Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.ke.sa.nan] | کبرکسنن

Definisi : perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ber.ke.sa.nan] | کبرکسنن

Definisi : keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
keberkesanankeadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
keberkesananperihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR;Kamus Dewan Edisi Keempat
keberkesanankeadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, aturan dsb).Kamus Pelajar
kecekapan(efficiency)Keberkesanan penggunaan sumber bagi menghasilkan sejumlah output.Kamus Komputer
ujian pukal(volume test)Kaedah untuk menyemak keberkesanan perjalanan atur cara dengan mengujinya dengan data sebenar yang besar jumlahnya.Kamus Komputer
keadaan sekitaran(ambient condition)Keadaan sekitar yang mempengaruhi kejayaan atau keberkesanan sesuatu sistem komputer, seperti keadaan suhu, cahaya, dan kelembapanKamus Komputer
audit komputer(computer audit)Pemeriksaan tatacara yang digunakan dalam sistem komputer bagi menilai keberkesanan dan kesahihan data untuk mengelakkan sebarang penyelewengan dan juga untuk mencadangkan pembaikan.Kamus Komputer
kefahamankeupayaan (kemampuan) memahami, faham tidaknya (seseorang) akan sesuatu yg dipelajari (dibaca dsb): oleh itu, ujian keberkesanan pengajaran guru yg sebenarnya ialah ~ pelajar;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengidentifikasikan1. mengenal pasti, menentukan identiti: masalah yg paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan mengajar; banyak masalah yg diidentifikasikan dlm artikel-artikel tersebut; 2. menganggap sama dgn: secara am, orang ~ dialek dgn negeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
identifikasi(idéntifikasi) perbuatan menganggap sama dgn: sesuatu pekerjaan di Jepun bukan sekadar satu peraturan kontrak utk mendapatkan gaji tetapi merupakan satu ~ dgn sebuah entiti yg besar; mengidentifikasikan 1. mengenal pasti, menentukan identiti: masalah yg paling menonjol, agaknya, adalah tentang bagaimana boleh diidentifikasikan sikap kebaikan atau keberkesanan mengajar; banyak masalah yg diidentifikasikan dlm artikel-artikel tersebut; 2. menganggap sama dgn: secara am, orang ~ dialek dgn negeri.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas