Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.ka.pan] | کچکڤن

Definisi : 1. kesanggupan, kemampuan; 2. kebolehan melakukan sesuatu (spt kerja dll) dgn cepat dan sempurna, kemahiran, kepandaian (melakukan sesuatu); 3. kepan­tasan membuat sesuatu (berfikir dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.ka.pan] | کچکڤن

Definisi : 1 kemampuan atau kesanggupan membuat sesuatu. 2 keadaan atau hal cekap; kemahiran atau kepandaian membuat sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecekapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
turbin efficiencykecekapan turbinKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kerja aci sebenar Ws terhadap kerja aci seentropi, Ws,isen yang diungkapkan sebagai dengan h = kecekapan turbin. Kecekapan ini juga ditakrifkan sebagai nisbah perubahan entalpi DH sebenar terhadap perubahan entalpi pada keadaan seentropi DHs sebagai h = DH/DHs,
compressor efficiencykecekapan pemampatKejuruteraanKejuruteraan KimiaNisbah kerja aci pada keadaan seentropi, Ws, isen terhadap kerja aci sebenar Ws yang diungkapkan sebagai dengan h = kecekapan pemampat. Kecekapan ini juga ditakrifkan sebagai nisbah entalpi pada keadaan seentropi DHs terhadap nisbah entalpi sebenar DH yang diungkapkan sebagai
collision efficiencykecekapan perlanggaranSainsHidrometeorologiPecahan daripada semua titisan air yang, dari mulanya bergerak dalam laluan perlanggaran antara satu sama lain, sememangnya berlanggar. Kecekapan perlanggaran yang didarab dengan kecekapan percantuman menghasilkan kecekapan pungutan.
all-day efficiencykecekapan sepanjang hariTeknikElektrikPurata kecekapan peralatan elektrik dalam tempoh 24 jam. Purata ini penting untuk mengetahui kecekapan sesuatu alat menggunakan tenaga setelah dipasangkan beban dan dikendalikan selama 24 jam, supaya dengan itu dapat diketahui beban yang mampu dibawanya. Kecekapan ini diukur dalam unit kilowatt-jam.
efficiencykecekapanMekanikGunaanNisbah kerja keluaran terhadap kerja masukan. Bagi mesin, kecekapannya ialah nisbah kerja yang dilakuka oleh mesin itu terhadap kerja yang perlu dilakukan padanya untuk tujuan tersebut. Simbol yang kerap digunakan untuk kecekapan ialah ƞ dan kecekapan biasanya diukur dalam bentuk peratusan. Kecekapan sesuatu alat sentiasa kurang daripada 100%.
managerial skillskemahiran pengurusanPentadbiranPentadbiran Awam

Bentuk kecekapan yang diperlukan oleh organisasi terhadap kakitangannya bagi menyempurnakan tugas dan tanggungjawab sesuai dengan kelayakan akademik atau pengalaman yang dimiliki. Biasanya, kecekapan pengurusan bukan sahaja dilihat dalam kalangan kakitangan bawahan tetapi juga kaedah atau cara pihak pengurusan atasan mentadbir dan mengurus sebuah organisasi. Kecekapan mengurus biasanya dinilai dalam tiga aspek yang utama iaitu kecekapan berfikir, kecekapan melaksanakan dan menyempurnakan tugas dan kecekapan memberikan input atau idea yang baru dalam sesuatu tugas.

relative efficiencykecekapan relatifKejuruteraanTiadaNisbah kecekapan terma tertunjuk sebenar dengan kecekapan kitar unggul tertentu, pada nisbah pemampatan yang sama.
blind proficiency testujian kecekapan butaSains ForensikTiadaUjian kecekapan yang dijalankan kepada penganalisis dalam keadaan penganalisis tersebut tidak sedar bahawa bahan bukti yang sedang diuji itu sebenarnya adalah sebahagian daripada ujian kecekapan terhadapnya. Ujian ini merupakan sebahagian daripada kawalan mutu makmal forensik dan untuk menjamin tahap kecekapan penganalisis forensik sentiasa terpelihara.
efficiencykecekapanTeknikElektrik1. Nisbah peratus kuasa keluaran terhadap kuasa masukan sesuatu peralatan mesin atau perkakas elektrik. 2. Bagi bateri sekunder, kecekapan ialah nisbah peratus tenaga keluaran terhadap tenaga masukan dalam keadaan biasa. 3. Bagi lampu pijar, kecekapan ialah nisbah peratus min kuasa lilin sfera terhadap watt yang digunakan. 4. Bagi penjana tenaga, kecekapan ialah nisbah peratus elektrik yang diterima terhadap julatan tenaga elektrik yang dihasilkan.
reaction mass efficiencykecekapan jisim tindak balasTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKaedah pengukuran kecekapan apabila jisim reaktan yang bertindak balas bertukar kepada produk yang ditentukan. Kecekapan jisim tindak balas biasanya dinyatakan dalam bentuk peratusan dan merupakan metrik pengukuran tahap kehijauan sesuatu proses atau sintesis.
12345678910...

Kembali ke atas