Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.nya.kan]/[ke.ba.nya/.kan] | کباڽقن

Definisi : 1 sebahagian yg banyak; jumlah yg terbesar: Kambing kampung ~nya dipelihara oleh orang Melayu dan orang India. 2 biasanya; umumnya: ~, asal belajar tentu pandai. 3 biasa: orang ~ orang biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanyakan

Peribahasa

Sungguhpun putarwali itu raja segala penawar,
     tetapi pada kebanyakan selera ia hamba segala makanan.

Bermaksud :

Sungguhpun segala pengajaran yang baik itu berguna, tetapi kebanyakan orang memandang rencah dan menyia-nyiakannya, tiada hendak menerimanya. putarwali = seruntun.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cholesterolkolesterolGerontologiTiadaSterol yang merupakan sebatian induk bagi kebanyakan steroid, ditemui dalam kebanyakan tisu haiwan termasuk saraf, hempedu dan yolka.
Zulu timemasa ZuluAeroangkasaTiadaWaktu suria min pada meridian Greenwich yang digunakan sebagai asas pengukuran masa kebanyakan tempat.,Sebuah pertubuhan yang menggabungkan kebanyakan syarikat talian udara di seluruh dunia.,Waktu suria min pada meridian Greenwich yang digunakan sebagai asas pengukuran masa kebanyakan tempat.
fiber cushionkusyen seratKesenianHiasan DalamanKusyen yang diletakkan pada lapisan bawah karpet yang diasingkan, dan mengandungi bulu binatang, jut, atau gabungan fiber. Gabungan bulu binatang dan jut biasa terdapat di kebanyakan kusyen fiber. Kebanyakan lapisan bawah karpet adalah daripada jenis bergetah yang mempunyai satu atau dua permukaan.
uniform formborang seragamPentadbiran PerniagaanTiadaSusunan perkataan bagi kebanyakan dokumen polisi yang telah dipersetujui oleh kebanyakan syarikat insurans dan diseragamkan. Dokumen ini dicetak dan diedarkan oleh biro pengadaran serta pertubuhan yang diiktiraf.
gall-wasppenyengat puruBiologiEntomologiNama am bagi kebanyakan spesies penyengat cynip dalam famili Cynipidae. Larvanya menyerang kebanyakan spesies tumbuh-tumbuhan dan menghasilkan puru.
cholesterolkolesterolKimiaTiada1. Sterol yang merupakan sebatian induk bagi kebanyakan steroid, ditemui dalam haiwan dalam kebanyakan tisu termasuklah saraf, hempedu, dan yolka, dan dalam sesetengah tumbuhan, terutamanya alga merah.
first classkelas pertamaPentadbiran PerniagaanTiadaKelas bagi gred pertengahan bilik hotel yang kebanyakan biliknya mempunyai bilik mandi persendirian atau separa persendirian dan kebanyakan biliknya disediakan perkhidmatan awam.
diploiddiploidGeologiTiada. Nukleus diploid merupakan sel soma pada haiwan, sel sporofit pada kebanyakan tumbuh-tunbuhan, dan sel zigot pada alga hijau tertentu dan kebanyakan kulat. 2. Sel yang mempunyai dua sel penuh kromosom homolog.
ocellusoselusBiologiHistologi dan Sitologi1. Mata mudah atau bintik mata pada kebanyakan haiwan rendah. 2. Mata dorsal serangga. 3. Tanda seperti mata yang terdapat pada kebanyakan serangga, ikan, bulu unggas dan lain-lain. 4. Sel besar pada epidermis daun yang khusus menerima cahaya. 5. Bonggol pada sporangiosfor sesetengah kulat yang berfungsi menerima cahaya.
data typejenis dataTeknologi MaklumatPerisianSet nilai dan set operasi kepada nilai-nilai tersebut. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan memasukkan konsep jenis data secara eksplisit. Kebanyakan bahasa pengaturcaraan juga mentakrifkan jenis data tambahan dan operasi yang sah terhadap jenis data yang baharu tersebut. Contohnya, bahasa pengaturcaraan Java, jenis data ”int” mewakili set integer 32 bit dari -2,147,483,648 hingga nilai 2,147,483,647. Umumnya, jenis data boleh diklasifikasikan kepada dua jenis, iaitu jenis data diskret dan jenis data komposit. Lihat juga jenis data diskret, jenis data komposit.
12345678910...

Kembali ke atas