Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bas] | کبس

Definisi : 1. sj penyakit lumpuh (pd anggota); 2. berasa kaku (pd anggota); 3. semut-semutan pd anggota (kerana lama terhimpit dsb); membuang-buang ~ berjalan-jalan supaya hilang kebas (semut-semutan); mengebaskan menjadikan (menyebabkan) kebas: duduk bersila lama-lama boleh ~ kaki. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bas] | کبس

Definisi : : ~-kebus bunyi kain dll dikibas (dikibar keras-keras); ~-tangas perbuatan mengibas­-ngibas atau menyebat-nyebat (oleh bomoh utk menghalau penyakit dll); mengebas 1. mengibar-ngibar kain dll dgn keras (supaya hilang debunya dll), me­ngibas(kan): kain yg penuh debu itu dike-basnya sebelum dipakai; 2. memukul-mukul sesuatu (spt meja dll) dgn kain (utk meng­hilangkan debu dll): lantai yg kotor itu dikebasnya dgn kain buruk; 3. bp mengambil dgn tiada izin pemilik, mencuri (biasanya barang yg kurang berharga): rokok aku habis dikebasnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bas] | کبس

Definisi : 1 berasa kaku pd kaki (kerana lumpuh). 2 berasa senyar (kaki, tangan dll) kerana terlampau lama duduk, terhimpit dll; kesemutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ke.bas] | کبس

Definisi : ; mengebas 1 memukul-mukul sesuatu dgn kain dll supaya hilang debunya. 2 mengibaskan sesuatu (spt kain dll) utk membuang debu dll: Kain yg penuh debu itu hendaklah dikebas sebelum dipakai. 3 mengambil tanpa izin; mencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebas (adjektif)
Bersinonim dengan semut-semut, kesemut-semutan, kesemutan, menggelenyar, kemamam, kaku, pegal, sengal, lumpuh.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Sila jawap soalan-soalan berikut: 1."Kanda,izinkan bonda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan. Adakah penggunaan "kanda" dan "bonda" betul ? 2.Segera laporkan peristiwa itu kepada guru. 3.Kakinya menjadi kebas kerana lama merendam di dalam sungai itu. 4.Minuman dalam peti ais itu menjadi beku. 5.Orang-orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu. Adakah ayat-ayat no. 2-5 betul?Jika tidak,tolong beritahu cara membetulkannya. Terima kasih atas tunjuk ajar tuan.Salam sejahtera,

Ayat yang betul:

1. Kanda,izinkan dinda ke tasik untuk berehat,"titah permaisuri kepada sultan.

2. Segera laporkan peristiwa itu kepada guru.

3. Kakinya menjadi kecut kerana lama berendam di dalam sungai itu.

4. Minuman dalam peti ais itu menjadi beku.

5. Orang kampung sudah tidak memperkatakan akan hal itu.

Sekian, terima kasih.
Makna07.08.2017
PENYEMAKAN respiratory irritation, nausea, abdominal pain, central nervous system(CNS) depression, slow or garbled speech, slow body movements, numbness of extremities, dulling of awareness kerengsaan pernafasan, muar, sakit perut, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru , pergerakan badan yang perlahan, kebas kaki, kesedaran yang lembap Tolong menyemak pentejemahan daripada english kepada bahasa malaysia seperti di atas. Terima kasih.Penggunaan yang betul ialah kerengsaan pernafasan, mual, sakit abdomen, kemurungan sistem saraf pusat (CNS), pertuturan lambat dan keliru, pergerakan badan yang perlahan, kekebasan kaki dan tangan, dan  kurang kesedaran.Penyemakan dan penterjemahan27.04.2018

Kembali ke atas