Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.Öa.jai.ban]/[ke.a.jai.ban] | کعجاءيبن

Definisi : 1. sifat (keadaan dsb) ajaib, ke­ganjil­an, keanehan, keluarbiasaan; 2. sesuatu yg ajaib (menakjubkan), kejadian dll yg pelik (aneh dsb), keanehan, keganjilan: saya me­nyaksikan bermacam-macam ~ yg belum pernah saya lihat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.Öa.jai.ban]/[ke.a.jai.ban] | کعجاءيبن

Definisi : 1 keadaan atau sifat ajaib; keanehan; keganjilan: ~ yg ada pdnya mengagumkan semua. 2 sesuatu (ciptaan, kejadian dsb) yg menakjubkan: tujuh ~ dunia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keajaiban


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PUKUL EMPAT

Pukul empat juga dikenali sebagai keajaiban

Peru , ialah tumbuhan saka yang menarik

(tumbuhan yang hidup lebih daripada satu tahun)

yang berasal dari kawasan tropika Amerika. Ia

mudah tumbuh, dan sering ditanam sebagai

tumbuhan tahunan (tumbuhan yang hidup hanya

satu tahun). Pukul empat tumbuh daripada kira-kira

60 hingga 120 sentimeter tingginya. Bunganya yang

harum berwarna putih, samar, merah, kuning, atau

campuran beberapa warna ini. Apa yang kelihatan

sebagai bunga adalah sebenarnya involukre

(braktea yang diubahsuai) yang berwarna-warni

yang mengelilingi bunga sebenar yang halus. Pukul

empat mendapat namanya kerana bunganya

kembang pada lewat petang dan kuncup pada

waktu pagi.

UMUM 
AIR TERJUN NIAGARA

Air Terjun Niagara ialah salah satu keajaiban

semula jadi Amerika Utara yang paling menakjubkan.

Air terjun ini terletak di Sungai Niagara, kira-kira

separuh perjalanan di antara Tasik Erie dengan Tasik

Ontario.

UMUM 
TASIK GREAT SALT

Tasik Great Salt ialah salah satu daripada

keajaiban semula jadi dunia. Ia adalah laut

pedalaman di barat laut Utah, Amerika Syarikat.

Ahli sains percaya bahawa ia adalah sebahagian

daripada tasik air tawar yang terdampar di rantau

itu bertahun-tahun lalu dan lebih besar daripada

Tasik Huron. Tasik ini yang dikenal sebagai Tasik

Bonneville oleh ahli geologi, perlahan-lahan kering

membentuk beberapa tasik yang lebih kecil. Tasik

yang paling besar ialah Tasik Great Salt.

UMUM 
TAMAN NEGARA YELLOWSTONE

Taman Negara Yellowstone di Wyoming,

Amerika Syarikat ialah taman negara yang tertua di

dunia. Taman ini terkenal kerana terdapat banyak

keajaiban semula jadinya. Taman ini mempunyai

lebih banyak geiser dan kolam air panas daripada

mana-mana tempat di dunia. Antara tarikan

pemandangan yang menakjubkan di Yellowstone

ialah ngarai yang dalam, air terjun yang menderam,

tasik yang berkilauan, dan kawasan rimba yang

sentiasa menghijau, saujana mata memandang, yang

diselang-seli dengan padang rumput yang luas.

Taman ini meliputi kawasan seluas 900 000 hektar.

Yellowstone juga ialah hutan simpan hidupan yang

terbesar di Amerika Syarikat. Beruang, rusa, dan

kerbau liar, bebas merayau-rayau di taman itu,

helang botak, angsa, dan burung undan putih

bersarang di sana.

UMUM 
RANCANGAN PERGUNUNGAN SNOWY

Rancangan Pergunungan Snowy ialah

projek hidroelektrik dan pengairan yang sangat

besar di tenggara Australia. Projek kejuruteraan ini

sungguh besar sehinggakan Persatuan Jurutera

Awam Amerika menggelarnya sebagai satu

daripada Tujuh Keajaiban Dunia Kejuruteraan.

UMUM 
SURAH AL-NAHL

Surah al-Nahl ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-16 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 128 ayat.

Surah ini dinamakan al-Nahl (lebah) kerana

kisahnya yang disebut di dalam surah ini

menunjukkan keajaiban makhluk ciptaan Allah

S.W.T.

UMUM 
CERITA FANTASTIK

CERITA FANTASTIK, corak cerita Melayu yang lebih mengutamakan kehadiran unsur-unsur keanehan, kekaguman, dan keluarbiasaan – yang dalam konsep sastera Barat dikenal sebagai supernatural dan marvellous – di samping kewujudan unsur realiti. Cara berceritanya menggunakan aturan cerita realiti, tetapi bahan isinya dikisahkan dalam cara yang tidak nyata. Pembaca seperti ditarik secara perlahan-lahan dari alam nyata ke suatu alam yang lebih aneh, yang penuh dengan keajaiban dan keluarbiasaan yang lebih mendekati unsur-unsur yang umumnya dikaitkan dengan marvellous dan supernatural  tadi.

     

SASTERAKonsep
SEVEN SLEEPERS OF EPHESUS

Seven Sleepers of Ephesus , menurut legenda

purba, ialah tujuh remaja beragama Kristian yang

telah melarikan diri ke kawasan pergunungan

berhampiran Ephesus di Asia Kecil, untuk

menyelamatkan diri daripada penganiayaan oleh

Maharaja Decius pada tahun 251 M. Orang yang

mengejar mereka telah menemui tempat

persembunyian mereka dan menyekat jalan masuk

ke situ. Dua ratus tahun kemudian, seorang

penggembala terserempak dengan gua tersebut

dan menemui ketujuh-tujuh remaja tersebut

sedang nyenyak tidur. Apabila dia

mengejutkannya, mereka mengatakan bahawa

mereka baru tidur  satu malam sahaja. Salah

seorang daripada mereka pergi ke Ephesus untuk

mencari makanan dan membayar dengan

menggunakan duit syiling yang berusia 200 tahun.

Remaja itu telah ditangkap kerana disyaki sebagai

pencuri harta karun. Walau bagaimanapun,

Maharaja Theodosius II percaya bahawa satu

keajaiban telah berlaku dan membawa remaja itu

dalam satu perarakan besar-besaran ke gua

tersebut. Kemudian, dia membina sebuah gereja

dan kawasan perkuburan yang besar di situ

sebagai memperingati peristiwa itu. Ketujuh-tujuh

lelaki itu hidup tidak lama. Kesemuanya meninggal

dunia pada masa yang sama dan dikebumikan di

tempat mereka pernah tidur.

UMUM 

Kembali ke atas