Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : khianat, keadaan tidak setia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : hal atau keadaan cedera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecederaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distresMenurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud damage ialah kerosakan. Manakala injury suffered ialah mengalami kecederaan. Maka terjemahan yang sesuai bagi 'damage and injury suffered’ ialah kerosakan dan mengalami kecederaanMakna16.08.2017
Dimaklumkan bahawa pihak kami sedang dalam tugasan terjemahan dan ingin memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi perkara yang berikut: 1) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘damage and injury suffered’ Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’ 2) Cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi perkataan ‘suffering and distress’ Cadangan 1 : penderitaan dan kesusahan Cadangan 2 : penderitaan dan distres1. damage and injury suffered - kerosakan dan kecederaan yang ditanggung

2. suffering and distress - penderitaan dan kesusahan
Lain-lain14.08.2017
Kecederaan yang dialami oleh Dali menyebabkan dia / menyebabkannya dimasukkan ke hospital. Beza dia dan nya? TqAyat yang betul ialah "Kecederaan yang dialami oleh Dali menyebabkannya dimasukkan ke hospital".Tatabahasa20.09.2014
Mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala. Apakah ayat tanya yang sesuai bagi ayat ini ? Terima kasihAyat tanya yang sesuai dengan ayat keterangan tersebut ialah:  Di bahagian manakah mangsa kemalangan mengalami kecederaan parah?Lain-lain20.03.2016
As-salam, saya ada pertanyaan tentang dua ayat seperti di bawah: 1. Cara tersebut mungkin akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal. 2. Cara tersebut akan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal. Berdasarkan dua ayat di atas, adakah ia boleh ditafsir sebagai dua situasi yang berbeza? Jika ya, pohon pihak DBP beri pencerahan dengan secepat mungkin sebelum 19 April 2024. Terima kasih. HISHAM ISHAK

Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 34 dan 1497, maksud "mungkin" ialah boleh jadi berlaku dan sebagainya kerana belum diketahui atau belum dapat dipastikan, manakala "akan" pula bermaksud menyatakan sesuatu yang bakal terjadi atau jangkaan tentang sesuatu kejadian, perlakuan dan lain-lain.

Sehubungan dengan itu, dua contoh ayat yang diberikan mempunyai maksud yang berbeza. Ayat pertama menunjukkan sesuatu perkara tidak pasti akan berlaku. Ayat yang kedua pula menunjukkan sesuatu perkara akan atau boleh berlaku pada masa akan datang.

Makna01.04.2024
Dimaklumkan bahawa pihak kami telah memohon khidmat nasihat pihak DBP bagi cadangan padanan terjemahan yang tepat dan bersesuaian bagi frasa ‘damage and injury suffered’ pada 16.8.2017 dan dan pihak DBP pada 17.8.2017 telah mencadangkan terjemahan 'kerosakan dan mengalami kecederaan' bagi frasa tersebut. Walau bagaimanapun untuk makluman pihak DBP, terjemahan tersebut seolah-olah menggambarkan perkataan 'suffered' itu hanya terpakai untuk 'injury' sahaja. Untuk makluman, perkataan 'suffered' terpakai untuk kedua-dua 'damage and injury'. Jadi mohon pihak DBP dapat memberikan nasihat berkenaan perkara ini. Untuk makluman pihak DBP juga, berikut merupakan cadangan terjemahan oleh pihak kami sebelum ini: Cadangan 1 : kerosakan dan kecederaan yang ditanggung Cadangan 2 : kerosakan dan kecederaan yang dialami Cadangan 3 : kerosakan yang ditanggung dan kecederaan yang dialami. Adakah tepat menggunakan perkataan ‘kecederaan yang ditanggung’ berbanding perkataan ‘kecederaan yang dialami’Dalam data kami, suffer diterjemahkan kepada alami/mengalami. Melihat kepada konteks makna yang sesuai, kami bersetuju dengan cadangan ketiga, kerosakan yang ditanggung dan kecedraan yang dialami. Walau bagaimanapun kesesuaian ini perlu melihat konteks yang sebenarnya dalam bahasa sumber. 

Tatabahasa17.08.2017
Tuan, Bolehkah saya menggunakan lebih malang lagi atau lebih-lebih lagi sebagai pangkal ayat? Contoh, Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan juga membawa kemautan kepada mangsa yang tidak berdosa. Adakah ayat di atas gramatis dan penggunaan "lebih malang lagi" adalah betul? Terima kasih.

1.   Ayat yang betul ialah Kemalangan jalan raya menyebabkan kecederaan parah kepada mangsa. Lebih malang lagi, kemalangan tersebut telah membawa maut kepada mangsa yang tidak berdosa.

 

Tatabahasa22.09.2021
Soalan : Mohon semak ayat - tatabahasa. Walaubagaimanapun, pihak Kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dengan penyediaan dan penerbitan Kod ini tidak bertanggungjawab di atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berbangkit secara langsung atau tidak langsung akibat sebarang Akta atau Peraturan-peraturan dengan penerimaaanpakai Kod ini.

Puan Rozita,

Ayat yang betul ialah - Walau bagaimanapun, pihak kementerian dan pihak-pihak lain yang terlibat dalam penyediaan dan penerbitan kod ini tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian, kerosakan atau kecederaan yang berlaku secara langsung atau tidak langsung mengikut akta atau peraturan jika kod ini diterima pakai. 

Tatabahasa04.10.2010
apakah maksud radang saraf?

Radang saraf atau neuritis disebabkan

oleh penyakit atau kecederaan. Keadaannya yang

menyakitkan boleh memberi kesan kepada satu

atau banyak saraf. Ia kadangkala dikelirukan oleh

gangguan yang dikenali sebagai neuralgia (lihat

Neuralgia).

Makna11.07.2012
Bolehkah penggunaan kata sangat dan amat digunakan sekali dalam sesuatu ayat?Contohnya,Azman berasa amat sangat sakit disebabkan kecederaan yang dialami.Kata penguat amat, sangat, sungguh boleh hadir salah satu sahaja di hadapan atau belakang kata adjektif, seperti: Pakaian seragam pasukan itu amat kemas, Pemandangan di perbatasan indah sungguhTatabahasa08.12.2010
12

Kembali ke atas