Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.ya.ra.ya] | کاي - راي

Definisi : kaya sekali (besar), sangat kaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.ya.ra.ya] | کاي - راي

Definisi : sangat kaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaya-raya

Puisi
 

Pisang raya masak di raya,
     Pisang lilin masak di hujung;
Orang kaya sama kaya,
     Orang miskin mengadu untung.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan kaya-raya merupakan kata ganda semu? Dalam sistem prpm menunjukkan dua bentuk ejaan kaya raya sekali: -kaya-raya -kaya raya (tanpa tanda sengkang) Yang manakah ejaan yang betul?Ejaan yang betul ialah kaya-raya dan perkataan ini termasuk dalam kata ganda berentak sama seperti cerai-berai dan gotong-royong.Tatabahasa29.05.2012
1. yang mana satu betul: a) kaya raya / kaya-raya b) disengat / di sengat c) hubungkait / hubung kait 2. apa beza perkataan di bawah dan yang mana penggunaan yang betul? a) peha:paha b) pernyataan : penyataan1. Kaya-raya
2. Disengat
3. Hubung kait
4. Ejaan yang betul ialah paha, manakala ejaan peha dianggap tidak baku dan tidak digunakan dalam konteks rasmi walaupun sebutan peha lebih kerap kita dengari.
5. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089.
Ejaan06.08.2014
Assalamualaikum tuan, Saya ingin bertanya berkaitan perkataan raya. Kebanyakan kata nama yang bergabung dengan raya akan membentuk kata majmuk. Cuma, terdapat kekeliruan berkaitan perkataan kaya raya yang dikategorikan dalam kata ganda berentak, iaitu kaya-raya. Bolehkah tuan terangkan proses pembentukan kata tersebut yang tergolong sebagai kata ganda berentak dengan lebih lanjut?Walaupun perkataan “kaya” dan “raya” kedua-duanya memiliki maksud yang tersendiri, namun perkataan “kaya-raya” yang membawa maksud sangat kaya termasuk dalam kata ganda berentak. Kata ganda berentak ialah proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Maka, kata ganda “kaya raya” perlu dieja sebagai “kaya-raya”. Contoh lain kata ganda berentak ialah “hina-dina”, “gundah-gulana”, “haru-biru” atau “kacau-bilau”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 986, Kamus Dewan Edisi Keempat (DBP, 2015), halaman 692 dan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 138.

Tatabahasa17.01.2024
Saya ingin bertanya tentang penggunaan kata penguat. Adakah betul kata penguat boleh hadir bersama di hadapan dan dibelakang kata adjektif. Terdapat kekeliruan di dalam beberapa buah buku. KB KP KA KA KP 1 sudah - kurus - - 2 - amat dalam - - 3 masih agak kecil - - 4 - - panjang - 5 sangat 6 sudah - tua - 7 betul 8 - amat besar - 9 sekali 10 - - kaya raya - 11 masih - tinggi lampai - Antara contoh di atas, yang manakah yang salah. Terima kasih.Kata pebguat merupakan bentuk kata yang mendahului atau mengikuti kata adjektif untuk menguatkan makna adjektif itu. Contohnya : "sungguh" dalam Pahlawan itu sungguh berani, "amat" dalam Suaranya amat merdu, benar dalam Malam ini gelap benar. Bagi membantu saudara menyelesaikan permasalahan ini, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan. Penerangan terperinci mengenai bahan yang diperlukan terdapat dalam buku ini.Tatabahasa26.07.2007
Biarlah orang berhari raya, Kita pergi merambah dahan; Biarlah orang mencari kaya, Kita mencari redanya Tuhan. Dalam buku “Khazanah Pantun Melayu Riau” terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP, 2016) bawah kategori “Petalangan” muka surat 653, perkataan *redanya diguna dalam pantun tersebut tapi tiada kemasukan dalam Kamus Dewan IV. Bolehkah perkataan ini digunakan, dan adakah ejaannya *redanya atau reda-Nya?

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan reda bermaksud bersedia dengan ikhlas hati (untuk membuat sesuatu), rela. Oleh itu, perkataan tersebut boleh digunakan dengan ejaan yang betul ialah reda-Nya jika ayat merujuk kepada Allah.

Ejaan25.05.2023
Salam, Saya ingin bertanya tentang perkataan 'sedikit' dan 'banyak'. Menurut Tatabahasa Dewan, kedua-duanya merupakan kata bilangan. Namun, bagaimana pula jika ayat itu berbunyi, 'Duit raya yang diberikan oleh orang kaya itu sedikit betul.' atau 'Sumbangan Datuk Hatta sangat banyak kepada keluarga kami.' Bukankah kedua-dua perkataan dalam kedua-dua ayat contoh ini dikira sebagai kata adjektif? Bolehkah kata bilangan dan kata penguat hadir sekali? Terima kasih.

Merujuk contoh yang diberikan, kata ‘sedikit’ dan ‘banyak’ merupakan kata adjektif. Rujuk tatabahasa Dewan halaman 225, diberikan contoh terlalu banyak, banyak sekali. Kata ‘betul’ bukan ‘kata penguat, boleh digantikan dengan ‘amat/sangat/paling sedikit’.

 

Tatabahasa22.08.2014
 ...... saya nk tnye,apakah maksud 'parti pembangkang' , 'negara' , 'demokrasi' dan 'negara demokrasi' menurut perspektif DBP?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, parti pembangkang ialah parti politik yg menjadi penentang parti(-parti) politik lain yg memegang teraju kerajaan. Negara: 1. suatu masyarakat yg menduduki kawasan tertentu dan diperintah oleh sebuah kerajaan; 2. kawasan yg di bawah kekuasaan kerajaan tertentu, negeri: ~ China; 3. yg berkaitan dgn negara (masyarakat dan kawasan di bawah suatu kerajaan); ahli ~ pemerintah negara, negarawan; bank ~ bank kepunyaan negara; tata~ aturan dan susunan negara; ~ bahagian negara yg menjadi anggota sesebuah negara persekutuan; ~ bangsa negara berdaulat yg didiami oleh satu bangsa; ~ besar negara yg kuat dan berpengaruh; ~ dunia ketiga negara-negara di Afrika, Asia dan Amerika Latin secara kolektif yg dianggap masih mundur atau sedang membangun; ~ hukum negara yg menjalankan kekuasaannya menurut hukum; ~ jiran = ~ tetangga negara yg berjiran (mempunyai sempadan yg sama); ~ kebajikan negara yg meng utamakan kebajikan dan kesejahteraan hidup rakyatnya dgn memberikan berbagai-bagai perlindungan sosial, spt elaun pengangguran, pencen, perubatan percuma dsb; ~ kesatuan negara yg dikuasai langsung oleh pemerintahan pusat (bukan persekutuan); ~ kota negara berautonomi yg terdiri drpd kota dan wilayah di sekelilingnya; ~ maju negara kaya yg sebahagian terbesar ekonominya bergantung pd industri dan penduduknya menikmati taraf hidup yg tinggi; ~ matahari terbit negara Jepun; ~ membangun negara yg sedang giat meningkatkan taraf hidup, ekonomi, dll; ~ mundur negara(-negara) yg masih jauh ketinggalan terutamanya dlm kemajuan ekonomi; ~ perindustrian negara yg kemajuan dan kekuatan ekonominya berteraskan pelbagai industri; ~ pertanian negara yg sebahagian besar drpd penduduknya petani atau yg ekonominya berdasarkan pertanian; ~ polis negara yg kebebasan dan pergerakan rakyatnya dikawal oleh pemerintah dgn menggunakan kekuasaan polis; ~ pulau negara yg wilayahnya terdiri drpd sebuah pulau; ~ Selatan nama lain bagi negara membangun; ~ Utara nama lain bagi negara maju. Demokrasi:  1. pemerintahan oleh rakyat atau wakil yg dipilih dlm pilihan raya; ~ berparlimen (perwakilan) pemerintahan demokrasi yg dijalankan secara perwakilan; 2. unit politik atau sosial yg pd dasarnya di kuasai oleh semua anggotanya; 3. keadaan sosial tanpa perbezaan keistimewaan kelas;Makna28.09.2010

Kembali ke atas