Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebebasan

Peribahasa

Diberi berpadang luas.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBEBASAN UMUM 
LOCENG KEBEBASAN UMUM 
KEBEBASAN BERCAKAP

Kebebasan bercakap ialah hak untuk berucap

di tempat terbuka atau di tempat tertutup. Istilah ini

merangkumi semua bentuk ungkapan, termasuk

buku, akhbar, majalah, radio, televisyen, dan filem.

UMUM 
KEBEBASAN BERAGAMA

Kebebasan beragama ialah hak seseorang

untuk mempercayai dan mengamalkan

kepercayaan yang menjadi pilihannya. Ia termasuk

hak individu untuk tidak mempunyai kepercayaan

langsung.

UMUM 
KEBEBASAN AWAM

Kebebasan awam lihat Hak awam.

UMUM 
KEBEBASAN AKHBAR

Kebebasan akhbar ialah hak untuk

menerbitkan fakta, idea, dan pendapat tanpa

gangguan daripada kerajaan atau daripada

kumpulan persendirian.

UMUM 
KUASA MEMILIH

Kuasa memilih ialah suatu istilah bagi kebebasan

memilih. Kebanyakan orang mengandaikan

yang mereka memiliki kebebasan ini dalam membuat

keputusan.

UMUM 
RICARDO, DAVID

Ricardo, David (1772–1823) ialah ahli ekonomi

British yang terkemuka pada awal tahun 1800-an.

Dia membantu mewujudkan teori-teori ekonomi

klasik , yang menekankan kepada kebebasan

ekonomi melalui kebebasan perdagangan dan

kebebasan persaingan.

UMUM 
LIBERALISME

Liberalisme ialah falsafah politik dan ekonomi

yang menekankan kebebasan, kesamarataan dan

peluang. Sebaliknya, falsafah yang dikenali sebagai

konservatisme menekankan peraturan, tradisi,

dan pemilikan harta benda persendirian. Orang

yang berfahaman liberal pada amnya menyokong

perubahan sosial yang lebih cepat berbanding

dengan mereka yang berfahaman konservatif.

Tetapi liberalisme merupakan istilah yang

mengelirukan kerana makna dan penekanannya

banyak berubah mengikut peredaran masa.

UMUM 
RICE, ELAMER

Rice, Elamer (1892–1967) ialah dramatis Amerika

yang memperjuangkan kebebasan moral, sosial,

dan peribadi.

UMUM 
12345

Kembali ke atas