Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.ma.tan] | کأمتن

Definisi : 1. keadaan yg amat sangat; 2. darjah (kekuatan, kehebatan, dsb) yg amat tinggi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.ma.tan] | کأمتن

Definisi : ist keadaan yg tinggi kadarnya (ttg sinaran cahaya, aliran elektrik dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keamatan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KANDELA

Kandela ialah unit ukuran bagi keamatan lar,

iaitu jumlah cahaya yang dihasilkan dalam satu

arah tertentu oleh objek yang bercahaya. Apabila

cahaya mempunyai keamatan lar yang lebih, maka

cahaya yang terhasil adalah lebih terang.

UMUM 
LUMINUS

Dari segi ilmu fizik - Ketumpatan keamatan luminus dalam arah yang diberi.

FIZIKKonsep
SKALA RICHTERSkala yang memberi gambaran kekuatan atau keamatan gempa bumi di seseatu tempat.GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
PENGESAN GEIGER-MULLERAlat yang digunakan untuk mengesan dan mengukur keamatan zarah dan sinaran pengion radioaktif.FIZIKAlat/Alatan
MAGNETON BOHRUnit asas bagi momen magnet elektron, iaitu unit bagi keamatan medan magnet yang diaruhkan oleh elektron yang berorbit mengelilingi nukleus.FIZIKSifat/Keadaan
OERSTED

Oersted ialah unit yang digunakan terutamanya

untuk menyatakan keamatan kekuatan medan magnet

yang disebabkan oleh arus elektrik dalam wayar.

Satu oersted bersamaan 79.58 ampere permeter (lihat

Ampere ). Unit ini mendapat namanya sempena

nama Hans Christian Oersted, ahli fizik Denmark yang

merintis kajian tentang elektrokemagnetan. Ia

tergolong dalam sistem unit Gaussan, tetapi tidak

dalam Sistem Antarabangsa yang lebih biasa

digunakan.

UMUM 
TIUB FOTOPENDARAB

Tiub fotopendarab ialah suatu pengesan

cahaya elektronik yang amat sensitif. Kebanyakan

tiub fotopendarab lebih sensitif kepada cahaya

berbanding mata manusia, dan digunakan untuk

mengukur keamatan cahaya yang terlalu lemah.

Misalnya, ahli fizik menggunakannya dalam

pembilang kelipan untuk menyukat cahaya yang

dikeluarkan oleh sinar kosmik, zarah nuklear, sinar

gama, atau sinar-x. Lihat Sinaran [Pembilang

kelipan].

UMUM 
SEISMOGRAF

Seismograf ialah alat yang menguatkan dan

merakamkan pergerakan kecil bumi. Daripada

rakaman ini, ahli sains yang dikenali sebagai ahli

seismologi boleh menentukan lokasi dan keamatan

gempa bumi. Ahli sains juga menggunakan

seismograf untuk mencari minyak, mengkaji

bahagian dalam bumi, dan mengukur ketebalan

glasier.

UMUM 
KESAN FOTOELEKTRIK

Kesan fotoelektrik ialah sebarang kesan yang

terhasil dalam pemindahan tenaga daripada cahaya

kepada arus elektrik. Kesan demikian digunakan

untuk mengukur keamatan cahaya atau untuk

memberikan bekalan elektrik. Tiga jenis kesan

utama fotoelektrik ialah kesan fotopancaran,

fotoberaliran dan fotovolta.

UMUM 
METER CAHAYA

Meter cahaya ialah satu alat yang digunakan

untuk menyukat kecerahan cahaya. Meter cahaya

mempunyai pelbagai kegunaan yang khusus.

Contohnya, ahli astronomi menggunakannya untuk

menyukat kecerahan cahaya bintang. Jurutera

pencahayaan menggunakannya untuk menyukat

kecerahan lampu rumah dan pejabat. Jurufoto

menggunakannya untuk menyukat keamatan

cahaya di tempat mereka mengambil gambar.

UMUM 

Kembali ke atas