Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecerek


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
kecerekkecerekMuzikTiada

 Alat muzik tradisional yang diklasifikasikan sebagai idiofon yang dipukul serentak. Kecerek diperbuat daripada bilah buluh. Sepasang bilah buluh tersebut dipegang dan dipukul serentak oleh pemain. Kecerek memainkan bahagian rentak yang berfungsi sebagai penanda masa dalam muzik ensembel menora di utara Malaysia dan di selatan Thailand.

mekmulungmekmulungMuzikTiada

 Dramatari rakyat yang terdapat di Kampung Wang Tepus, utara Kedah. Mekmulung mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental serta dipersembahkan untuk hiburan dan menyembah guru. Cerita asasnya tentang dewa muda dan juga cerita Melayu lain. Watak penting dalam dramatari ini ialah Pak Mulung, Mek Mulung, peran, pengasuh dan inang. Ensembel mekmulung terdiri daripada alat muzik gong, kecerek, rebana ibu, rebana penganak, rebana peningkah dan serunai.


Kembali ke atas