Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wad] | کاود

Definisi : perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg me­libatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak; ~ cam proses mengecam orang yg disyaki dlm sesuatu jenayah dgn membariskan mere­ka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiayai; ~ kaki kawad oleh anggota pasukan pakaian seragam, terutamanya tentera dan polis yg mengutamakan pergerakan kaki serentak; ~ perpisahan kawad yg diadakan bagi meraikan perpisahan seseorang pegawai tinggi (spt polis dan tentera) yg akan bersara; ~ senjata kawad (polis, tentera dsb) dgn mem­bawa senjata api spt M16; berkawad berbaris atau berjalan dgn rentak yg sama (bkn tentera, polis, dll), mengadakan perbarisan: satu pasukan Askar Melayu Diraja akan ~ di Stadium Merdeka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wad] | کاود

Definisi : perbarisan oleh anggota pasukan seragam, terutamanya tentera dan polis yg melibatkan pergerakan kaki, tangan dan badan serentak. ~ cam proses mengecam orang yg disyaki terlibat dlm sesuatu jenayah dgn membariskan mereka di hadapan pihak berkuasa atau orang yg dianiaya. berkawad berjalan dgn rentak kaki yg sama; berbaris; mengadakan perbarisan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kawad


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH

PASUKAN SUKARELAWAN KEDAH, pasukan tentera sukarelawan.  Pasukan Sukarelawan Kedah (Kedah Volunteer Force) ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1933. Pasukan ini bermula dengan unit sukarelawan Kedah yang ditubuhkan pada 5 Ogos 1914.  Penubuhan unit ini tidak tertakluk di bawah mana-mana enakmen.  Kegiatan unit ini diselenggarakan oleh sebuah jawatan-kuasa yang terdiri daripada lima orang dan diketuai oleh seorang komandan. Jawatankuasa ini dilantik setiap tahun.  Unit sukarelawan Kedah bermula dengan 18 orang anggota dan tidak pernah melebihi 25 orang.  Mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membeli uniform dan peluru. Latihan kawad untuk anggota unit ini di bawah kelolaan Pesuruhjaya Polis.  Mereka menggunakan senjata carbain polis dan senjata lama, LY. Arms.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas