Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ulu banat[ulu bA.nAt] kawasan pedalamanBudak-budak baru keluaq maktab selalu kena hantaq dekat ulu banat.[bu.dA/.bu.dA/ bA.Òu k«.lu.wA)Ö mA/.tAb s«.lA.lu k«.nA hAn.tA)Ö d«.kAt uluPelajar lepasan maktab selalu dihantar bertugas di kawasan pedalaman.
   2. kawasan memasak dan mengurus hidangan untuk majlis kenduri kahwin.Kalu nak tambah dalca hang pi ambek dekat gedohoq.[kA.lu nA tAm.bAh dAl.tSA hAN pi Am.bE d«.kAt g«.do.h)Ö]Kalau hendak tambah dalca lagi kamu pergi ambil di gedohok.
acaq[A.tSA)Ö]kata namakawasan takungan air buangan seperti air mandi, air basuhan pinggan dan lain-lain.Sepa tak makan itek pasai dia suka sudu acaq.[sE.pA tA mA.kAn i.tE pA.sAj di.jA su.kA su.du A.tSA)Ö ]Kami tidak makan itik sebab itik suka menyudu acaq.
kelitin[k«.li.tin]kata kerjaberlegar-legar dalam sesuatu kawasan dengan mempunyai maksud tertentu.Nampak dari tadi lagi dia dok kelitin depan rumah anak combi.[nAm.pA/ dA.Òi tA.di lA.gi di.jA do/ k«.li.tin d«.pAn Òu.mAh A.nA/ tSom.bi]Nampak dari tadi lagi dia semua berlegar-legar depan rumah anak mami.
toi[toj]kata namapermainan melibatkan dua kumpulan yang memerlukan had kawasan tertentu.Lepaih teraweh kami pakat maen toi kat laman rumah.[l«.pAC t«.ÒA.wEh kA.mi pA.kAt mAen toj kAt lA.mAn Òu.mAh]Selepas tarawih kami bermain toi di halaman rumah.
mengibaihkata kerjakata kerjamenganginkan padi untuk mengasingkan padi daripada hampa dengan cara mengibas-ngibas menggunakan nyiru. Proses ini dilakukan paling kurang oleh enam orang atau lebih. Padi dikaut dengan talam dan ditebarkan di satu kawasan yang di khaskan kemudian dikibas oleh beberapa orang menggunakan nyiruKalu tak dak orang yang buleh mengibaih minggu ni kita buat minggu depan.[kA.lu tA/ dA/ .ÒAN jAN bu.leh m«.Ni.bAC miN.gu ni ki.tA bu.wAt miN.gu d«.pAn]Kalau tidak ada orang yang boleh mengibas minggu ini kita buat minggu hadapan.

Kembali ke atas