Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ben.cian] | کبنچين

Definisi : 1. perihal benci (rasa, sifat benci): lama-lama ~ itu hilang begitu saja; 2. sesuatu yg dibenci; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ben.cian] | کبنچين

Definisi : 1 rasa atau sifat benci: ~nya terhadap kawan-kawan tidak pernah wujud. 2 yg dibenci: Memungkiri janji merupakan ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebencian

Peribahasa

Jika hati tak suka,
     madu diminum serasa cuka.

Bermaksud :

Menunjukkan kebencian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
spite effect of taxkesan kebencian cukaiEkonomiTiadaTiada
antiforeignantiasingSejarahTiadaSifat kebencian dan penentangan terhadap orang-orang asing.
gynephobiaginefobiaPerubatanTiadaKetakutan atau kebencian terhadap masyarakat atau perkumpulan perempuan.
enmitypermusuhanSejarahTiadaSifat-sifat yang memperlihatkan kebencian, tidak mempunyai semangat setiakawan dan suka bermusuh dengan orang-orang atau pihak tertentu.
bias crimejenayah berat sebelahKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah kebencian yang dilakukan terhadap seseorang atau sekumpulan individu disebabkan oleh ciri-ciri tertentu yang dimiliki oleh mangsa seperti jantina, etnik, agama dan budaya. Jenayah ini bertujuan untuk mendiskriminasi, meminggirkan atau menghina mangsa.
intergroup conflictkonflik antara kelompokPsikologiPsikologi UmumKonflik yang wujud antara kelompok apabila satu kelompok menanam perasaan benci dan prejudis terhadap kelompok lain. Antara kepercayaan negatif yang boleh mewujudkan kebencian terhadap kelompok lain ialah superioriti, ketidakadilan, kerapuhan hubungan dan saling tidak mempercayai. Contohnya, jika individu dalam satu-satu kelompok terasa dieksploitasi secara tidak adil, ditindas, dihina atau diancam akan berkemungkinan menyebabkan konflik yang membawa kepada permusuhan.
anti-Semitismfahaman anti-YahudiSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang bermula di Jerman pada tahun 1880 yang menentang pengaruh Yahudi dalam pelbagai lapangan seperti ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan. Di negara yang berfahaman ini, bangsa Yahudi sering dijadikan sasaran kebencian kerana prasangka agama, etnik dan psikologi. Kaum Yahudi didiskriminasikan dalam pelbagai bidang. Gerakan anti- Yahudi ini mencapai kemuncaknya di Eropah khususnya di Jerman pada akhir abad ke-19 apabila pihak Nazi pimpinan Hitler mengambil alih kepimpinan pada tahun 1933. Pada tahun 1935, Undang-Undang Nuremberg dilaksanakan yang melarang perkahwinan antara orang Yahudi dengan orang Jerman. Kemudian pada tahun 1945, seramai lima juta orang Yahudi telah dibunuh dalam peristiwa holocaust. Sinonim anti-Semitisme.
symbolizationpensimbolanSains PolitikPolitik PerbandinganSuatu keadaan yang memperlihatkan tindakan penggunaan simbol oleh sesuatu badan, kelompok atau individu. Lambang digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat atau latar belakang perjuangan supaya lebih mudah dikenali kelak. Dengan meletakkan suatu simbol seperti gambar, tulisan, logo, bentuk, warna pakaian, lukisan atau ritual, sesuatu pihak itu akan lebih mudah dikenali tanpa mengira perjuangannya bersifat baik atau buruk. Contohnya, bendera bagi setiap negara merupakan simbol semangat nasionalisme bagi setiap rakyat, pakaian berjubah putih dengan menutup seluruh kepala pula merupakan pakaian kelompok Ku Klux Klan yang melambangkan kebencian mereka kepada orang bukan kulit putih. Sinonim perlambangan.

Kembali ke atas