Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj alat bunyi-bunyian bertali yg dipe­tik sbg gitar (spt cerempung); memetik ~ bermain kecapi; berkecapi bermain kecapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : sj tumbuhan (pokok dan buah), sentul, Sandoricum koetjape; buah ~ buah sentul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ca.pi] | کچڤي

Definisi : alat bunyi-bunyian bertali yg seakan-akan gambus rupanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecapi

Puisi
 

Sayang kecapi kecapang condong,
     Sayang tempurung berisi paku;
Kalau petang matahari condong,
     Kalau burung nak terbang aku.


Lihat selanjutnya...(11)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTeluk kecapi kecapang condong, Hanyut tempurung di kalut paku; Sudah terlihat matahari condong, Ibarat burung terbanglah aku.
Kurik Kundi Merah SagaSayang kecapi kecapang condong, Sayang tempurung berisi paku; Kalau petang matahari condong, Kalau burung nak terbang aku.
Kurik Kundi Merah SagaBuah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan dipukul jangan dimaki, Amun tidak hendak antaran pulang.
Kurik Kundi Merah SagaBuah sentul buah kecapi, Buah salak dalam dulang; Jangan pukul jangan dimaki, Kasi talak hantar pulang.
Kurik Kundi Merah SagaPukul rebana pukul kecapi, Raja berarak dari seberang; Apakah sebab jadi begini, Karam berdua basah seorang.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat belas tali kecapi, Telur murai di atas lutut; Rasa belas dalam hati, Rambut mengurai atas lutut.
Kurik Kundi Merah SagaGesek biola tali empat, Putus satu tali kecapi; Sudah cari serata tempat, Baru dapat kehendak hati.
Kurik Kundi Merah SagaDayang-dayang sedang menari, Sekalian kadam petik kecapi; Doa adik lebihlah lagi, Saya ajak abang sendiri.
Kurik Kundi Merah SagaTiup-tiup angin di atas, Hendak memetik tali kecapi; Jongnya lilin layarnya kertas, Hendak menempuh lautan api.
Kurik Kundi Merah SagaKencang-kencang angin di atas, Hendak putus tali kecapi; Jongnya perak layarnya kertas, Hendak melanggar lautan api.
12

Kembali ke atas