Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.ka.pan] | کچکڤن

Definisi : 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.ka.pan] | کچکڤن

Definisi : 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecekapan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KECEKAPAN

Kecekapan, dalam bidang kejuruteraan dan

fizik, ialah nisbah kerja yang dihasilkan oleh mesin

dengan amaun tenaga yang dimasukkan ke dalam

mesin.

UMUM 
EKONOMI DALAMAN

Ekonomi dalaman ialah faedah yang diperoleh dari dalam firma hasil daripada peningkatan kecekapan dalam proses pengeluaran.

EKONOMI DAN PENGURUSANKonsep
TEORI MAKLUMAT

Teori maklumat , memerihalkan bagaimana

mesej dipancar dan diterima melalui sistem

maklumat elektronik seperti televisyen, radio atau

telegraf. Teori ini menyediakan hukum matematik

bagi menentukan kebarangkalian bahawa semua

bahagian mesej yang tersendiri, yang dikenal

sebagai bit , akan dipancar tanpa sebarang herotan.

Jurutera-jurutera elektronik kemudian

menggunakan hukum tersebut bagi meningkatkan

keupayaan, kecekapan, dan kejelasan sistem

maklumat. Penerapan praktik hukum-hukum ini

disebut sebagai sains maklumat.

UMUM 
GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA

GERAKAN CINTAILAH BAHASA KITA, kempen bahasa yang dilancarkan oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur. Gerakan Cintailah Bahasa Kita seluruh negara ini dilancarkan dengan tujuan untuk memperkukuh kesedaran rakyat tentang peri pentingnya peranan bahasa kebangsaan dan kecekapan berbahasa kebangsaan dalam pembangunan negara, sejajar dengan perkembangan dalam bidang pendidikan, ilmu pengetahuan dan pentadbiran negara.

BAHASAKegiatan
TUNKU KUDINTUNKU KUDIN ( ? -1905), pentadbir dan pemimpin di Selangor.  Nama sebenarnya ialah Tunku Thiauddin atau Dhiauddin, putera Sultan Zainal Rashid dan adinda Sultan Ahmad Tajuddin.  Ketokohannya menonjol selepas berkahwin dengan Tunku Arfah (Tunku Chik) puteri Sultan Abdul Samad, pada tahun 1868.  Selepas perkahwinan itu, Sultan Abdul Samad melantiknya sebagai wizurai, atau wakil raja Selangor memandangkan kebolehan dan kecekapan kepimpinan serta latar belakang pendidikan Inggerisnya.  Sebagai wizurai dia diberi kuasa mentadbir Selangor bagi pihak Sultan Abdul Samad.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TUN ABDUL JAMILTUN ABDUL JAMIL (? -1688), pembesar kerajaan Johor.  Dia adalah salah seorang anak Laksamana Johor yang meninggal dunia pada tahun 1640-an.  Dengan itu jawatan laksamana dipegang oleh Tun Abdul Jamil.  Pada mulanya dia bertugas sebagai panglima, kerana kecekapan dan kebolehannya dia dinaikkan pangkat menjadi ketua juak raja dengan gelaran Panglima Muda, seterusnya menjawat jawatan Megat Seri Rama, Laksamana dan Paduka Raja.  Jawatan Paduka Raja adalah bakal Bendahara.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI

MAJLIS PENASIHAT KETUA-KETUA ANAK NEGERI, majlis penasihat hal ehwal peribumi. Majlis ini ditubuhkan di bawah Akta Undang-undang Pentadbiran Kampung 1913 oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada tahun 1915. Majlis ini dianggotai oleh gabenor sebagai presiden, setiausaha kerajaan, residen-residen dan pegawai-pegawai daerah sebagai penasihat, dan ketua-ketua anak negeri yang mewakili daerah masing-masing. Majlis ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kecekapan para ketua anak negeri menjalankan tanggungjawab mereka, iaitu mengenal pasti masalah peribumi kesan daripada kesan daripada sistem pentadbiran British, dan juga sebagai wakil untuk menjalankan dasar kerajaan kepada peribumi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas