Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ber.ke.sa.nan] | کبرکسنن

Definisi : perihal berkesan, berkesan­nya (sesuatu tindakan, perubahan, dsb): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat drpd hasil yg diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dr segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ber.ke.sa.nan] | کبرکسنن

Definisi : keadaan atau hal berkesan (bkn tindakan, peraturan dsb). Mereka sedang mengkaji ~ tindakan yg diambil terhadap murid-murid yg tidak berdisiplin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kesan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tanda: bekas, jejak, cap, denai, tapak, tompok, surih, parut, tikas,

2. Bersinonim dengan akibat: hasil, padah, ekoran, kebaikan, keburukan, efek,

3. Bersinonim dengan pengaruh: akibat, ekoran, risiko,

Kata Terbitan : berkesan, keberkesanan, mengesan, mengesani, mengesankan, terkesan, pengesanan, pengesan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
microwave-assisted extractionpengekstrakan berbantu mikrogelombangHerbaFitokimiaTeknik pengekstrakan yang menggunakan sinaran mikrogelombang untuk meningkatkan keberkesanan proses pengekstrakan. Peningkatan keberkesanan ini disebabkan oleh kesan langsung tenaga mikrogelombang ke atas biomolekul menerusi konduksi ionik dan putaran dwikutub, yang mengakibatkan peresapan tenaga ke dalam pelarut dan bahan tumbuhan lalu menghasilkan pergerakan molekul dan pemanasan.
brand usagepenggunaan jenamaKomunikasiKorporatKaedah untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan sesuatu barangan yang diperagakan melalui pengiklanan. Pengukuran keberkesanan pengiklanan ini boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah penyelidikan seperti tinjauan, teknik percubaan, dan pemerhatian. Peringkat keberkesanan yang diukur adalah pelbagai, iaitu dari peringkat mengetahui dan menyedari, meminati dan memahami, percubaan dan penilaian, sehinggalah peringkat penggunaan dan perubahan sikap serta pengekalan pengamalan sesuatu barangan.
photosynthesis efficiencykecekapan fotosintesisPertanianAgronomi

Keberkesanan tumbuhan menukarkan tenaga cahaya yang diterima kepada bentuk tenaga yang lain. Contohnya, keberkesanan pokok menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga kimia adalah sebanyak  0.2 peratus hingga 0.5 peratus, manakala  keberkesanan panel solar menukarkan tenaga cahaya kepada tenaga elektrik adalah sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus. Kecekapan fotosintesis berbeza, bergantung pada frekuensi cahaya.

organisational effectivenesskeberkesanan organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

 Kecemerlangan sesebuah organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, peka dan responsif terhadap tuntutan masyarakat. Keberkesanan organisasi merangkumi cara perancangan pengurusan dan pentadbiran, jangka hayat, pertambahan dari segi bilangan pelanggan dan jumlah aduan negatif daripada orang awam. Pada masa yang sama, keberkesanan organisasi juga berkaitan dengan pandangan dan penerimaan masyarakat terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan. Tidak semua organisasi mampu dan berkebolehan memberikan perkhidmatan yang baik atau mempunyai ciri yang cemerlang.

precipitation effectivenesskeberkesanan kerpasanGeografiTiadaTeknik mengukur keberkesanan atau kebergunaan hujan bagi tanaman, pembekalan air atau potensi industri.
evaluation of program effectivenesspenilaian keberkesanan programKejururawatanTiadaPentafsiran sistematik tentang keberkesanan sesuatu program.
relative biological effectivenesskeberkesanan biologi relatifTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikNisbah yang menunjukkan keberkesanan biologi bagi satu jenis sinaran mengion berbanding dengan sinaran yang lain. Nisbah ini mempunyai nilai yang berbeza- beza dan bergantung pada jenis zarah, jenis sinaran, tenaga yang terlibat dan kesan biologi.
testimonialsperakuanKomunikasiKorporatKaedah penyampaian mesej pemasaran dan sosial yang berasaskan bukti keberkesanan barangan atau perkhidmatan. Pemaparan bukti keberkesanan tersebut dijangka dapat mempengaruhi khalayak untuk menyokong pembelian barangan atau penggunaan perkhidmatan. Bukti kejayaan yang boleh dalam bentuk hasil ujian makmal atau perakuan penggunaan oleh seseorang personaliti. Dalam konteks ini, penggunaan oleh personaliti terkenal kerap digunakan sebagai bukti keberkesanan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Perakuan penting untuk meningkatkan keyakinan khalayak ter-hadap barangan atau perkhidmatan melalui pengaruh sedia ada yang terdapat pada personaliti terkenal, seperti ahli politik, personaliti hiburan, ahli sukan atau pakar bidang seperti doktor, atau pakar pemakanan.
effectivenesskeberkesananPengurusanPerancanganTahap yang menentukan sejauh mana sesebuah organisasi berjaya mencapai sasaran atau matlamat yang ditetapkan. Penentuan tahap keberkesanan adalah penting dalam proses pengukuran dan pemantauan prestasi organisasi sebagai sebahagian daripada fungsi pengurusan. Organisasi dianggap berkesan jika berjaya menyediakan produk atau perkhidmatan yang mempunyai nilai kepada pelanggannya. Contohnya, syarikat yang berjaya mengeluarkan produk mengikut spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan.
anaesthetic testujian anestetikPerubatanTiadaUjian untuk mengesan keberkesanan anestetik yang diberikan, biasanya untuk mengesan keberkesanan anestetik setempat.
12345678910...

Kembali ke atas