Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanyakan

Peribahasa

Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar,
     tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.

Bermaksud :

Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah yang betul? kebanyakan murid atau kebanyakan murid-muridFrasa yang betul ialah Kebanyakan muridTatabahasa27.07.2018
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan.Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja.Tatabahasa12.12.2012
Asingkan ayat ini kepada subjek dan predikat. Kebanyakan pekerja perkhidmatan ialah kakitangan kerajaan. Adakah kebanyakan termasuk kategori subjek atau predikat ?Subjek - kebanyakan pekerja perkhidmatan, predikat - ialah kakitangan kerajaan. Kebanyakan termasuk dalam binaan subjek.Tatabahasa28.02.2012
Kebanyakan hasil kraf tangan kaum Iban 'diperbuat' daripada manik. Adakah perkataan 'diperbuat' itu betul dalam ayat ini?Perkataan "diperbuat" dalam ayat tersebut betul.Lain-lain23.05.2016
Kebanyakan orang pada masa kini menggunakan kata 'pencerahan' bagi menggantikan kata 'penjelasan'. Adakah kedua-dua perkataan tersebut membawa maksud yang sama?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan, "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang.
Lain-lain14.09.2015
kebanyakan pesakit yang mengidap penyakit demam denggi berdarah telah ditematkan di unit rawatan rapi di hospital bekenaan. soalannya adakah benar penggunaan perkataan 'menghidap' atau guna perkataan 'mengidap'. apakah beza pengunaan kedua-dua perkataan tersebut.Kata terbitan yang betul ialah menghidap (tidak ada kata mengidap).Tatabahasa04.11.2013
Kebanyakan penutur BM, termasuk pembaca berita sering tersilap menggunakan kata UNTUK bagi menggantikan perkataan SELAMA; Contoh Kursus itu diadakan untuk dua minggu, sedangkan sepatutnya; Kursus itu diadakan selama dua hari. Dalam hal ini, saya sering tertanya-tanya, adalah para pembaca berita ini bercakap secara spontan atau ada skrip. Satu lagi stesen radio sering menggunakan kata kerja yang tak gramatis kerana tidak membubuh imbuhan me...i, me.....kan. Apakah pandangan pihah DBP dalam hal ini?Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Pembaca berita membacakan berita berpandukan skrip yang disediakan. Sepatutnya berita tersebut dihasilkan dalam bahasa yang betul dan disampaikan dengan bahasa dan cara yang betul termasuklah dari aspek sebutan dan jeda antara satu berita dengan berita yang lain. Tatabahasa10.04.2012
kebanyakan penulis atau wartawan menggunakan penggunaan kata hubung sepelas noktah contohnyadan,tetapi,lalu dan sebagainya.Adakah penggunaan kata hubung selepas noktah betul penggunaannya.

Mengikut hukum tatabahasa, penggunaan kata hubung selepas noktah adalah salah. Penulis atau wartawan selalu menggunakan kata hubung selepas noktah kerana ingin menjimatkan ruang dan melanggar hukum tatabahasa. Untuk itu, sebarang permasalahan tentang tatabahasa, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu dan tidak menjadikan akhbar sebagai rujukan utama dalam konteks tatabahasa.

Tatabahasa06.10.2008
Kebanyakan rakyat negara kita bersikap patriotik apabila tiba bulan Ogos tetapi mati selepas itu. (buku rujukan SPM) apakah kesalahan istilah dalam ayat di atas? Apakah maksud peribahasa 'seperti lebah kasihkan telurnya'?Ayat itu betul dan tidak ada kesalahan dalam istilah yang digunakan. Peribahasa yangtuan maksudkan tidak ada dalam sumber rujukan kami (Kamus Peribahasa Abdullah Hussein dan Kamus Peribahasa - Abdullah Hassan)Tatabahasa21.08.2008
Kebanyakan anggota keluarga saya sukakan filem yang penuh dengan adegan sedih. soalan saya ialah kenapa kesalahan tatabahasa ialah sukakan? apakah perkataan yang paling sesuai digunakan di sini? ( menyukai)Perkataan sukakan salah kerana tidak menggunakan imbuhan. Perkataan yang betul ialah menyukai.Tatabahasa05.06.2008
12345678910...

Kembali ke atas