Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : kelaparan: harapkan gaji suaminya, kebuluranlah dua tiga hari dlm sebulan; mati kebuluran mati kelaparan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : 1 tidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata. 2 keadaan atau kejadian bulur: Disebabkan kekurangan makanan, maka berlakulah ~ di kawasan bencana itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebuluran

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEBULURAN

Kebuluran ialah kekurangan makanan yang

berpanjangan yang menyebabkan kelaparan dan

kematian secara meluas. Sepanjang sejarah,

kebuluran berlaku sekurang-kurangnya satu

kawasan di dunia ini selang beberapa tahun.

UMUM 
KEBULURAN BESAR

Kebuluran Besar berlaku di Ireland dari tahun

1845 hingga 1847. Ia disebabkan oleh kegagalan

tanaman kentang. Pada masa itu, kentang ialah

makanan utama bagi kebanyakan orang Ireland.

UMUM 
RACUN KULAT

Racun kulat ialah bahan kimia yang digunakan

untuk membunuh ketumbuhan yang dikenali

sebagai kulat yang berbahaya kepada manusia

dan tumbuh-tumbuhan. Penyakit yang disebabkan

oleh kulat boleh memusnahkan atau dengan

serius merosakkan tanaman makanan. Penyakit

kulat telah memusnahkan tanaman kentang di

Ireland, yang menyebabkan sekitar 750 000 orang

kebuluran pada tahun 1840-an. Kulat juga

menyebabkan hawar berangan yang membunuh

ribuan pokok berangan Amerika di Amerika

Syarikat pada awal tahun 1900-an.

UMUM 
AUSCHWITZ

Auschwitz ialah pusat buruh paksa dan

penghapusan yang dilakukan oleh Nazi Jerman

semasa Perang Dunia II (1939–1945). Lebih kurang

satu juta orang mati di Auschwitz dari bulan

September 1941 hingga bulan Januari 1945. Nazi

menggunakan bilik gas dan cara lain untuk

membunuh hampir kesemua mangsa. Manakala

buruh paksa yang lain mati kerana kebuluran atau

penyakit, dan sebahagian yang lain pula dipaksa

berkerja di kilang-kilang berhampiran hingga

mereka mati. Kebanyakan mangsa di Auschwitz

ialah orang Yahudi. Nazi membunuh mereka

sebagai sebahagian daripada rancangan mereka

untuk membunuh semua orang Yahudi di Eropah.

Auschwitz terletak di Poland, berhampiran

sebuah tempat yang kini dikenali sebagai

Oswiecim. Pusat ini terdiri daripada tiga buah kem

tahanan, dibina antara tahun 1940 hingga tahun

1942. Kini, Auschwitz ialah sebuah muzium dan

arkib yang dikekalkan oleh kerajaan Poland.

UMUM 
PUPA

Pupa ialah peringkat yang agak tidak aktif dalam

metamorfosis (perkembangan) kebanyakan

serangga. Dalam metamorfosis lengkap , larva

makan sehingga membesar sepenuhnya (lihat

Larva ). Kemudian larva bersalin kulit menjadi pupa,

satu bentuk sementara yang membolehkan

struktur dewasa berkembang. Serangga dewasa

muncul dengan memecahkan “kulit” pupa.

Peringkat pupa mungkin lamanya satu atau dua

hari, atau sehingga satu tahun atau lebih,

bergantung pada spesies. Peringkat ini

membolehkan sesetengah serangga dewasa,

seperti rama-rama, mempunyai ciri-ciri

yang sangat berbeza daripada ciri-ciri larva. Ia

juga membolehkan sesetengah serangga yang

berkembang mengelakkan kepanasan dan

kesejukan yang melampau, kebuluran, dan

kemarau.

UMUM 

Kembali ke atas