dondang sayang | dondang sayang | Muzik | Tiada | Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih. |
communal parity | persamaan kaum | Sejarah | Tiada | Pembahagian atau pengagihan yang sama rata bagi semua kaum dalam sesebuah komuniti sama ada daripada segi harta atau status sosial. |
patriarchy | patriarki | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pandangan feminisme yang menyatakan bahawa kaum lelaki menggunakan pengaruh atau kedudukan mereka untuk mengawal dan menguasai kaum wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam menentukan jenis kesalahan jenayah wanita serta tindak balas undang-undang. |
xenophobia | xenofobia | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid. |
social justice | keadilan sosial | Sains Politik | Politik Perbandingan | Layanan saksama yang diberikan kepada setiap individu atau masyarakat tanpa mengira kaum, daerah atau keturunan. Semua kaum memiliki kedudukan yang sama di bawah pentadbiran kerajaan, undang-undang atau kebajikan. Setiap kelompok memiliki kebebasan untuk hidup aman, bekerja, mengamalkan agama dan menggunakan bahasanya sendiri tanpa larangan, sekatan atau sebarang gangguan. Kebanyakan parti sosialis meletakkan prinsip asas mereka kepada perjuangan keadilan sosial kerana menolak sebarang penindasan oleh golongan atasan. |
dress lounge jacket | jaket santai | Kesenian | Tiada | Istilah Inggeris untuk jaket petang separa rasmi yang dipakai oleh kaum lelaki pada tahun 1888. Pada asalnya dipakai untuk perjumpaan di kalangan kaum lelaki saja. |
aumoniere | aumonier | Kesenian | Tiada | Pundi kecil yang dibuat daripada sutera atau kulit yang digantung pada tali pinggang, pakaian kaum lelaki hingga ke Zaman Pembaharuan. Sekarang, pundi tersebut juga digunakan oleh kaum wanita untuk membawa alat-alat solek mereka. |
aulmoniere | aulmonier | Kesenian | Tiada | Pundi kecil yang dibuat daripada sutera atau kulit yang digantung pada tali pinggang, pakaian kaum lelaki hingga ke Zaman Pembaharuan. Sekarang, pundi tersebut juga digunakan oleh kaum wanita untuk membawa alat-alat solek mereka. |
aulmoner | aulmoner | Kesenian | Tiada | Pundi kecil yang dibuat daripada sutera atau kulit yang digantung pada tali pinggang, pakaian kaum lelaki hingga ke Zaman Pembaharuan. Sekarang ini pundi tersebut juga digunakan oleh kaum wanita untuk membawa alat-alat solek mereka. |
tribal politics | politik kabilah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Politik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan. |