Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cai.ran] | کچاءيرن

Definisi : 1. perihal cair; 2. (Eko) kebolehan utk menukarkan sesuatu aset kpd wang tunai dgn mudah dan cepat; 3. (Eko) adanya pembeli dan penjual yg mencukupi bagi sesuatu sekuriti (saham) pd harga yg berpatutan utk mengekalkan keadaan pasaran yg stabil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cai.ran] | کچاءيرن

Definisi : perihal atau keadaan cair: Disebabkan ~nya, bahan itu kurang berkesan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecairan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
WARNAWARNA, sesuatu yang mencerminkan struktur sosial secara simbolis dan mempunyai pengertian tertentu dari segi magis dan perubatan. Dalam budaya Melayu, warna sangat rapat dengan alam persekitaran semula jadi. Selain warna-warna dasar seperti putih, hitam, merah, biru atau kuning, terdapat beberapa cahaya warna yang menghampiri warna-warna dasar itu. Biasanya istilah cahaya adalah mengikut kepekatan dan kecairan warna itu, iaitu sama ada tua atau muda, maka terdapatlah warna seperti merah tua atau merah muda, dan kuning tua atau kuning muda.  Di samping itu, terdapat cahaya warna yang diistilahkan mengikut apa yang dilihat pada alam semula jadi, terutamanya tumbuh-tumbuhan seperti merah pulasan daripada warna buah pulasan, kuning kunyit, daripada warna kunyit dan hijau pucuk pisang, cahaya yang menyerupai warna pucuk pisang.  Lembayung, pinang masak, biji remia, biji asam, bunga keduduk dan kulit manggis adalah istilah bagi warna tertentu daripada tumbuh-tumbuhan.  Unsur –unsur lain daripada alam semesta adalah seperti tanah liat (kuning), laut (biru), batu (merah), darah-darah ikan (merah) atau asap (kelabu).  Semua istilah ini mencerminkan pandangan hidup orang Melayu.BUDAYAKonsep

Kembali ke atas