Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebebasan

Peribahasa

Diberi berpadang luas.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkongkongterbelenggu, terikat, tersekat (bkn kebebasan dll): semua orang yg ~ kebebasan asasinya berhak menuntut kebebasan; pemikiran penulis masih kuat ~ oleh keadaan alam sekelilingnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
persId surat khabar, persuratkhabaran: selangkah demi selangkah pemerintahan totaliter menghancurkan kemerdekaan ~, kebebasan pengarang, kebebasan pelukis.Kamus Dewan Edisi Keempat
kebebasan akhbarkebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;Kamus Dewan Edisi Keempat
kebebasankeadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kebebasan peranti(device independence)Sifat peranti yang bebas berfungsi tanpa kawalan pengawal utama.Kamus Komputer
kebebasankeadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen.Kamus Pelajar
kebebasanperihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat;Kamus Dewan Edisi Keempat
individualis1. orang yg tetap mempertahankan keperibadian dan kebebasan diri; 2. orang yg memperlihatkan kebebasan dirinya dlm tingkah laku atau tindak-tanduknya (pemikirannya, pendiriannya, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
merdeka/merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belenggu1. alat utk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari, sengkela: polis itu membawa ~ dan melekatkannya di tangan Yusuf; 2. ki sesuatu yg dianggap spt mengikat (kebebasan dll): merdeka itu ertinya terlepas drpd ~ menjadi anak jajahan; membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu;2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; terbelenggu 1. terikat (dgn belenggu); 2. tersekat atau terkongkong kebebasan utk melakukan sesuatu: ada manusia bebas, ada yg ~; 3. terpikat: ~ oleh kata-katanya yg lemah lembut;kebelengguan rasa (keadaan) terbelenggu: kemerdekaan individu dan masyarakat serta negara drpd setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kpd Allah;pembelengguan perbuatan membelenggu: kemerdekaan yg melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas