 1. seperti katak bawah tempurung. 2. seperti hujan ke pasirMerujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu seperti katak di bawah tempurung ialah amat picik pengetahuannya. Untuk mengetahui makna peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu atau layari laman sesawang DBP dan cari di carian kata.Lain-lain05.03.2009
Apa perbezaan maksud perkataan 'Kembung' dan 'Gembung' ?

kembungI

  • 1. kelihatan besar (kerana berisi angin), gembung, menggelembung, melembung; 2. agak keras dan terasa senak kerana masuk angin (bkn perut); katak ~ katak yg boleh menggembungkan (membesarkan) perutnya; ~ kempis seketika gembung seketika kendur (bkn perut), kembang kempis;

 

gembungI

  • = bergembung kembung, menjadi besar (kerana penuh dgn air, udara, dll); perut ~ kemasukan angin atau kena penyakit basal; bergembung dada berasa bangga (girang);

 

Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna06.12.2009
"Raja, kamu suka membaca buku cerita "Putera Katak" ini?" tanya Raju kepada Raja. adakah betul penggunaan tanda petik tersebut​Penggunaan tanda baca yang betul ialah "Raja, kamu suka membaca buku cerita Putera Katak ini?" Tanya Raju kepada Raja. Tajuk buku perlu dicondongkan (italik).Lain-lain02.03.2020
1.kamu , engkau , dan awak ada apa perbezaannya? 2.apakah maksud untuk `seperti katak diharung ular`(tidak dapat dicari) 3.apakah kesalahan untuk ayat ini? ~perselisihan faham itu pokok daripada perebutan harta pusaka1. Kamu ialah kata ganti diri kedua (orang yg menjadi lawan bercakap), awak, engkau. Oleh itu kamu, awak dan engkau sama sahaja maknanya, tetapi adasedikit perbezaan pada kata engkau, juga  ganti nama diri kedua tetapi biasanya digunakan untuk orang yg setaraf atau yg lebih rendah, dan digunakan juga utk Tuhan sewaktu berdoa).  2. Peribahasa seperti katak diharung ular tidak dijumpai dalam sumber rujukan kami.  3. Ayat ini tidak perlu menggunakan kata sendi daripada, yang betul - ~perselisihan faham itu pokok perebutan harta pusaka.Tatabahasa09.09.2008
1. Pokok yang berbunga di batangnya. Nama lain bagi pokok lidah katak. 2. Sejenis buah yang rasanya manis tetapi berkulit seperti kalbu dan berwarna perang terang bila masak.Kami tidak dapat memberikan jawapan kepada soalan yang berbentuk teka silang kata atau teka teki. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat atau hubungi Jabatan Pertanian, UPM atau FRIM  untuk rujukan lanjut.     Lain-lain03.07.2008
Peribahasa dalam ringkasan dan karangan respon terbuka dikira sebagai 1 perkataan saja? contohnya:"katak di bawah tempurung" peribahasa ini dikira sebagai 1 perkataan atau 4 perkataan?Dalam contoh yang diberikan jumlah perkataan ialah empat patah perkataan. Walau bagaimanapun untuk maklumat sahih, sila bertanya soalan tersebut kepada pihak yang berkaitan dengan peperiksaan seperti guru Bahasa Malaysia di sekolah saudara.Ejaan31.03.2012
Adakah perkataan `adalah` boleh dijadikan sebagai permulaan ayat?mengapa?bagaimana? apakah maksud bagi seperti katak diharung ular?Dalam bahasa Melayu, kata pemeri tidak boleh digunakan di hadapan ayat. 'adalah' ialah kata pemeri. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu.Tatabahasa11.09.2008
Adakah peristilahan melayu membezakan rabbit dan hare (mungkin rabbit itu arnab dan hare itu kelinci) sepertimana katak yakni frog dibezakan dengan kodok yakni toad atau rama - rama yakni moth dibezakan dengan kupu-kupu yakni butterfly? Selain itu, adakah bahasa melayu membezakan antara crocodile dan alligator? (saya tahu crocodile itu buaya, mungkin alligator mempunyai nama lain dalam bahasa melayu standard atau dialek atau bahasa rumpun yang lain).Rabbit diberikan padanan arnab, iaitu nama sejenis binatang pengunggis, suka memakan sayuran;  Lepus cuniculus. Hare pula diberikan padanan kelinci, iaitu sejenis binatang yang mengunggis, sejenis arnab, nama saintifiknya Oryctolagus cuniculusCrocodile diberikan padanan buaya, iaitu daripada   subkeluarga Crocodylinae. Alligator dalam bahasa Melayu diberikan padanan alligator, iaitu daripada keluarga Alligatoridae. Sila buat kajian lanjut jika anda berminat. Istilah20.10.2018
BERIKAN CONTOH LAGU HAIWANJika yang dimaksudkan ialah lagu yang bertemakan haiwan, contohnya ialah "lompat si katak lompat".Lain-lain03.07.2011
Dari manakah asal usul Simpulan bahasa dibawah berikut beserta tarikh mula digunakan di dalam bahasa melayu. Otak udang Tangkai Jering Durian runtuh Anak Emas Ajak-ajak ayam Malu-malu kucing Mati katak Pisau cukur Ringan tangan Serkap jarang

Makna tangkai jering - orang yang kedekut, durian runtuh - mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah, anak emas - sangat dikasihi ibu bapanya atau majikan. Ajak-ajak ayam - pelawaan yg tidak sungguh-sungguh. Untuk maklumat lanjut, sila dapatkan di pusat bahasa IPTA ata perpustakaan yang berdekatan. Kami di DBP sangat mengalu-alukan kedatangan saudara/ saudari ke Pusat Dokumentasi Melayu DBP untuk membaut rujukan.

Lain-lain21.02.2010
12

Kembali ke atas