Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bo.lé.han] | کبوليهن

Definisi : kelayakan, kecekapan: mereka mendapat pekerjaan menurut ~ masing-masing; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bo.lé.han] | کبوليهن

Definisi : sifat-sifat yg membolehkan atau melayakkan seseorang utk melakukan sesuatu: Mereka membuat kerja mengikut ~ masing-masing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebolehan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEMORI

Memori ialah kebolehan untuk mengingat

sesuatu yang sudah dipelajari atau yang pernah

dialami. Memori merupakan bahagian penting

dalam proses pembelajaran. Jika kita tidak

mengingati langsung tentang masa lampau, maka

kita tidak akan dapat mempelajari sesuatu yang

baru. Semua pengalaman kita akan hilang sebaik

sahaja pengalaman tersebut berakhir dan setiap

keadaan baru betul-betul merupakan suatu perkara

yang asing. Tanpa memori kita akan mengalami

pengalaman yang sama berulang kali untuk

“pertama kalinya”. Kita juga akan kehilangan

nikmat yang diberikan oleh memori kepada

kehidupan – nikmat kenangan yang indah di

samping kenangan yang menyedihkan.

UMUM 
KEMAHIRAN MENJUAL

Kemahiran menjual ialah kebolehan menjual

barang-barang dan perkhidmatan. Kemahiran ini

melibatkan pemberitahuan tentang barang keluaran

dan perkhidmatan syarikat serta memujuk orang

ramai membelinya.

UMUM 
SAROYAN, WILLIAM

Saroyan, William (1908–1981) ialah penulis

Amerika. Dia menjadi terkenal kerana drama dan

ceritanya yang menyanjung kebolehan manusia

biasa hidup sepenuhnya, dan bergembira dalam

dunia yang jelik. Dalam salah satu prakata dramanya,

Saroyan menulis: “Dalam kehidupan ini, cubalah

anda lalui dengan sebaik-baiknya agar tiada

kejelikan atau kematian untuk diri anda dan untuk

sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anda.” Karya

Saroyan merakamkan kepercayaan bahawa insan

tidak bersalah. Kebanyakan karyanya mengisahkan

kemiskinan dan insan yang gigih. Karyanya lebih

bersifat sentimental daripada bersifat objektif

terutama paparannya tentang kanak-kanak dan

kehidupan golongan pekerja.

UMUM 
BUTA WARNA

Buta warna yang kadangkala dikenali

dengan istilah daltonisme  ialah ketakbolehan

membezakan kesemua warna. Kebolehan untuk

melihat warna berpunca daripada sel penglihatan

khusus, yang dinamakan kon, yang terdapat pada

retina mata. Seseorang yang normal penglihatan

warnanya mempunyai tiga jenis kon, dan setiap

jenis kon itu peka terhadap warna yang berbeza.

Orang yang buta warna tidak mempunyai satu, atau

dua, atau kesemua jenis kon ini.

UMUM 
THURSTONE, LOUIS LEON

Thurstone, Louis Leon (1877–1955), ahli

psikologi Amerika, memainkan peranan utama

dalam perkembangan ujian psikologi. Satu

daripada kejayaannya yang penting ialah

penciptaan kaedah statistik yang membolehkan

pakar psikologi mengkaji sifat psikologi seseorang

seperti kebolehan dan keperibadian. Dengan

menggunakan kaedah ini terhadap hasil ujian

kecerdasan, Thurstone menetapkan bahawa

kecerdasan terdiri daripada beberapa kebolehan

yang berlainan, antaranya bakat berfikir dan

mengira. Thurstone lahir di Chicago. Dia memperoleh

ijazah Ph.D. dalam bidang psikologi dari University

of Chicago pada tahun 1917.

UMUM 
PANDU PUTERI DAN PENGAKAP PEREMPUAN

Pandu Puteri dan Pengakap Perempuan

ialah organisasi antarabangsa yang menggalakkan

kanak-kanak perempuan mengembangkan minat dan

kebolehan mereka serta mempelajari kemahiran

baharu. Organisasi ini memberi mereka peluang

untuk membantu orang lain dan mempelajari

pelbagai aspek tentang dunia. Pada tahun 1994, Girl

Guides, iaitu pasukan Pandu Puteri di United

Kingdom telah menukar namanya kepada Persatuan

Pandu Puteri (The Guide Association).

UMUM 
AUDIOLOGI

Audiologi ialah profesion yang tertumpu pada

pengesanan dan rawatan masalah pendengaran.

Ahli audiologi menentukan sama ada seseorang

mempunyai masalah kurang pendengaran atau

tidak. Mereka juga mengukur kesan kehilangan

pendengaran separa atau keseluruhan berdasarkan

kebolehan pesakit berkomunikasi.

UMUM 
BIASISWA

Biasiswa ialah sejumlah bantuan berbentuk

wang atau yuran yang diberikan percuma kepada

pelajar berasaskan pencapaian, kebolehan,

atau keperluan kewangan. Biasiswa biasanya

disifatkan sebagai penghormatan terhadap

pengiktirafan pencapaian akademik yang ulung,

juga sebagai bantuan kewangan kepada mereka

yang memerlukannya. Pada umumnya biasiswa

diberikan sebagai satu cara memilih dan melatih

mereka yang berkeupayaan agar menjadi aset

berguna kepada masyarakat dan negara.

UMUM 
BELIAN

BELIAN, bomoh atau pawang yang mempunyai kebolehan menghubungkan manusia dengan alam makhluk ghaib, dengan bantuan hantu belian.

BUDAYAKonsep
REKA BENTUK PERINDUSTRIAN

Reka bentuk perindustrian ialah proses

merancang serta mengembangkan keluaran dan

sistem. Pereka bentuk perindustrian mencipta

keluaran untuk membentuk sesuatu tugas khusus.

Keluaran mestilah menarik serta selamat, boleh

diharap, dan mudah diselenggara. Keluaran itu

hendaklah mudah dan tidak mahal untuk dibuat

atau dikeluarkan. Pereka bentuk perindustrian

mestilah menggabungkan kebolehan seni dengan

pengetahuan tentang ilmu kejuruteraan, kos,

bahan, proses pembuatan, dan keadaan pasaran.

UMUM 
12

Kembali ke atas