Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.si.dan] | کأسيدن

Definisi : banyaknya asid dlm sesuatu larut­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.si.dan] | کأسيدن

Definisi : keadaan berasid; banyaknya asid dlm sesuatu larutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keasidan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
aciditykeasidanSainsHidrometeorologiLihat keasidan air.
aciditykeasidanPertanianAgroteknologiDarjah kemasaman larutan dan medium. Tahap keasidan diukur dengan menggunakan skala pH, iaitu daripada pH 1 hingga pH 14. Nilai pH 1 hingga 6 dianggap berasid, nilai pH 7 adalah neutral manakala nilai yang melebihi 7 adalah beralkali. pH merujuk kepada aktiviti ion hidrogen (H+) dalam larutan; semakin tinggi aktiviti ion hidrogen, semakin rendah nilai pHnya dan menyebabkan keasidannya meningkat. Contoh bahan yang tinggi keasidannya ialah jus limau, manakala kapur dan sabun pula ialah contoh bahan yang tinggi kealkaliannya.
titratable aciditykeasidan boleh titratMakanan dan PemakananTeknologi MakananPeratus asid dalam sesuatu sampel makanan yang ditentukan secara titratan dengan alkali standard. Keasidan boleh titrat merupakan peratusan asid utama atau asid yang hadir dalam kuantiti yang banyak seperti asid tartarik dalam jus anggur dan asid malik dalam jus epal.
antacidantasidFarmasiFarmakologiBahan yang digunakan untuk meneutralkan keasidan perut dengan menimbal asid gastrik melalui peningkatan pH supaya mengurangkan keasidan perut. Antasid biasanya ialah bes atau garam bes. Antasid biasanya diambil secara oral dan mengandungi bahan-bahan seperti aluminium hidroksida, kalsium karbonat, magnesium hidroksida dan natrium bikarbonat secara tunggal atau kombinasi. Antasid digunakan Wltuk melegakan ketidakhadarnan asid,pedihhulu hati dan ketidakselesaan perut.
acidity constantpemalar keasidanKimiaTiadaPemalar keseimbangan, Ka, bagi tindak balas pengionan asid. Misalnya, bagi tindak balas pengionan, HCN(ak) ⇌ H+(ak) + CN‒ (ak), pemalar keasidannya ialah, (Sila rujuk di m/s 133) Unit pemalar keasidan ialah mol dm‒3. Sin. pemalar penceraian.
pH valuenilai pHKimiaTiadaNilai yang mewakili keasidan atau kealkalian larutan akueus. Nilai pH bersama nilai negatif logaritma salingan kepekatan ion hidrogen di dalam larutan, iaitu, pH = -log10[H+] Air tulen yang mempunyai nilai pH 7 digunakan sebagai piawai untuk memperoleh nilai pH larutan lain. jika asid ditambahkan ke dalam air tersebut, kepekatan ion hidrogen akan bertambah, dengan demikian nilai pH pun menurun. Nilai pH yang kurang daripada 7 menunjukkan keasidan dan nilai pH yang melebihi 7 menunjukkan kealkalian. Perubahan nilai pH dapat dikesan dengan menggunakan penunjuk seperti metil jingga, fenolftalein dan kertas litmus. Pengawalan nilai pH sangat penting dalam kebanyakan tindak balas kimia dan operasi industri seperti penulenan air, pengawetan bahan makanan, pengelektrosaduran dan pencelupan.
aciditykeasidanFizikTiadaTiada
aciditykeasidanKomunikasi MassaFotografiTiada
aciditykeasidanKejuruteraanTiadaTiada
aciditykeasidanPerhutananTiadaTiada
12345678910

Kembali ke atas