Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cen.de.ru.ngan] | کچندروڠن

Definisi : kesukaan (keinginan, ke­mahuan), kecondongan (bkn bakat, hati): pendapat pentafsir itu bergantung pd ~nya; kaedah mengajar ini mesti disesuaikan dgn ~ kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cen.de.ru.ngan] | کچندروڠن

Definisi : 1 apa-apa yg diminati atau disukai; kesukaan; kemahuan: Kaedah mengajar di sekolah rendah ini disesuaikan dgn ~ kanak-kanak. 2 perasaan cenderung pd atau suka akan sesuatu: ~nya dlm bidang muzik telah mendorongnya mendalami bidang itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecenderungan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inclinationkecenderungan,kecondonganPerubatanTiada1. Kecenderungan: Kecondongan sesuatu dari satu garis rujukan seperti kecondongan gigi dari paksi tegak.
homeostatic tendencykecenderungan homeostatikKesusasteraanTiadaKecenderungan mempertahankan nilai-nilai yang terdapat dalam sesebuah naskhah.
centrifugal tendencykecenderungan daya emparanSejarahTiadaKecenderungan mengempar kuasa dari kuasa pusat khususnya kuasa penjajah yang mengamalkan dasar pemerintahan pencar-pinggir.
electron donating tendencykecenderungan pendermaan elektronKimiaTiadaKecenderungan sesuatu atom atau kumpulan atom untuk mendermakan pasangan bebas elektron dalam pembentukan ikatan kovalen datif.
confirmation bias tendency/confirmatory bias tendencykecenderungan bias pengesahanPengurusanPerancanganSuatu keadaan apabila seseorang berusaha untuk mencari maklumat supaya dapat mengesahkan dan mempertahankan pendapatnya sendiri, selain dapat menolak maklumat yang boleh menyanggah pendapatnya. Kecenderungan bias pengesahan akan menyebabkan keputusan dibuat secara tidak wajar kerana tidak membuka persepsi individu kepada maklumat yang lebih menyeluruh. Contohnya, kecenderungan bias pengesahan boleh berlaku apabila seseorang pengurus terlalu cenderung dengan keputusannya untuk membuka cawangan perniagaan baharu tanpa mengambil kira faktor persaingan dan permintaan yang terhad.
secular trendarah aliran sekularEkonomiTiadaKecenderungan pergerakan jangka panjang aktiviti ekonomi yang mengikut suatu arah aliran tertentu. Arah aliran mungkin negatif, yang menggambarkan penurunan, atau positif yang menggambarkan peningkatan. Perubahan kecenderungan mungkin berpunca daripada perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan cita rasa yang mengubah corak permintaan atau perubahan teknologi yang mengubah kaedah pengeluaran. Misalnya, kemerosotan yang berpanjangan dalam penggunaan beca yang disebabkan oleh proses pemodenan. Perubahan permintaan yang berlaku mengikut musim tidak dinamakan perubahan arah aliran sekular.
homosexualityhomoseksualitiPsikologiPsikologi UmumKeinginan atau kecenderungan individu untuk memilih seseorang yang sama jantina dengannya sebagai teman. Kajian-kajian setakat ini memperlihatkan bahawa keinginan seks individu terhadap sesama jenis lebih banyak dipengaruhi faktor genetik, biologi, budaya dan psikologi. Kajian tentang homoseksualiti juga menunjukkan bahawa kecenderungan ini tidak berkait dengan faktor-faktor seperti kemanjaan ibu yang berlebihan, ketiadaan bapa, masalah emosi, peranan semasa kanak-kanak atau remaja atau kerana paksaan atau tingkah laku orang yang lebih tua. Ramai individu bersetuju bahawa kelompok ini lebih dipengaruhi sikap awal individu tentang peranan lelaki yang dipaksa oleh ibu bapa atau penjaga supaya mengikut kebiasaan atau tingkah laku tradisi kelelakian.
measure of disprsionsukatan serakanMatematikTiadaStatistik seperti julat, julat antara kuartil, atau sisihan piawai yang digunakan untuk membayangkan perubahan antara data daripada sukatan kecenderungan memusat. Lihat juga sukatan kecenderungan memusat.
octane numbernombor oktanaKimiaTiadaNombor yang memberikan ukuran kecenderungan sesuatu bahan api untuk mengetuk apabila dibakar di dalam enjin. Nombor ini diperoleh daripada peratus isi padu isooktana, C8H18 (2,2,4-trimetilpentana) dalam campuran isooktana (tanpa ketuk) dan heptana, C7H16, (mempunyai ketuk tinggi) yang menentukan kecenderungan bahan api untuk mengetuk apabila digunakan di dalam enjin pembakaran dalaman. Misalnya, heptana mempunyai nombor oktana 0 dan isooktana 100.
brand preferencekeutamaan jenamaKomunikasiKorporatTingkah laku yang menunjukkan kecenderungan pengguna terhadap sesuatu barangan. Tingkah laku ini dipengaruhi oleh beberapa faktor, iaitu faktor pengalaman positif terhadap sesuatu jenama, faktor harga mampu beli, faktor daya tarikan pakej barangan, faktor mutu dan jenis kandungan barangan, dan faktor kebolehcapaian barangan. Pengurus jenama bertanggungjawab memasukkan strategi meningkatkan kecenderungan pemilihan pengguna terhadap jenama dalam aktiviti pengurusan jenama berkenaan.
12345678910...

Kembali ke atas