Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.ke.sa.nan] | کبرکسنن

Definisi : perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ber.ke.sa.nan] | کبرکسنن

Definisi : keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
TUan/Puan, Penggunaan perkataaan ADALAH Bolehkah perkataan adalah digunakan dalam ayat seperti berikut: 1. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH BAGI menentukan keberkesanan.....; atau 2. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH UNTUK menentukan keberkesanan.....; atau 3. Tujuan pengauditan dijalankan ADALAH menentukan keberkesanan.....; atau 4. Tujuan pengauditan dijalankan BAGI/UNTUK menentukan keberkesanan.....; Mohon pencerahan tuan/puan.Kata pemeri "adalah" mesti diikuti dengan kata sendi nama atau kata adjektif, seperti dalam contoh ayat pertama dan kedua. Dalam ayat ketiga kata sendi nama "untuk/bagi" perlu hadir selepas kata "adalah" bagi melengkapkan ayat, namun dalam ayat keempat kata pemeri "adalah" boleh digugurkan.Tatabahasa28.02.2014
sejauhmanakah keberkesanan kamus dewan online dengan buku sebenar...Soalan yang dikemukakan oleh saudara ini memerlukan kajian khusus untuk menjawabnya. Untuk makluman saudara, maklumat tentang analisis/kajian tersebut tidak ada dalam sumber rujukan kami. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan.Lain-lain13.04.2012
Definasi keberkesanan, budaya, senggaraan dan tentera darat yang betul di dalam bahasa melayu.Keberkesanan ialah perihal berkesan. Budaya bermaksud tamadun, peradaban atau kemajuan fikiran, akal budi dan sebagainya. Senggaraan atau penyenggaraan ialah perbuatan menyenggarakan atau mengendalikan sesuatu. Tentera darat ialah bahagian angkatan perang yang bertugas di daratanMakna06.04.2010
Saya ingin bertanyakan istilah untuk kajian saya bagi Mini Tesis yang akan saya jalankan, masalahnya tiada kajian dalam Bahasa Melayu setakat ini. Istilah Bahasa Inggeris yang ingin saya tanyakan terjemahan yang tepat dalam Bahasa Melayu ialah Drug Refusal EfficacyKami mencadangkan istilah "Drug Refusal Efficacy" diterjemahkan sebagai "Keberkesanan Penolakan Drug", "Keberkesanan Penolakan Ubat" atau "Keberkesanan Penolakan Dadah". Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang, sama ada bidang Perubatan, Farmasi atau Veterinar.Istilah06.05.2021
Ada berapa morfem bagi kata ' keberkesanan' dan 'kemenjadian' ?terima kasihPerkataan "keberkesanan" terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan "kesan" dan tiga morfem terikat iaitu "ke", "ber" dan "-an". Manakala perkataan "kemenjadian" terdiri daripada satu morfem bebas iaitu perkataan "jadi" dan tiga morfem terikat iaitu "ke", "men" dan "-an".Lain-lain03.03.2010
Mengapakah kata seperti kebertanggungjawaban, keberadaan, keberhasilan, keberkesanan dan kata - kata seumpamanya menggunakan apitan ke-...-an dan bukannya per-...-an seperti pergaduhan (bergaduh), permainan (bermain), perjanjian (berjanji), percintaan (bercinta) dan seumpamanya? Salahkah jika kebertanggungjawaban saya tulis sebagai pertanggungjawaban, keberadaan sebagai peradaan, keberkesanan sebagai perkesanan dan keberhasilan sebagai perhasilan? Saya mohon pencerahan dan berterima kasih jika pihak DBP menjawab pertanyaan (kebertanyaan?) saya.

Apitan pe-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran.  Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya  seperti perakuan dan persengketaan.

Untuk mengenal pasti kelas kata terbitan daripada apitan ke-...-an hendaklah melihat konteks penggunaannya dalam ayat. Dalam buku Tatabahasa Dewan, perkara ini diterangkan di bawah tajuk Aspek makna apitan ke-...-an (halaman 213), contohnya perkataan kehujanan ialah kata nama sepertimana fungsinya dalam ayat "Dia kehujanan di jalan".
Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 212-213

Tatabahasa22.11.2017
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan "keberkesanan". Soalan saya: 1. Apakah kata dasar perkataan tersebut ialah "berkesan"? 2. Jika kata akarnya ialah "berkesan", apakah justifikasi yang digunakan? Mengapa kata "kesan" tidak dianggap sebagai kata akarnya?Berkesan dan keberkesanan, kata dasar kedua-dua kata tersebut ialah "kesan".Tatabahasa18.07.2008
Adakah buku ini ada dalam stock/simpanan Dewan Bahasa dan Pustaka. Nama Buku: Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah Penulis: Hussein MahmoodSekiranya anda telah mendaftar menjadi ahli Rakan Dewan, anda boleh merujuk buku ini di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah Hussein Mahmood Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1993. 371.20709595 HusLain-lain17.06.2007
TAJUK TESIS SAYA "KEBERKESANAN PROGRAM USAHAWANAN MUDA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU" . Tolong berikan penjelasan yang kukuh kenapa saya perlu menggunakan perkataan "DALAM KALANGAN PELAJAR" bukannya "DI KALANGAN PELAJAR". Terima kasih

"di kalangan" dan "dalam kalangan", kedua-dua frasa itu adalah betul, yang tidak boleh digunakan ialah di dalam kalangan. Oleh itu ayat "KEBERKESANAN PROGRAM USAHAWANAN MUDA DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NEGERI TERENGGANU", betul dan boleh digunakan.

Tatabahasa11.07.2008
Terjemahan perkataan efficiency Enjoy maximum efficiency with PETRONAS PRIMAX Selain daripada 'kecekapan' dan 'keberkesanan', sesuai tak kalau saya terjemahkan kepada 'efisiensi'? Contohnya 'Alami efisiensi maksima...' Adakah maksudnya dapat difahami pembaca? Saya semak PPRM, banyak digunakan di bahagian istilah Indonesia dan hanya satu dua sahaja dalam istilah MalaysiaPerkataan "efisiensi" memang ada ldam PRPM tetapi penggunaannya terhad dalam bidang dan konteks tertentu sahaja. Kami memang tidak menggalakkan penggunaan perkataan tersebut kerana telah ada perkataan bahasa Melayu yang sesuai. Oleh itu, saya mengesyorkan tuan menggunakan "kecekapan" atau "keberkesanan" bergantung pada mana yang lebih sesuai dalam konteks tersebut.Tatabahasa11.04.2014
12345

Kembali ke atas