Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : kelaparan: harapkan gaji suaminya, kebuluranlah dua tiga hari dlm sebulan; mati kebuluran mati kelaparan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bu.lu.ran] | کبولورن

Definisi : 1 tidak cukup makanan; menderita bulur; kelaparan: Jika peperangan ini berlanjutan, akan ~lah rakyat jelata. 2 keadaan atau kejadian bulur: Disebabkan kekurangan makanan, maka berlakulah ~ di kawasan bencana itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebuluran

Peribahasa

Anak dipangku dilepaskan,
     beruk di hutan disusukan.

Bermaksud :

Urusan sendiri ditinggalkan kerana mementingkan urusan orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui, b. Anak kera di hutan disusui, anak sendiri di rumah kebuluran, c. Anak monyet di hutan disusui, anak sendiri di rumah kekeringan).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
zero faminekebuluran sifarSosiologiTiadaKeadaan apabila usaha atau program dijalankan untuk menghentikan kebuluran, menghilangkan semua bentuk kekurangan zat makanan, dan membina sistem pemakanan yang sihat.
starvationkebuluranGeografiTiadaTiada
faminekebuluranGeografiTiadaKekurangan bahan makanan yang sangat ketara di dalam sesebuah negara/kawasan.
faminekebuluranKependudukanTiadaTiada
starvationkebuluranKependudukanTiadaTiada
faminekebuluranPertanianTiadaTiada
starvationkebuluranVeterinarTiadaTiada
faminekebuluranSejarahTiadaKekurangan bahan makanan yang sangat ketara di dalam sesebuah negara/kawasan.
starvationkebuluranVeterinarTiadaKeadaan apabila haiwan tidak mendapat makanan yang mencukupi bagi membekalkan tenaga dan nutrien untuk menjalankan metabolisme asas. Haiwan dalam keadaan ini akan menggunakan tisu-tisu lemak dan protein badan sebagai sumber tenaga dan dalam keadaan kronik, masalah ini boleh menyebabkan kematian.
chronic starvationkebuluran kronikSosiologiTiadaTiada
123

Kembali ke atas