Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : khianat, keadaan tidak setia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : hal atau keadaan cedera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : keadaan cedera (luka, patah tulang, dsb): bermain-main semasa bekerja kerap kali menyebabkan orang lain mendapat ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.de.ra.an] | کچدراءن

Definisi : keadaan cedera (luka, patah tulang dsb): Dia terpaksa meletakkan jawatan kerana ~ pd kakinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecederaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
intentional injurykecederaan disengajakaninsuransTiadaKecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas insured boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan ilu tidak disengajakan.
intentional injurykecederaan disengajakanPentadbiran PerniagaanTiadaKecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas insured boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan itu tidak disengajakan.
intentional injurykecederaan disengajakanPentadbiran PerniagaanTiadaKecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas insured boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan itu tidak disengajakan.
wilful injurykecederaan sengajaPentadbiran PerniagaanTiadaKecederaan yang disebabkan oleh perbuatan dengan niat untuk mencederakan diri sendiri. Pada umumnya kecederaan ke atas pihak yang diinsuranskan boleh dilindungi oleh insurans selagi kecederaan itu tidak disengajakan.
Cold injuryKecederaan sejukPertanianAgronomi

Kerosakan tumbuhan akibat suhu yang terlalu sejuk. Kecederaan sejuk boleh berlaku kepada semua bahagian tumbuhan termasuk daun, batang, dahan, bunga dan akar. Kecederaan bermula pada bahagian daun dan batang apabila kristal ais terbentuk dalam sel, menyebabkan tisu menjadi hitam dan lembik. Kecederaan pada akar menyebabkan kematian pokok. Sekiranya suhu sejuk berlaku bersama angin kencang, daun akan mula kering, menjadi perang dan gugur. Contohnya, tanaman limau di Florida, Amerika Syarikat yang kadangkala mengalami kecederaan sejuk apabila dilanda angin sejuk dari kawasan utara.

serious mental harmkecederaan teruk mentalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKecederaan atau gangguan terhadap mental, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan dan memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk mental merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk mental boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa. Contoh kecederaan teruk mental ialah mangsa menjadi gila, fobia, takut, keinginan untuk mencederakan diri sendiri atau membunuh diri.
serious bodily harmkecederaan teruk badanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKecederaan pada tubuh badan, kesan daripada jenayah genosid yang dilakukan oleh pihak-pihak yang ingin menghapuskan atau memusnahkan sesuatu kumpulan atau bangsa yang dilindungi. Kecederaan teruk badan merupakan salah satu elemen actus reus dalam jenayah genosid. Kecederaan teruk badan boleh disebabkan oleh perhambaan, kebuluran, deportasi, penahanan di kem yang memburukkan keadaan tahanan, rogol atau penderaan terhadap mangsa.
airway injurykecederaan salur udaraPerubatanTiadaKecederaan atau luka di bahagian salur udara yang boleh menyebabkan gangguan pernafasan. Kecederaan ini boleh terjadi akibat kemalangan yang melibatkan salah satu atau semua bahagian muka, hidung, leher atau dada, inhalasi agen toksik dan asap.
bodily injurykecederaan anggotainsuransTiadaKecederaan kepada tubuh badan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh polisi termasuk kematian pada bila-bila masa akibat daripada kecederaan tubuh badan yang dialami.
bodily injurykecederaan anggotaPentadbiran PerniagaanTiadaKecederaan kepada tubuh badan yang dialami oleh seseorang dalam tempoh polisi termasuk kematian pada bila-bila masa akibat daripada kecederaan tubuh badan yang dialami.
12345678910...

Kembali ke atas