Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ta.log] | کاتالوݢ

Definisi : 1. butiran senarai yg lengkap, biasanya mengikut abjad, berserta catatan tentang perinciannya; 2. senarai buku atau sumber di perpustakaan; mengkatalogkan 1. menyenaraikan mak­lumat tentang sesuatu barangan (spt buku, peralatan kosmetik) utk menghasilkan kata­log barangan yg berkenaan; 2. membuat klasi­fikasi (pd sesuatu barang atau maklumat) utk disusun di dlm katalog, mis buku di perpustakaan, maklumat di muzium: sebanyak 1200 buah buku sudah dikatalogkan utk bacaan umum; pengkatalogan proses dsb menyenaraikan sesuatu (nama barang, nama buku, dsb) dlm katalog, proses membuat katalog: sistem ~ di perpustakaan dgn penggunaan singkatan perkataan bahasa Malaysia; pengkatalog orang yg mengkatalogkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ta.log] | کاتالوݢ

Definisi : senarai atau daftar nama buku, barang dll dlm susunan tertentu (kadang-kadang terdapat harganya sekali). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
katalog (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan senarai, butiran, perincian, catatan, klasifikasi, daftar nama, faharasat.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jenis kata bagi istilah pengkatalogan, mengkatalog dan katalog (samada kata nama, kata kerja dsbgnya). Di antara istilah ini yang mana satu menunjukkan proses. Terima kasih.Katalog ialah kata nama, mengkatalogkan ialah kata kerja dan penkatalogan ialah kata nama yang menunjukkan proses membuat katalogTatabahasa26.07.2011
Apakah beza dan peranan bagi kamus-kamus ini: 1) Kamus Dewan (edisi ke-4) 2) Kamus Dwibahasa (edisi tahun 2001 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) c) Kamus (dwibahasa) Inggeris-Melayu Dewan (edisi 2002 spt dalam katalog OPAC di laman web DBP) Adakah dari segi nama? atau pengguna? dsb? Terima kasih.Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kamus ekabahasa(satu bahasa), kata masukan dan huraian dalam bahasa Melayu. Kamus Dwibahasa dan Kamus Inggeris Melayu Dewan ialah kamus dwibahasa(dua bahasa), kata masukan dalam bahasa Inggeris dan huraian dalam bahasa Melayu.   Lain-lain13.02.2008
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih

Salam,

Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik  Katalog Awam dalam Talian.  Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian.

Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan.  Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268).

Lain-lain26.01.2011
apakah maksud dan etimologi perkataan 'angka' dan 'kira'?Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP. Maklumat yang diperlukan oleh saudara dapat diperoleh secara lebih terperinci melalui rujukan pada Kamus Dewan DBP dan juga mengunjungi laman web DBP dan klik pada katalog awam dalam talian. carian bahan dapat diperoleh melalui katalog awam dalam talian. Terima kasih kerana menggunakan Khidmat Nasihat Bahasa DBP.Makna06.01.2007
macam mana untuk mendapatkan sumber tesis secara online?

Saudara boleh merujuk Katalog Perpustakaan Atas Talian seperti gemilang.ukm.my/,

www.umlib.um.edu.my/ , lib.iium.edu.my untuk mendapatkan bahan tersebut.

Lain-lain06.03.2008
Bagaimana cara mengakses bahan OPACSaudara boleh melayari Laman web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ) untuk tujuan tersebut. Lain-lain21.04.2010
artikel mengenai perkembangan bahasa kanak-kanak dan masalah pendengaran terdapat dalam keluaran mana dalam majalah DBPSaudara boleh merujuk Katalog Awam dalam Talian yang dikendalikan oleh Pusat Dokumentasi Melayu DBP yang boleh dicapai melalui laman web DBP.Lain-lain08.10.2007
Suhana Laila Jul 22nd, 2:03pm Salam, Saya cuba hubungi cawangan DBP di Johor Bharu tetapi tidak dapat. Saya ingin mendapatkan katalog buku dan kamus yang dijual di cawangan JB berserta harganya. Harap tuan/puan dapat membantu saya dalam pertanyaan ini. Terima kasih. SuhanaSalam Sejahtera, Mohon Puan untuk menghubungi Koperasi DBP di talian 03-21479636 bagi mendapatkan maklumat lanjut yang berkenaan. Terima kasih.Lain-lain22.07.2014
Norhazalina Hashim SAT 2:47PM Salam Saya guru Pusat Sumber SK Bangsar.. Ingin membeli buku untuk bahan bacaan murid dan guru. Pembayaran secara lo boleh Kan.... Boleh beri katalog senarai bukuUntuk maklumat lanjut, puan boleh menghubungi Kedai Buku DBP melalui talian 03-21455501 atau e-mel koopdbp@yahoo.com.Lain-lain12.12.2015
PERANAN GURU SEBAGAI PELAJAR. GURU SEBAGAI PELAJAR SEPANJANG HAYAT. NYATAKAN 5 RASIONALNYA DALAM KONTEKS DAN ALAM PENDIDIKANuntuk makluman, saudara boleh melayari Laman Web DBP di bawah kategori Katalog Awam Dalam Talian ( KAWAT ) ( OPAC - Online Public Access Catalog ). Sehingga kini, hasil carian kami sebanyak 526 judul hasil tulisan penulis tentang "Guru". Oleh itu, sdr. dinasihatkan mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk mendapatkan makalah yang berkaitan dengan "guru".Lain-lain30.11.2007
1234567

Kembali ke atas