Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu.da.ya.an] | کبوداياءن

Definisi : keseluruhan cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir) serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yg berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun, peradaban, kemajuan (akal budi): Melaka merupakan pusat ~ Melayu sebelum kedatangan orang Barat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu.da.ya.an] | کبوداياءن

Definisi : 1 kemajuan hasil pemikiran dan penciptaan manusia dlm pelbagai bidang: Beliau sedang membuat penyelidikan ttg ~ Melayu. 2 usaha atau daya mencipta atau berfikir dlm pelbagai bidang hidup manusia: Universiti seharusnya menjadi pusat ~ dan bukan hanya menjadi pusat pengajian tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebudayaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL

LEMBAGA KEBUDAYAAN NASIONAL, organisasi kebudayaan Indonesia. Lembaga Kebudayaan Nasional (LKN) berusaha menghimpun para seniman dan budayawan golongan nasionalis yang menyetujui, mendukung dan memperjuangkan suatu asas tertentu bagi mereka yang sealiran. Perjuangan ahli lembaga ini adalah untuk membela Pancasila dan memperjuangkan kepemimpinan Parti Nasionalis Indonesia (PNI) dalam mewujudkan kebudayaan Marhaenis.

SASTERAInstitusi/Organisasi
MANIFES KEBUDAYAAN

MANIFES KEBUDAYAAN, dokumen kebudayaan. Dokumen ini merupakan pernyataan sikap sejumlah seniman dan budayawan Indonesia, yang pada dasarnya menentang Lembaga Kebudayaan Rakyat (LEKRA) dengan segala aktivitinya. Pernyataan ini disusun oleh Wiratmo Soekito pada 17 Ogos 1963, ditandatangani para pendukungnya di Jakarta pada 23 Ogos 1963, dan dimuat pertama kalinya dalam ruangan kebudayaan akhbar harian Berita Republik, 19 Oktober 1963 dan majalah Sastra, bulan September/Oktober 1963.

SASTERADisiplin Ilmu
AKULTURASI

Akulturasi ialah proses apabila ciri-ciri

kebudayaan suatu kumpulan berubah melalui

hubungan kumpulan itu dengan kebudayaan

kumpulan lain.

UMUM 
TILLICH, PAUL

Tillich, Paul (1886–1965) ialah ahli teologi

kelahiran Jerman yang terkenal. Tillich ialah

pelajar kebudayaan yang pintar. Dalam bukunya

Theology of Culture (1959), dia menganalisis

bentuk kebudayaan dengan memaparkan dimensi

keagamaan yang terdapat dalam semua kegiatan

kebudayaan. Tillich mengetengahkan teori simbol

dan mitos keagamaan yang dibincangkannya

dalam Dynamics of Faith (1957). Maha karyanya

yang terbaik ialah Systematic Theology (1951,

1959, 1963) yang diterbitkan dalam tiga jilid.

Dalam buku ini, Tillich mentafsirkan maksud

Tuhan dan Jesus Christ yang berhubung kait

dengan persoalan falsafah tentang kehidupan dan

pemikiran moden.

UMUM 
SENJANG BUDAYA

Senjang budaya ialah kegagalan beberapa

bahagian kebudayaan untuk menjadi seiring

dengan bahagian-bahagian lain yang berkaitan.

William F. Ogburn, ahli sosiologi Amerika,

memperkenalkan istilah ini pada tahun 1920-an.

Dia menegaskan bahawa perkembangan

teknologi menyebabkan perubahan pesat berlaku

pada kebudayaan kebendaan , termasuk

perumahan, jentera, dan proses industri. Tetapi

dia melihat bahawa kebudayaan bukan

kebendaan , termasuk idea, nilai, dan sistem

sosial, biasanya berada terbelakang daripada

kebudayaan kebendaan

UMUM 
ORANG BUNIAN

Orang bunian ialah makhluk khayalan. Dalam

sesetengah kebudayaan, orang bunian dikenal

sebagai pari-pari. Dalam kebanyakan cerita rakyat,

orang bunian ialah orang kenit. Walau

bagaimanapun, dalam beberapa kebudayaan

tradisi, saiz orang bunian sama seperti saiz

manusia.

UMUM 
MESIR PURBA

Mesir Purba ialah tempat wujudnya salah satu

peradaban dunia yang pertama. Kebudayaan yang

maju ini muncul lebih kurang 5000 tahun dahulu di

Lembah Sungai Nil di bahagian timur laut Afrika.

Kebudayaan itu berkembang subur selama lebih

2000 tahun lalu menjadi salah sebuah peradaban

yang paling lama bertahan dalam sejarah.

UMUM 
MALINOWSKI, BRONISLAW

Malinowski, Bronislaw (1884–1942) ialah ahli

antropologi British. Dia dikenali kerana kajiannya

tentang kebudayaan penduduk Pulau Trobriand di

barat daya Pasifik dan kerana sumbangannya yang

berupa teori tentang kebudayaan manusia.

UMUM 
BMKNBMKN,  organisasi kebudayaan Indonesia.  BMKN ialah singkatan bagi Badan Musyawarah Kebudayaan Nasional.  BMKN  ditubuhkan hasil daripada Kongres Kebudayaan yang berlangsung di Magelang pada tahun 1948, semasa revolusi mempertahankan Proklamasi Kemerdekaan Republik Indonesia yang dicetuskan pada 17 Ogos 1945.  Nama asalnya Lembaga Kebudayaan Indonesia tetapi setelah berlangsung kongresnya di Bandung (1952), namanya diubah menjadi BMKN.SASTERAInstitusi/Organisasi
SENARAI WARISAN DUNIA

Senarai Warisan Dunia ialah daftar

antarabangsa bagi tapak yang mempunyai nilai

semula jadi atau nilai kebudayaan yang tinggi.

Sesetengah tapak disenaraikan sebagai

sebahagian daripada Warisan Dunia kerana

pemandangan dan hidupan liarnya yang luar

biasa dan menakjubkan. Lain-lain dimasukkan

kerana kepentingannya sebagai sebahagian

daripada warisan kebudayaan manusia.

Sesetengah kawasan mempunyai kedua-dua

kepentingan semula jadi dan kebudayaan.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas