Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu.da.ya.an] | کبوداياءن

Definisi : keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu.da.ya.an] | کبوداياءن

Definisi : 1 kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang: Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2 usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebudayaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin mendapatkan fakta tentang sistem pentadbiran kebudayaanSila rujuk bahan ini : 1. Pengurusan kebudayaan masa depan oleh Baha Zain Dewan Sastera 15/02/1978 2. Perancangan dan pentadbiran kebudayaan di Malaysia / oleh Aziz Deraman.Kuala Lumpur : Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1983.Lain-lain20.06.2007
setiap budaya mempunyai sejarah perkembangannya sendiri. Berikan sejarah perkembangan Kebudayaan Melayu dan huraikan bagaimana ciri-ciri kebudayaan mempengaruhi perkembangan kebudayaan Melayu.

Saudari boleh merujuk  pada bahan seperti dibawah :

1. Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan MElayu terbitan DBP tahun 1999

Lain-lain20.04.2008
sila betulkan ayat-ayat berikut besertapenerangannya. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa.Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan.

1. Ayat yang dikemukakan ayat lisan. Dalam kontak ayat lisan, ayat ini betul. 2. Ayat ini betul. kata banyak merujuk kepada kata bilangan. 3. Bahasa Inggeris (ialah) bahasa pertuturan antarabangsa...

 

Tatabahasa29.09.2011
berikan contoh ayat dan makna bagi perkataan tersebut:- 1. dwibudaya 2. pratonton 3. prakata 4. tatanegara

1. Dwibudaya bermaksud mempunyai (mengamalkan) dua kebudayaan yang utama (seperti kebudayaan Inggeris dan kebudayaan Perancis yang diamalkan di Kanada).

2. Pratonyon bermaksud tayangan filem, persembahan teater dan sebagainya yang dikhususkan untuk wartawan, pengkritik dan sebagainya sebelum filem, teater dan sebagainya itu dipertontonkan secara rasmi kepada orang ramai.

3 Prakata bermaksud kata alu-aluan oleh tokoh tertentu untuk sesebuah buku dan lain-lain, atau mukadimah.

4. Tatanegara bermaksud susunan dan bentuk pemerintahan negara.

Kata/istilah ini banyak digunakan dalam penulisan buku, berita atau rencana. Sila rujuk artikel yang berkaitan untuk melihat contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. 

Makna17.03.2010
selepas berbincang antara kami masih belum ada persefahaman yang sama, harap dapat pembetulan ayat di bawah yang mengikut tata bahasa yang baku. 1. Bercakap tentang kebudayaan, kata kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan dahulu. 2. Akibat kurangnya pengetahuan agama, banyak belia yang tersesat. 3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak tidak merupakan tanggungjawab semata-mata guru di sekolah, tetapi dipertanggungjawabkan oleh kedua ibu bapa dan guru. 4. Bahasa Inggeris adalah bahasa pertuturan antarabangsa. Oleh itu tidak hairanlah di kota-kota banyak digunakan. 5. Lantaran itu di dalam dunia pendidikan menuju era globalisasi hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan terutama di dalam proses pengajaran seperti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain. 6. Pendidikan pada hari ini terutama di era dunia tanpa sempadan, setiap aktiviti pembelajaran banyak dipengaruhi kemajuan di dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik. 7. Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan fizikal pelajar. 8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia suatu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan rupa wajah anak bangsa, tentang masa depan yang cemerlang, tentang cita-cita luhur dan keunggulan. didahului terima kasih.1. Bercakap tentang kebudayaan, perkataan kebudayaan itu sendiri perlu ditakrifkan terlebih dahulu.
2. Ayat ini betul.
3. Tugas membentuk disiplin kanak-kanak bukan merupakan tanggungjawab guru di sekolah semata-mata, tetapi juga dipertanggungjawabkan kepada kedua ibu bapa.
4. Bahasa Inggeris ialah bahasa pertuturan antarabangsa, Oleh itu, tidak hairanlah bahasa Inggeris digunakan di kebanyakan kota.
5. Lantaran itu, dalam dunia pendididikan yang sedang menuju era globalisasi pada hari ini, terdapat pelbagai teknologi pendidikan yang cuba diaplikasikan dalam proses pengajaran sepeti penggunaan laman web dan bahan multimedia yang lain.
6. Setiap aktiviti pembelajaran pendidikan pada hari ini, terutama dalam era dunia tanpa sempadan banyak dipengaruhi kemajuan dalam teknologi maklumat dan bersifat elektronik.
7. Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang menyumbang ke arah kecergasan fizikal pelajar.
8. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, satu perkara asas ialah wawasan pendidikan yang akan melahirkan anak bangsa yang mempunyai masa depan yang cemerlang dan cita-cita luhur dan unggul.
Tatabahasa27.02.2013
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
maksud kesenian dan kebudayaanMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesenian ialah perihal seni, yg berkaitan dgn seni, keindahan (kehalusan), manakala kebudayaan ialah keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi), Untuk makna lebih lanjut, saudara boleh menghubungi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.Makna16.01.2008
beribu-ribu penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu. (adakah beribu-ribu salah?)

Penggunaan 'beribu-ribu" dalam ayat tersebut kurang tepat kerana tiada penjodoh bilangan. Ayat yang tepat ialah Beribu-ribu orang penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu atau Ribuan penonton terpesona oleh persembahan kebudayaan dari negara asing itu.

Tatabahasa20.02.2011
Persembahan kebudayaan itu dipersembahkan kepada para pelancong yang datang melawat ke Taman Mini Malaysia di Negeri Melaka. Ayat di atas betul atau salah daripada aspek penggunaan imbuhanAyat yang betul ialah "Persembahan kebudayaan itu dipersembahkan kepada para pelancong yang datang melawat ke Taman Mini Malaysia di Negeri Melaka".Tatabahasa27.07.2016
cara bagaimana hendak memohon masuk ke kelab seni kebudayaan dan sekaligus menjadi ahli kepada dewan bahasa dan pustaka?Saudara boleh menyertai mana-mana kelab seni dan kebudayaan di tempat yang berdekatan dengan kediaman saudara jika kelab tersebut wujud, tetapi jika di tempat saudara tiada kelab sedemikian, saudara mungkin boleh menyertai kelab-kelab lain yang ditubuhkan oleh badan-badan tertentu.  Dewan Bahasa dan Pustaka tidak punya kelab seni dan budaya, kerana kelab tersebut terletak di bawah Badan Keluarga DBP yang ahlinya terdiri daripada staf DBP sendiri.  Untuk menjadi ahli DBP saudara mestilah menjadi staf, kerana DBP bukan sebuah kelab atau badan budaha, tapi merupakan organisasi kerajaan.Lain-lain15.01.2009
12345678910

Kembali ke atas