Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cam.bah] | کچمبه

Definisi : tumbuhan yg baru keluar drpd be­nih; ~ kayu ara takkan jadi pulut-pulut prb orang yg berani tidak akan menjadi penakut (orang besar tidak akan hilang kekuasaannya); berkecambah 1. mulai (baru) tumbuh; 2. tumbuh dgn banyak(nya); ®cambah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cam.bah] | کچمبه

Definisi : tumbuh-tumbuhan yg baru keluar (tumbuh) dr biji. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecambah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan terbaik untuk microgreen? Setakat ini saya guna terjemahan tauge atau kecambah.

Tiada terjemahan khusus untuk “microgreen”.  Kami mencadangkan pilihan berikut, tauge, kecambah atau cambah. (Sumber: Kamus Dewan Perdana dan Kamus Dewan).

Lain-lain09.09.2022
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM.

Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah:

 

  1. (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
  2. /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur. 
  3. (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
  4. (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.

 

Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring.  

Ejaan16.06.2019

Kembali ke atas