Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : kelaparan: harapkan gaji suaminya, kebuluranlah dua tiga hari dlm sebulan; mati kebuluran mati kelaparan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : 1 tidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata. 2 keadaan atau kejadian bulur: Disebabkan kekurangan makanan, maka berlakulah ~ di kawasan bencana itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebuluran

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah "kebulur" untuk satu orang dan "kebuluran" untuk ramai orang? atau kedua-dua perkataan boleh digunakan untuk satu dan ramai orang? Terima kasih.Kebulur dan kebuluran sama maknanya iaitu kelaparan sama ada seorang atau ramai yang kebulur/kebuluran itu.Istilah19.01.2009
Salam sejahtera. Menurut kamus "famine" dan "starvation" kedua-duanya membawa maksud yang sama iaitu kebuluran. Bagaimanakan saya boleh membezakan penggunaan perkataan tersebut dalam ayat berikut: "The famine refers to a period of mass starvation beginning in ...". Terima kasih.Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "famine" dan "starvation" dalam pangkalan data kami ialah kebuluran. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, "famine" mempunyai dua maksud, iaitu 1. acute shortage of food, kebuluran, kahat; 2. acute shortage, kekurangan yang teruk. Dalam Kamus Dewan, "kahat" bermaksud kekurangan makanan, bencana kebuluran. Oleh itu, puan boleh memilih padanan bahasa Melayu yang sesuai berdasarkan konteks dan konsep ayat bahasa Inggeris tersebut.Istilah08.04.2014
Assalamualaikum, Apakah ciri-ciri / perbezaan antara seloka dan gurindam? Terima kasih.
Waalaikumussalam. Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit. Walaupun nama gurindam itu berasal daripada pengaruh asing, tetapi bentuk gurindam itu dicipta oleh masyarakat Melayu sendiri dan berkembang dalam tradisi lisan Melayu. Menurut Za'ba, gurindam ialah sejenis puisi yang tidak mengandungi sukatan yang tetap. Puisi ini mengandung fikiran yang bernas untuk tujuan memberi nasihat dan pesanan. Gurindam digubah dalam bahasa yang indah. Berikut diturunkan salah satu contoh gurindam, iaitu:
Kalau banyak berkata-kata,
Di sanalah boleh terjadi dusta.
Seloka juga berasal daripada bahasa Sanskrit, tetapi dalam bahasa Melayu seloka adalah sejenis puisi  lisan Melayu yang tiada tetap sajaknya. Puisi ini digubah bertujuan untuk menyindir, mengejek, bergurau senda dan berjenaka dengan menggunakan bahasa yang berangkap seperti yang berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan,
Awak pulang kebuluran
Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang.
Lain-lain28.08.2009

Kembali ke atas