Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ah.lian] | کأهلين

Definisi : 1. kemahiran dlm sesuatu ilmu (kepandaian, pekerjaan, dll): penterjemah yg baik memerlukan ~ seorang pengarang; 2. perihal menjadi ahli, kedudukan (hak) sbg ahli, keanggotaan: ~nya dlm kelab ini telah dibatalkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ah.lian] | کأهلين

Definisi : 1 kemahiran atau kepandaian dlm sesuatu bidang; kepakaran. 2 hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keahlian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEWARGANEGARAAN

Kewarganegaraan ialah keahlian penuh bagi

sebuah negara ataupun kerajaan. Kewarganegaraan

juga disebut kerakyatan. Tetapi kerakyatan

selalunya mempunyai makna yang lebih luas

dan memberi maksud hak untuk dilindungi oleh

negara asal bila melawat ke negara lain. Hampir

kesemua orang mempunyai kerakyatan sekurang-

kurangnya sebuah negara. Rakyat mempunyai

hak tertentu seperti hak untuk mengundi dan hak

untuk memegang jawatan awam. Mereka juga

mempunyai tugas tertentu seperti tugas membayar

cukai dan melindungi negara.

UMUM 
MENSHEVIK

Menshevik merupakan ahli satu kumpulan

dalam Parti Buruh Demokrat Sosial Rusia. Pada

tahun 1903, parti ini berpecah akibat

pertelingkahan yang berkait dengan keahlian. V. I.

Lenin, pemimpin revolusi Rusia menjadi pemimpin

bolshinstvo (majoriti), atau Bolshevik.

UMUM 
PERTUBUHAN HARTA INTELEKTUAL SEDUNIA

Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia

(World Intellectual Property Organization (WIPO)

ialah agensi antarabangsa yang berusaha

melindungi hak undang-undang dalam karya

kesenian dan kesusasteraan, penciptaan, cap

dagang, dan penciptaan asli yang lain. Hak seperti

itu dikenali sebagai harta intelektual . Pertubuhan

ini mempromosi perjanjian antarabangsa tentang

hak cipta, paten, cap dagang, dan penciptaan asli

yang lain. Ia juga menyediakan maklumat teknologi

dan bantuan lain kepada negara-negara

membangun. Pertubuhan ini, dikenali sebagai

WIPO, iaitu agensi khas Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu. WIPO mempunyai bilangan

keahlian lebih daripada 110 negara. Ibu pejabatnya

bertempat di Geneva, Switzerland.

UMUM 
PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN

PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN, pertubuhan orang Melayu Kelantan yang memperjuangkan hak orang Melayu.  Pertubuhan ini telah dikenal sebagai Persetiaan Melayu dan ditubuhkan pada 9 Februari 1940.  Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Opis Panjang, Jalan Sultanah Zainab, Kota Baharu.  Keahliannya dibuka kepada anak Melayu jati Kelantan sahaja.  Presidennya yang pertama ialah Tengku Mahmud bin Muhammad.  Pertubuhan ini diasaskan bersama-sama 34 orang ahli yang diberi taraf sebagai jawatankuasa kehormat (walaupun tidak memegang sebarang jawatan) dan keahlian mereka adalah seumur hidup.  Persetiaan Melayu mempunyai cawangan di setiap jajahan di Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PARTI NEGARA

PARTI NEGARA, parti politik sebelum merdeka.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1954 di Kuala Lumpur oleh Dato' Onn bin Jaafar.  Turut menyokong penubuhan parti ini ialah Datuk Hamzah Abdullah, E.E.C. Thuraisingham, Heah Joo Sieng dan W. MacLeod.  Parti Negara ditubuhkan bertujuan untuk mencapai kemerdekaan pada tahun 1959 dengan sebuah kerajaan sendiri yang dipilih melalui pilihan raya.  Malah parti ini mempunyai struktur, dasar dan matlamat yang sama seperti Independence of Malaya Party (IMP) yang ditubuhkan oleh Dato' Onn sebelum itu.  Keahlian Parti Negara terbuka kepada semua kaum dan bergerak ke arah perpaduan bangsa di Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan
KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SEKOLAH KEBANGSAAN

KESATUAN KEBANGSAAN GURU-GURU SE­KOLAH KEBANGSAAN, kesatuan guru yang mengajar di sekolah rendah dan menengah. Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Kebangsaan atau ringkasnya KKGSK menggantikan Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Melayu Lain-lain Latihan (KKGMLL). KKGMLI, ditubuhkan di Muar pada 24 Mei 1954 dan ahli-ahlinya terdiri daripada guru-guru Teachers Under Other Scheme (TUOS). KKGMLL kemudiannya ditukar nama kepada Ke­satuan Kebangsaan Guru-guru Sekolah Umum (KKGSU) pada tahun 1985. Pertukaran nama ini selaras dengan Laporan Razak. Keahlian KKGSU terbuka kepada semua guru yang mengajar di sekolah umum rendah dan menengah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas