Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : khianat, keadaan tidak setia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : hal atau keadaan cedera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecederaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KESELAMATAN

Keselamatan ialah bebas daripada kecederaan

atau bahaya kecederaan. Perkataan keselamatan

juga merujuk langkah berjaga-jaga yang diambil

untuk mengelakkan kemalangan. Kemalangan

ialah penyebab utama kematian di seluruh

dunia. Di Amerika Syarikat, sebagai contoh,

lebih kurang 94 000 orang terbunuh setiap tahun

kerana kemalangan. Kira-kira sembilan juta orang

cedera parah akibat kemalangan. Kemalangan

juga menyebabkan banyak wang digunakan setiap

tahun bagi perbelanjaan perubatan dan kehilangan

pendapatan.

UMUM 
TERBAKAR DAN MELECUR

Terbakar dan melecur ialah antara

kecederaan yang paling serius dan menyakitkan.

Biasanya luka terbakar terjadi disebabkan terkena

pakaian atau bahan lain yang terbakar atau terkena

elektrik atau bahan kimia seperti asid. Kecederaan

yang disebabkan oleh air panas atau cecair atau

wap panas juga dikenali sebagai melecur .

Luka terbakar boleh menjejaskan semua sistem

tubuh. Luka terbakar yang serius boleh

merosakkan sebahagian besar kulit. Ia juga

mengganggu peredaran darah, fungsi beberapa

organ, dan kemampuan tubuh untuk melawan

jangkitan.

UMUM 
PERUBATAN SUKAN

Perubatan sukan ialah satu bidang perubatan

yang menyediakan penjagaan kesihatan bagi orang

yang selalu aktif dari segi fizikal. Tujuan utamanya

adalah untuk mengurangkan risiko terhadap

kecederaan dan untuk merawat secara berkesan

sebarang kecederaan sekiranya ia berlaku.

Perubatan sukan berasaskan pengetahuan yang

sedia ada pada beberapa pakar, termasuk doktor,

pelatih-pelatih olahraga, pakar fisiologi, dan juga

pendidik jasmani. Pakar tersebut akan menolong

menentukan jenis latihan yang perlu dilaksanakan

untuk membantu para atlet mempersembahkan

prestasi terbaik masing-masing tanpa mengalami

sebarang kecederaan. Pakar perubatan sukan ini

juga akan membuat penilaian tentang kaedah

melatih para atlet, penguatkuasaan segala peraturan

bagi mencegah kecederaan, dan juga reka bentuk

dan penggunaan peralatan olahraga dan

kemudahan.

UMUM 
PALSI SEREBRUM

Palsi serebrum ialah istilah umum bagi

pelbagai gangguan yang disebabkan kecederaan

pada otak. Kecederaan berlaku sebelum atau

ketika lahir atau dalam masa beberapa tahun

pertama hidup.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
OFTALMIA

Oftalmia ialah nama sejenis penyakit mata yang

teruk yang menyerang selaput mata. Penyakit ini

mungkin disebabkan oleh jangkitan, racun, atau

kecederaan. Contohnya, Oftalmia neonatorum ialah

jangkitan pada mata bayi yang baru lahir, biasanya

disebabkan oleh kuman yang menyebabkan

gonorea. Oftalmia simpatetik , yang jarang-jarang

berlaku, merebak ke kedua-dua belah mata selepas

kecederaan pada sebelah mata dan boleh

menyebabkan buta. Lihat juga Buta (Penyakit).

UMUM 
NEURITIS

Neuritis ialah radang saraf yang disebabkan

oleh penyakit atau kecederaan. Keadaannya yang

menyakitkan boleh memberi kesan kepada satu

atau banyak saraf. Ia kadangkala dikelirukan oleh

gangguan yang dikenali sebagai neuralgia (lihat

Neuralgia ).

UMUM 
ANGGOTA PALSU

Anggota palsu ialah gantian tiruan untuk lengan

atau kaki yang hilang akibat kecederaan, penyakit,

atau kecacatan semasa lahir. Anggota palsu juga

dikenali sebagai prostesis. Tidak ada anggota palsu

yang dapat menjalankan kesemua fungsi anggota

manusia, tetapi anggota palsu yang cukup padan

dapat menolong seseorang mengambil bahagian

dalam kebanyakan kegiatan harian.

UMUM 
PARUT

Parut ialah tanda kekal yang tinggal setelah

kecederaan pada kulit atau di bahagian tubuh lain

yang sembuh. Parut boleh terjadi akibat luka yang

dalam, terkena api, kudis, atau pembedahan.

UMUM 
PERDARAHAN

Perdarahan ialah keadaan keluarnya darah dari

pembuluh darah. Perdarahan berlaku apabila

arteri, vena, atau kapilari pecah. Pecah mungkin

disebabkan oleh kecederaan, hakisan , atau

kehausan, yang terhasil melalui proses tak normal

seperti ulser, keradangan, atau kanser. Doktor

menamakan perdarahan yang teruk hemoraj.

UMUM 
1234

Kembali ke atas