Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.be.la.ka.ngan] | کبلاکڠن

Definisi : sejak masa-masa yg kemudian ini, akhir-akhir ini: pergolakan di Indonesia ~ ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebelakangan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya telah membaca jawapan tuan dalam Arkid Soalan tentang "sejak belakangan"/ "Sejak kebelakangan" / Kebelakangan ini. Saya mendapati jawapan-jawapan yang diberi berkontradiksi, yang mana satu yang betul? Sekian, terima kasih.

Kedua-duanya betul dan hendaklah digunakan mengikut konteks ayat yang betul.

Tatabahasa13.05.2010
Saya ingin mrngetahui perbezaan antara harmoni dengan harmonis. Bolehkah pihak tuan cuba jelaskan yang mana satu betul " sejak belakangan / sejak kebelakangan / Kebelakangan ini. Sekian, terima kasih.

Harmoni dan harmonis kedua-duanya membawa maksud selaras, sesuai, sepadan, seimbang dan sebagainya. Namun dalam konteks di Malaysia, kita menggunakan perkataan harmoni, harmonis digunakan di Indonesia.

Tatabahasa11.05.2010
Apakah perbezaan penggunaan perkataan "kebelakangan" dan "belakangan"?Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Contoh ayat kedua, mula-mula ia menolak, tetapi kebelakangan ini menerima juga tawaranku. Untuk makluman saudara, penggunaan kebelakangan dan belakangan ini sebenarnya sering bertukar ganti penggunaannya. Namun demikian, kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Makna11.07.2007
salam, penggunaan bahasa yang betul, belakangan ini atau kebelakangan ini. terima kasihMenurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian/m Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Makna24.05.2010
Kebelakangan ini kata pelitup muka digunakan sebagai padanan bagi kata Inggeris mask. Soalan saya, bilakah DBP mula mencadangkan penggunaan pelitup muka sebagai istilah padanan bagi mask? Kata ini belum ada dalam Kamus Dewan lagi. Terima kasih Dr S. NathesanUntuk makluman tuan, padanan bagi istilah pelitup muka telah diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Istilah Semasa (JKIS) Bil. 1/2020 pada 24 Mac 2020.Istilah11.08.2020
Kebelakangan ini banyak akhbar dan media elektronik menggunakan perkataan "di temukan" sebagai ganti kepada perkataan "di temui". Contoh; "mayat berkenaan telah ditemukan pada jam 9.00pagi ditepi sungai..." Apakah betul penggunaan perkataan "di temukan" yang sangat berleluasa penggunaannya ketika ini?Untuk makluman, "ditemukan" ialah kata kerja pasif menemukan yang bermaksud dijumpai sesuatu yang dicari, seperti ayat "kereta yang dicuri telah ditemukan dalam kawasan hutan berhampiran". Manakala "ditemui" ialah kata kerja pasif menemui bermaksud bertemu dengan, berjumpa dengan seseorang atau pergi bertemu dengan, seperti ayat "gadis idamannya belum lagi ditemui". Sehubungan dengan itu, pemilihan perkataan "ditemukan" memang tepat  berdasarkan contoh ayat yang diberikan.Lain-lain13.10.2017
Kebelakangan ini ramai yang menggunakan perkataan 'mohon pencerahan' untuk mendapatkan penjelasan mengenai sesuatu perkara. Adakah penggunaan perkataan 'pencerahan' ini betul?Menurut Kamus Dewan "pencerahan" bermaksud perbuatan atau proses mencerahkan: krim yg dpt membantu ~ kulit.
"Cerah" pula bermaksud: 
cerah l 1. terang (berkenaan (dengan) hari, bulan, lampu,langit, dan lain-lain): hari sudah cerah; 2. jernih (berkenaan (dengan) kaca dan lain-lain); 3. tidak hitam, agak putih (berkenaan (dengan) kulit): kulitnya cerah; 4. berseri, tidak muram (berkenaan (dengan) rupa muka): wajah Cikgu Seman belum cerah betul; 5. ki baik, bahagia, elok: kehidupan mereka menjadi bertambah-tambah cerah; 6. ki berakal, cerdik: mujurlah Abang Mat tu cerah sikit; cerah ceria terang lagi bersih (berkenaan (dengan) udara, cuaca, dan lain-lain); cerah kulit tidak hitam (dan tidak putih benar);

Dalam konteks memberi penjelasan , "pencerahan" ini boleh membawa maksud menerangkan kerana salah satu maksud cerah ialah terang.
Lain-lain23.09.2014
Kebelakangan ini, guru sekolah saya telah mengikuti kursus Bahasa Melayu. Pensyarah kursus mengatakan bahawa: 1. Bapa Ali ialah seorang usahawan. ( Salah ) 2. Bapa Ali ialah usahawan. ( Betul ) 3. Bapa Ali seorang usahawan. ( Betul ) ** " ialah seorang" tidak boleh digunakan bersama. Adakah itu benar?

Perkataan ialah boleh digunakan bersama dengan seorang. Harap saudara dapat meminta penjelasan daripada pihak yang memberikan kursus tersebut.

Tatabahasa18.08.2010
Kebelakangan ini, saya dapati perkataan "kededua" sering digunakan untuk membawa maksud "kedua-dua". Soalan saya ialah, adakah perkataan ini, "kededua" diterima? Jika demikian, bagaimana dengan perkataan-perkataan kata bilangan yang lain seperti ketiga-tiga, keempat-empat dan sebagainya? Terima kasih.Tiada perkataan "kededua" dalam rujukan kami. Sekiranya yang dimaksudkan 'kedua-dua', maka penggunaannya adalah betul. Kedua-dua bermaksud kelompok yang terdiri daripada dua (orang, dan sebagainya); dua-dua sekali. Perkataan ketiga-tiga dan  keempat-empat boleh digunakan.
  
Tatabahasa11.08.2010
Selamat pagi, Frasa “belakangan ini” dan “kebelakangan ini” sama kegunaannya? Adakah kedua-dua frasa ini betul? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, Kebelakangan atau belakangan merupakan sejak masa-masa yg kemudian ini/ akhir-akhir ini/ kebelakangan/belakangan juga ditakrifkan sebagai kesudahannya, akhirnya atau kemudian. Contoh ayatnya ialah pergolakan di Indonesia kebelakangan ini berjalan sangat cepat sehingga amat susah utk mengikutinya. Penggunaan kata kebelakangan lebih kerap digunakan berbanding kata belakangan.Lain-lain25.05.2010
1234567

Kembali ke atas