Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.te.go.ri] | کاتݢوري

Definisi : 1. bahagian dlm sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dsb) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu: majalah ini boleh digolongkan dlm ~ majalah pengguna; 2. asas atau dasar sesuatu pengertian (dlm falsafah); mengkategorikan memasukkan ke dlm atau menentukan sbg tergolong dlm sesuatu kategori tertentu: permainan ini boleh dikategorikan sbg sukan rakyat yg amat digemari oleh rakyat; pengkategorian proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan: penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yg tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.te.go.ri] | کاتݢوري

Definisi : kumpulan atau kelas orang, barang-barang yg mempunyai ciri-ciri tertentu; jenis: Barang-barang itu dibahagikan kpd dua ~. mengkategorikan membahagikan mengikut kategori. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kategori (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan kumpulan, golongan, bahagian, klasifikasi martabat, tingkatan, darjat.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 
BAHAN ELEKTRIKSemua bahan elektrik boleh dibahagikan kepada tiga kategori bergantung kepada kebolehannya mengalirkan arus elektrik iaitu konduktor, semikonduktor, dan penebat.FIZIKKonsep
SENI HIAS

Seni hias ialah istilah yang digunakan untuk

pelbagai kategori termasuk perabot, kerja kayu,

dan kaca. Istilah seni hias juga merujuk kepada

seramik (porselin dan tembikar) dan kerja logam

(emas, perak, gangsa, dan logam-logam lain).

UMUM 
MICHENER, JAMES ALBERT

Michener, James Albert (1907–1997) ialah

pengarang Amerika yang telah memenangi

Hadiah Pulitzer tahun 1948 bagi kategori fiksyen

untuk koleksi ceritanya, Tales of the South Pacific

(1947). Buku itu menghuraikan kehidupan anggota

tentera Amerika Syarikat di kalangan penduduk

Kepulauan Solomon semasa Perang Dunia II.

Joshua Logan, Richard Rodgers dan Oscar

Hammerstein II menerbitkan komedi muzikal

mereka, South Pacific (1949) berasaskan koleksi

cerita Michener.

UMUM 
PORTER, KATHERINE ANNE

Porter, Katherine Anne (1890–1980) ialah penulis

Amerika yang terkenal terutamanya kerana cerpennya.

Koleksi cerpennya Collected Stories (1965) memenangi

Hadiah Pulitzer bagi kategori fiksyen pada tahun 1966.

Karya terkemuka Porter menggambarkan tentang

keinginannya terhadap politik dan fahaman kebebasan

sosial. Kebanyakan ceritanya berunsur keagamaan

yang menggambarkan latar belakangnya yang

beragama Roman Katolik. Porter menghasilkan

cerpennya berdasarkan kawasan tertentu seperti Amerika

Selatan atau Barat Daya, Mexico, ataupun Eropah.

UMUM 
PERADUAN MENGARANG DRAMA

PERADUAN MENGARANG DRAMA, peraduan menulis genre drama. Peraduan ini pertama kali diadakan pada tahun 1963 di bawah anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Peraduan ini dibahagikan kepada kategori A dan B. Peraduan ini menekankan penciptaan skrip drama yang sesuai untuk dilakonkan oleh murid-murid pada peringkat sekolah rendah bagi kategori A dan pada peringkat sekolah menengah bagi kategori B.

SASTERAKonsep
MAHRAM

Mahram, lelaki dan perempuan yang diharamkan berkahwin.  Para fuqaha telah membahagikan pengharaman berkahwin antara lelaki dan perempuan kepada dua kategori iaitu Haram Mu‘abbad dan Haram Mu‘aqqat. Dalam kategori yang pertama, lelaki dan perempuan diharamkan berkahwin disebabkan tiga perkara iaitu nasab keturunan, persemendaan, dan penyusuan.

AGAMAKonsep
PERLUMBAAN MOTOBOT

Perlumbaan motobot ialah sukan yang menarik

dan banyak persaingan. Perlumbaan ini diadakan

untuk menguji prestasi motobot dan kemahiran

pemandunya. Setiap tahun, beribu-ribu orang

bertanding dalam pelbagai perlumbaan motobot.

Kategori perlumbaan berdasarkan faktor seperti saiz

bot, bentuk badan bot serta lokasi dan kekuatan enjin

bot.

UMUM 
MITCHELL, MARGARET

Mitchell, Margaret (1900–1949) ialah

pengarang Amerika yang menghasilkan novel

Gone with the Wind (1936), salah sebuah novel

yang sangat popular. Novel ini memenangi Hadiah

Pulitzer pada tahun 1937 bagi kategori fiksyen.

Gone with the Wind ialah

kisah tentang Negeri-negeri

Selatan Amerika

semasa Perang Saudara

Amerika, dari sudut

pandangan penduduk di

negeri selatan Amerika.

UMUM 
REBANA

REBANA, alat muzik tradisi Melayu jenis gendangan yang tergolong dalam kategori membranofon (membronophone). Alat muzik ini mempunyai kerangka yang bulat yang diperbuat daripada kayu dan sebelah mukanya ditutupi oleh kulit binatang. Rebana berbunyi lantang. Ianya berfungsi untuk mengiringi persembahan tarian dan nyanyian Melayu tradisi atau sesuatu upacara perarakan rasmi. Biasanya atal muzik ini dimainkan secara berkumpulan atau berpasangan.

BUDAYAAlat/Alatan
123

Kembali ke atas