Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta/] | کاتق

Definisi : sj binatang yg melompat, berkaki renang, berkulit licin, dan tidak berekor; jenis­jenisnya: ~ air, ~ betung, ~ hijau, ~ kuak, Kaloula pulchra; ~ lembu (bertanduk) sj katak, Megalophrys nasata; ~ pisang sj katak, Rana erythraea; ~ puru sj katak, kodok, Bufo bufo; ~ di bawah tempurung prb orang yg teramat picik pengetahuannya; ~ ditimpa kemarau prb berkeluh-kesah dgn tidak keruan; ~ hendak jadi lembu prb ingin melakukan sesuatu yg melebihi kesanggupan sendiri, hendak menyamai orang besar (orang kaya dsb); alim bagai ~ tepi air prb orang yg kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah drpd ilmu­nya; bagaimana hari tak hujan, ~ betung dlm telaga berteriak selalu prb orang yg selalu pergi ke rumah seseorang dgn tidak berketika dan dgn maksud yg tersembunyi; laksana ~, sedikit hujan banyak bermain prb orang yg suka membesar-besarkan perkara yg kecil; tak akan ada ~ beranak ular prb a) dikatakan mengenai yg mustahil terjadi kpd seseorang; b) orang yg pengecut (bodoh) tidak akan menjadi orang berani (pandai); terkilap-kilap bagai ~ disemburi prb tentang orang yg diam sahaja dlm suatu perbincangan; tiada akan licin ~ puru, jika sentiasa berhujan sekalipun prb orang yg hodoh jika memakai perhiasan sekalipun tidak akan menjadi elok. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark tidak panjang, pendek: baju ~; meriam ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : Mn ark lipat-lipatan kulit pd leher dll, gelambir; berkatak-katak berlipat-lipat (bkn kulit dll), bergelambir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta/] | کاتق

Definisi : beberapa jenis binatang berdarah sejuk yg bergerak dgn melompat dan hidup di air dan di darat; kodok. ~ kuak Kaloula pulchra. ~ pisang Rana erythraea. ~ puru Bufo melanostictus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katak

Puisi
 

Katak puru kerbau Perlis,
     Alah berlaga dengan gergasi;
Tempuh bahu nak bercakap tak boleh,
     Pandang mata terasa nak jadi.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Katak hendak jadi lembu.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru kelakuan (perbuatan) orang besar.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wau katakwau katakKesenianTiadawau tanpa tulang.
ecopheneekofenBiologiEkologiGerak balas berfungsi sesuatu populasi terhadap habitat tertentu. Misalnya, katak dari utara kawasan geografi tidak dapat menghasilkan embrio yang hidup jika dibiakkan dengan katak dari selatan, kerana telur katak dari utara berkembang dengan lebih cepat pada suhu yang rendah, manakala telur dari selatan pula sebaliknya.
frog eye diseasepenyakit mata katakBiologiPatologiPenyakit daun tembakau, terutama sekali yang sudah tua, yang menunjukkan gejala nekrosis dengan bahagian tengah berwarna putih seperti mata katak.
advertisement callpanggilan pikatBIOLOGITiadaBunyi seperti bunyi cengkerik yang dikeluarkan oleh katak jantan dewasa untuk memikat katak betina.
luregewangPerikananTiadaUmpan tiruan yang berbentuk seakan-akan ikan, sotong, serangga, katak atau udang. Umpan tiruan ini diperbuat daripada bahan-bahan seperti logam, plastik, kayu atau sabut. Rupa gewang yang menyerupai ikan, sotong, serangga, katak atau udang menjadi daya tarikan kepada ikan pemangsa.
leapfroglompat katakPendidikanTiadaTiada
cuttlefishsotong katakPerikananTiadaTiada
leapfroglompat katak; langkauKejuruteraanTiadaTiada
leapfroglompat katakSukanTiadaTiada
froghairrumput katakSukanTiadaTiada
12345

Kembali ke atas