Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kaum] | قوم

Definisi : 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh­tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsa­wan, dsb); ~ borjuis golongan orang per­tengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pang­katnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembah­yang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg ber­kaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kaum] | قوم

Definisi : 1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAUM MUDA-KAUM TUA

KAUM MUDA-KAUM TUA, dua garis fahaman keagamaan di Nusantara. Golongan Kaum Muda-Kaum Tua di Nusantara muncul pada dasawarsa pertama abad ke-20. Golongan Kaum Tua berpegang pada pemikiran dan amalan tradisional dan golongan Kaum Muda pula menginginkan pembaharuan yang tidak dikongkong oleh tradisi yang ada dari sudut permasalahan agama.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
NABI HUD A.S.

Nabi Hud a.s. ialah salah seorang daripada utusan

Allah. Nabi Hud a.s. diutuskan kepada kaum ‘Ad iaitu

kaum Arab yang paling awal yang diketahui. Dalam

al-Qur’an diceritakan bahawa terdapat kaum ‘Ad I

dan kaum ‘Ad II. Kaum ‘Ad I ialah ‘Ad Irm yang

tinggal di dalam khemah. Manakala kaum ‘Ad II ialah

penduduk negeri Yaman dari keturunan Qahtan,

Saba ’ dan keturunan dari keduanya. Zaman

kehidupan kaum ‘Ad ini tidak diketahui dengan

tepat. Ini disebabkan al-Qur’an sendiri dan hadith-

hadith tidak menyebutkan tentang tarikh kewujudan

mereka. Selain itu, tidak terdapat bukti dari kesan-

kesan yang ditinggalkan sama ada berbentuk

tulisan-tulisan sejarah yang mungkin boleh dibuat

sandaran berhubung dengan tarikh kewujudan

mereka.

UMUM 
ADI GRANTH

Adi Granth, yang bermakna Kitab Asal, ialah kitab

suci kaum Sikh. Kaum Sikh ialah pengikut ajaran

Sikhisme, salah satu agama di India. Adi Granth ialah

suatu koleksi lebih daripada 6000 gita puja.

UMUM 
KAUM KANAAN

Kaum Kanaan ialah orang yang disebut dalam

Wasiat Lama . Kaum Kanaan mendiami Canaan,

nama Palestin dalam kitab Bible, kira-kira pada

tahun 3000 S.M. Mereka merupakan penduduk

utama di tanah ini sehinggalah orang Israel

menakluknya pada tahun 1200 S.M. (lihat Palestin

[Sejarah awal dan penempatan orang Ibrani]).

UMUM 
KAUM HIPI

Kaum hipi ialah anggota pergerakan remaja

pada tahun 1960-an dan 1970-an yang bermula di

Amerika Syarikat dan merebak ke Kanada, Great

Britain dan banyak negara lagi. Kaum hipi menolak

adat resam, tradisi dan gaya hidup masyarakat dan

cuba mengembangkan cara hidup mereka sendiri.

UMUM 
NABI SALIH A.S.

Nabi Salih a.s. diutuskan kepada kaum Thamud.

Nabi Salih a.s. menyeru kaum Thamud agar

menyahut seruan baginda iaitu menyembah Allah

Tuhan Yang Maha Esa. Baginda mengajak kaum

baginda agar sentiasa mengingati kebesaran Allah

SWT, tanpa mengharapkan sebarang ganjaran.

Namun kaum Thamud menolak mentah-mentah

seruan Nabi Salih a.s. dan menuduh baginda

sebagai ahli sihir.

UMUM 
GAWAI

GAWAI, perayaan yang diamalkan oleh suku kaum Dayak dan kaum-kaum lain di Sarawak. Umumnya, gawai disambut oleh penghuni sesebuah rumah panjang. Dalam bahasa Iban, ‘gawai’ atau ‘gawa’ bermakna apa sahaja jenis pekerjaan atau kegiatan yang dijalankan.

BUDAYAAdat
ORANG ASLI AMERIKA CARIB

Orang Asli Amerika Carib ialah kumpulan

suku kaum Orang Asli Amerika di Amerika Selatan

yang suka berperang. Kaum ini kebanyakannya

tinggal di Lembah Sungai Amazon dan di kawasan

tanah pamah Guiana. Perkataan Inggeris cannibal

berasal daripada nama Sepanyol. Cannibal merujuk

kepada suku kaum ini yang memakan tawanan

perang mereka. Lebih kurang pada tahun 1300,

kaum Orang Asli Amerika Carib berpindah dari

Amerika Selatan ke kepulauan di Laut Caribbean

yang kini dikenali sebagai Kepulauan Windward.

Mereka menawan kepulauan ini daripada kaum

Orang Asli Amerika suku Arawak (lihat Orang Asli

Amerika ).

UMUM 
KAUM BANGSAWAN

Kaum bangsawan merupakan golongan yang

dianggap memiliki kedudukan yang tinggi dalam

masyarakat. Mereka mempunyai status politik khas

dan sosial. Status bangsawan adalah diwarisi, dan

ia membawa gelaran seperti duke atau earl.

UMUM 
GAWAI DAYAK

GAWAI DAYAK, perayaan rasmi tahunan kaum dayak iaitu suku kaum Iban, Bidayuh dan Orang Hulu yang tinggal di Sarawak.

BUDAYAAdat
12345678910...

Kembali ke atas