Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ha.gia.an] | کبهاݢياءن

Definisi : perasaan bahagia, kesenangan hidup, kemujuran, keberuntungan: membanting tulang kerana hendak memberi ~ kpd isterinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.ha.gia.an] | کبهاݢياءن

Definisi : keadaan hidup yg aman damai serta gembira; kesenangan hidup: Beliau bekerja keras kerana hendak memberikan ~ kpd anak dan isterinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebahagiaan

Peribahasa

Lah tampak jalan tempat lalu,
     lupa batu akan menarung.

Bermaksud :

Orang miskin setelah mendapat kebahagiaan lupa kepada bahaya yang mungkin mencelakakan dirinya. menarung = menyentuh, menyerandung.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ADAT PERKAHWINAN SUNDA

ADAT PERKAHWINAN SUNDA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Orang Sunda menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan harus membawa kebahagiaan kepada pasangan berkenaan. Dalam budaya mereka terdapat satu ungkapan yang berbunyi ‘geus meujeuhan bemen-bemen jeung kurena’ yang menegaskan peri pentingnya seseorang yang sudah akil baligh dan mempunyai pelajaran untuk berkahwin.

 

BUDAYAKonsep
SURAH AL-‘ASR

Surah al-‘Asr ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-103 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi tiga ayat.

Surah ini dinamakan al-’Asr (masa) kerana pada

awal surah ini Allah taala bersumpah dengan masa.

Surah al-‘Asr sangat ringkas dan terang. Inti sari

kandungannya menerangkan sebab kebahagiaan

dan kecelakaan manusia, kejayaan dan kerugian

atau kehancuran dalam hidupnya semasa di dunia.

UMUM 
TILIK

TILIK, perbuatan merenung, meramal atau menelah sesuatu yang sudah atau akan terjadi sama ada peristiwa, penyakit atau nasib. Tilik banyak dikuasai oleh bomoh, dukun atau pawang. Bagaimanapun, cara menilik berbeza dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Biasanya tukang tilik menggunakan tapak tangan untuk menilik. Daripada garis-garis tapak tangan, seseorang tukang tilik boleh mengetahui nasib rezekinya, kedudukan pekerjaannya, jodoh pertemuan, kebahagiaan rumah tangga, kedudukannya dalam masyarakat dan juga penyakit. Daripada tapak tangan juga, tukang tilik dapat melihat apa yang sudah dialami oleh seseorang, penyakit yang pernah dihadapi dan kejadian penting yang tidak terlupakan sehingga menghantui seseorang itu.

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas