Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bi.ja.kan]/[ke.bi.ja/.kan] | کبيجقن

Definisi : perihal bijak, kecerdikan, kepintaran: sesetengahnya dinaikkan pangkat kerana ~ dan kemahiran mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebijakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
sila berikan definisi untuk: pengetahuan pengalaman kemahiranMenurut Kamuas Dewan Edisi Keempat, maksud perkataan berikut ialah:
1. Pengetahuan -1. perihal mengetahui, apa-apa yang diketahui,2. perihal tahu, kepandaian, kebijakan, 3. (ilmu) segala yang akan diketahui atau dipelajari bkn sesuatu
2. Pengalaman - apa yang dialami(dirasai, ditempuh, dll.)
3. Kemahiran - kecekapan, kepandaian,
Istilah23.09.2014
Assalam. Sya ingin mendapatkan terjemahan frasa "Ingenuity Incorporated" dalam bahasa Melayu. Terima kasih.Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "ingenuity incorporated". Walau bagaimanapun, dalam pangkalan data kami padanan bahasa Melayu untuk "ingenuity" ialah kepintaran atau kebijakan. Terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "incorporated", iaitu 1.  berhad 2. diperbadanakan 3. berkanun 4. digabungkan 5. ditubuhkan Istilah30.12.2014
apakah maksud pengetahuan dalam erti kata ilmiah

Saudara,

Maksud pengetahuan ialah 1 = ilmu ~ segala yg diketahui atau yg dipelajari ttg sesuatu ilmu: ~ sains. 2 keadaan mengetahui; apa-apa yg diketahui: Se­panjang ~ku, mereka belum pulang lagi. 3 hal mengetahui; kebijakan; kepandaian: ~nya dlm lapangan politik tanah air sungguh luas.

Makna04.09.2010
1. Apa maksud 'minds-on' dan 'hands-on' dalam Bahasa Melayu? 2. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'minds-on' dan 'hands-on' dalan bahasa Melayu? 3. Apakah perkataan lain yang mempunyai sinonim dengan a) pengetahuan b) pengajaran c) kualiti etika guru terima kasihUntuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "hands-on" ialah amali dan belum ada istilah khusus untuk "minds-on". Walau bagaimanapun, istilah bahasa melayu yang kami cadangkan untuk "minds-on" ialah berfikir. Berdasarkan Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, sinonim untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:
a) pengetahuan - ilmu, kepandaian, kebijakan, kebijaksanaan, kepakaran, kemahiran, kepintaran, keahlian, pelajaran, pendidikan
b) pengajaran - pendidikan, pengasuhan, tarbiah
c) kualiti - mutu, nilai, standard, taraf
d) etika - prinsip, standard, piawai
Istilah03.04.2012

Kembali ke atas