Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.til] | کاتيل

Definisi : sj perabot tempat seseorang tidur atau baring, ranjang; ~ bujang katil utk seorang; ~ kelamin katil utk dua orang; bersekatil bersama-sama di atas satu katil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.til] | کاتيل

Definisi : perabot berkaki empat (biasanya dibuat drpd kayu, besi dll) utk tempat tidur; ranjang. ~ bujang katil utk seorang. ~ kelamin katil utk dua orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata katil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah terjemahan yang betul untuk day bed: 1) katil siang 2) katil boleh simpanKami mencadangkan padanan bahasa Melayu bagi day bed ialah katil siang.Lain-lain02.05.2020
Salam sejahtera, 1.Zali mengemas katil supaya (bersih). 2.Wei Han mengemas katil supaya (kemas). 3. Ibu mengemop lantai dengan mop. Adakah ketiga -tiga ayat ini betul?Ayat yang tepat adalah seperti yang berikut:

1. Zali membersihkan katil.
2. Wei Han mengemaskan katil.
3. Ibu mengemop lantai.
Tatabahasa05.07.2023
AYAT YANG MANA SESUAI DIGUNAKAN " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT" ATAU " SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM PESAKIT DITINGGALKAN" ATAU PIHAK TUAN BOLEH MENCADANGKAN AYAT YANG LEBIH SESUAI UNTUK DILETAKKAN DI PAGAR KATIL PESAKIT DI WAD. TERIMA KASIHAyat yang sesuai ialah "SILA PASTIKAN PAGAR KATIL DINAIKKAN SEBELUM MENINGGALKAN PESAKIT"Tatabahasa19.01.2018
Betul atau salah? 1. keluar rumah 2. keluar dari rumah 3. mengemas katil 4. mengemaskan katil 5. peti kecemasan 6. peti pertolongan cemas 7. ambulans 8. kereta ambulans 9. Adik menangis kerana sakit. 10. Adik menangis kerena dia sakit. 11. terjaga dari tidur. 12. terjaga daripada tidur 13. mengeluarkan wang dari dompet 14 mengeluarkan wang daripada dompet 15. terjaga dari tidur 16 terjaga daripada tidur 17. Dia ada hanya sebatang pen. 18. Dia hanya ada sebatang pen. 19. Tiada sesiapa yang datang menolongnya. 20. Tiada sesiapa pun yang datang menolongnya. 21. Tanam-tanaman dihanyutkan air. 22. Tanam-tanaman dihanyutkan oleh air. 23. menggantung belon 24. menggantungkan belon Saya difahamkan bagi benda abstrak, kita tidak boleh menggunakan penjodoh bilangan. Mengapakah saya masih nampak frasa seperti sebuah lagu? Apakah penjodoh bilangan bagi lagu, cerita, tin dan negeri?

Ayat yang betul ialah ayat no. 2, 4, 6, 7, 9, 12, 14, 16, 18, 19 & 20, 21, 24.  Penjodoh bilangan dengan kata nama abstrak sangat terbatas penggunaannya. Selama ini hanya terdapat dua penjodoh bilangan sahaja yang digunakan dalam konteks berkenaan, iaitu patah untuk perkataan dan buah untuk cerita, puisi, negara, masyarakat, parti politik, persatuan dsbnya. 

Tatabahasa25.10.2010
ANTARA YANG BERIKUT PENGGUNAAN TANDA BACA KOMA MANAKAH YANG LEBIH TEPAT?. DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL DAN ALMARI.. ATAUPUN DI RUMAH SAYA TERDAPAT KERUSI, MEJA, KATIL, DAN ALMARI.Ayat yang betul ialah "Di rumah saya terdapat kerusi, meja katil dan almari."Tatabahasa01.04.2010
Ayat i atau ii yang betul. i Saya berada lebih kerap di atas katil kerana sakit lutut. ii Saya lebih kerap berada di atas katil kerana sakit lutut.Semua pilihan jawapan tersebut betul.Lain-lain27.04.2022
Aku bangun lantas duduk di/ke atas katil Yang mana satu betul? Di atau Ke? Bagaimana nak guna kedua-dua perkataan ni?

Kata sendi nama "di" digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju.

Contoh ayat: i) Dia berbaring di atas katil sambil menyilangkan tangan ke dada.

                   ii) Ratna menghempaskan badannya ke atas katil.

Tatabahasa15.10.2021
1. Syor agar istilah PESAKIT TERLANTAR lebih sesuai untuk BEDRIDDEN PATIENT kerana a). bedridden adj terlantar sakit di katil. Kamus Inggeris-Melayu Dewan b). Kamus Sains. bedsore (kudis tekanan) Inflamasi dan ulser yang terjadi pada bahagian anggota yang tertekan pada tilam bagi pesakit yang lama terlantar di atas katil seperti yang berlaku pada pesakit lumpuh atau koma. Keadaan ini boleh dielakkan dengan mengubah kedudukan pesakit. Sinonim decubitus ulcer. (UBAT) Makanya istilah PESAKIT TERDAMPAR lebih sesuai untuk STRANDED PATIENT 2. Apakah bezanya "telantar" dengan "terlantar" 3. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Terkapar? 5. Apakah sesuai istilah Pesakit Terlantar juga dikatakan Pesakit Tersadai?

1 (a). Pesakit terlantar boleh digunakan sebagai padanan bahasa Melayu untuk bedridden patient.

 

1.  (b) Menurut The Emergency Care Improvement Programme (ECIP) di England,  stranded patients ditakrifkan sebagai “patients with a length of stay of seven days or more.”  Huraian lanjut pula;  

 

A stranded patient review is a snapshot audit of a health setting (for example, an acute trust or whole health system) on a single day, to find out what patients are waiting for and how many could be treated in a different setting. It identifies what the clinical plan is for each stranded patient, and what the next steps will be on the day of review.

 

A stranded patient review, even if done only once, will provide useful information about your ward, trust or system. Reviews highlight opportunities to care for patients in a different, potentially safer, way by overcoming key delays and identifying patient groups currently stuck in your system who could be cared for at home. Patient stories can convince everyone in the system that it’s important to overcome delays in discharge, and act as a catalyst for bigger improvements. These reviews are likely to dispel myths in your system about why patients are waiting.”

 

Berdasarkan huraian di atas, kami mencadangkan perkataan “pesakit terkandas” sebagai padanan bahasa Melayu untuk stranded patient berpandukan maksud kiasan perkataan “terkandas”, iaitu tersekat atau terbantut di tengah jalan. (Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat).  

 

2. Ada kesilapan penaipan pada perkataan “telantar”. Ejaan yang betul ialah “terlantar” kerana dalam bahasa Melayu hanya ada imbuhan “ter”.


3. Pesakit tersadai lebih sesuai digunakan jika pesakit dalam situasi terbaring belunjur seperti dalam contoh yang diberikan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat seperti yang berikut:

 

“tersadai 1. terbaring belunjur (orang sakit dll): sudah seminggu ia ~ di atas katil itu, belum ada sesiapa yg datang; 

 

4. Pesakit terkapar tidak sesuai kerana terkapar bermaksud terbaring atau terserak di sana sini dgn tidak menentu. 

Istilah18.11.2018
Manakah yang betul? Seorang pesakit bersandar ( di / pada ) katil.Kata sendi “pada” merupakan perkataan yang diletakkan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Maka, ayat yang betul ialah: Seorang pesakit bersandar pada katil. Rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 275.Tatabahasa26.03.2014
Apakah padanan yang sesuai untuk "cots" yang merujuk kepada a camp bed, particularly a portable, collapsible one.?Merujuk kepada Kamus Inggeris-Melayu Dewan, padanan bagi cot ialah
1. katil budak atau kot
2. katil lipat.
Makna13.10.2017
123

Kembali ke atas