Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : perihal (keadaan) bebas, kemerdekaan: Kedah mencari ~ negerinya drpd takluk orang-orang Siam; ~ akhbar kebebasan surat khabar menyiarkan berita (membuat ulasan dsb) tanpa dikongkong atau disekat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bé.ba.san] | کبيبسن

Definisi : keadaan atau hal bebas: Pihak pembangkang telah diberi ~ utk mengemukakan pendapat di parlimen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebebasan

Peribahasa

Diberi berpadang luas.

Bermaksud :

Diberi kebebasan sepenuh-penuhnya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
civil libertieskebebasan awamSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan.
press freedomkebebasan akhbarSains PolitikPolitik PerbandinganKebebasan untuk menyiarkan dan mengulas berita tanpa sekatan pihak berkuasa khususnya pemerintah. Kebebasan ini termasuk menyampaikan apa sahaja berita sama ada yang sensitif atau tidak disenangi oleh pihak berkuasa. Dalam kebebasan ini, akhbar tidak menghadapi masalah tapisan dan tidak tertekan untuk menyiarkan berita yang menyebelahi pihak tertentu. Kebebasan ini juga memberi ruang kepada akhbar untuk melakukan penyelidikan atau penyiasatan yang hasilnya diterbitkan dalam rencana atau bersifat analisis seperti laporan penyiasatan. Contohnya, akhbar di Perancis yang bebas menyiarkan pelbagai berita sama ada yang menyokong atau mengkritik pemerintah.
freedom of speechkebebasan bersuaraSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang tidak menghalang sebarang penyuaraan idea, cadangan atau pemikiran. Kebebasan ini tidak terbatas walaupun bersifat kritikan kepada pemerintah. Perlembagaan negara memberi jaminan kebebasan bersuara melainkan jika mengancam keselamatan negara. Jaminan perlembagaan ini terbukti melalui amalan harian yang membolehkan setiap individu melahirkan pandangan mereka. Kebebasan bersuara merangkumi kebebasan menerbit, menyiar, mempamer dan membuat sebarang kenyataan rasmi sama ada melalui pengucapan sendiri, menulis di akhbar, menyuarakan di radio, televisyen dan sebagainya. Penyuaraan ini juga tidak perlu melalui badan penapis atau lembaga pemeriksa. Kebebasan bersuara ini merupakan satu unsur asas dalam pemerintahan demokrasi.
degrees of freedomdarjah kebebasanSains SukanBiomekanikTahap kebebasan bergerak berdasarkan keupayaan jenis sendi yang terlibat. Contohnya, servis tenis boleh dilakukan dengan pelbagai pergerakan. Untuk menguasai sesuatu kemahiran motor, darjah kebebasan perlu dikawal.
degree of freedomdarjah kebebasanMekanikGunaanBilangan arah tak bersandar yang padanya sesuatu jasad boleh bergerak. Misalnya, zarah yang terkekang untuk bergetar pada satu arah sahaja dikatakan mempunyai satu darjah kebebasan. Begitu juga zarah yang bebas untuk bergerak di ruang 3-D mempunyai tida darjah kebebasan kerana zarah itu boleh bergerak pad arah tiga paksi Cartesan x-y-z. Bilangan koordinat yang diperlukan untuk memastikan kedudukan sesuatu jasad sama dengan darjah kebebasan jasad itu. Misalnya, zarah yang bergerak pada satu satah mempunyai hanya dua darjah kebebasan dan kedudukannya boleh ditentukan melalui sistem koordinat dua paksi seperti sistem (x-y) atau (r-θ)
constraintkekanganFizikMekanikHad kepada darjah kebebasan jati sesuatu sistem. Bilangan kekangan ialah perbezaan antara bilangan darjah kebebasan jati dengan bilangan sebenar darjah kebebasan.
human rightshak asasi manusiaSains PolitikPolitik PerbandinganHak atau kebebasan yang wajib dimiliki oleh individu seperti kebebasan bersuara, bergerak, berorganisasi dan memilih kerajaan. Hak ini memberi kebebasan kepada individu untuk melakukan sebarang aktiviti yang tidak melampaui batasan perlembagaan dan membahayakan keselamatan. Hak ini juga merupakan ciri asas dalam sistem pemerintahan demokrasi dan perlu dihormati oleh setiap individu. Hak asasi manusia telah diiktiraf di peringkat antarabangsa seperti yang diisytiharkan dalam Universal Declaration of Human Rights di Vienna pada tahun 1948. Contohnya, seorang yang dituduh melakukan kesalahan mempunyai hak untuk mempertahankan dirinya di mahkamah dan beliau juga berhak mendapatkan khidmat peguam yang dipilih sendiri. Sinonim hak-hak asasi.
individual freedomkebebasan individuSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan individu yang merdeka daripada sebarang tekanan, penguasaan atau perhambaan. Segala tindakan yang dilakukannya adalah mengikut kehendak sendiri tanpa ditekan oleh kuasa lain. Kebebasan ini merupakan suatu hak dan bukannya kelebihan, dengan ini membolehkan seseorang melakukan sebarang tindakan, mengucapkan sebarang idea serta bebas bergerak. Kebebasan ini secara langsung memberi hak politik kepadanya seperti hak untuk mengundi, menyatakan pendirian politik malah berkempen dan bertanding dalam pilihan raya. Contohnya, kebebasan menyertai sebarang organisasi sukarela.
poetic licencekebebasan penyairKesusasteraanTiadaKebebasan pengarang untuk melakukan penyimpangan atau terkeluar dari realiti, bentuk, aturan dan seumpamanya dalam penciptaannya bertujuan memperolehi kesan atau keaslian.
peotic licencekebebasan penyairKesusasteraanTiadaKebebasan pengarang untuk menyimpan dari kenyataan, bentuk, aturan dalam penciptaannya dengan tujuan untuk mencapai kesan dan keaslian.
12345678910...

Kembali ke atas