Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ce.ria.an] | کچرياءن

Definisi : perihal (keadaan, sifat) ceria: ~ bilik pejabat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ce.ria.an] | کچرياءن

Definisi : keadaan atau suasana ceria: ~ bilik pejabat dpt meningkatkan semangat bekerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keceriaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Skema warna (menambah/menambahkan) keceriaan.Yang mana satukah betul?Jika boleh tolong berikan maksud dua perkataan itu.Saya sering keliru mengenai kena guna -kan atau tidak............Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Skema warna menambah keceriaan'. Makna18.01.2012
perlukan senarai peribahasa dan kata hikmat berkenaan keselamatan , keceriaan dan kebersihan harap dapat berikan senarai yang diperlukan untuk dilukis sebagai mural keselamatan pelajar sekolah terima kasihSila kunjungi perpustakaan yang berdekatan. Buku peribahasa yang boleh dijadikan rujukan ialah Kamus Istimewa Peribahasa terbitan DBP.Lain-lain09.02.2010
Please advise BM translation for Pure Joy Pure Love 1. Keriangan Kasih Sejati 2. Keceriaan Kasih Sejati 3. Keriangan Murni, Kasih Sejati 4. Keriangan Sejati Yang mana satu lebih baik. Terima Kasih.Cadangan padanan frasa bahasa Melayu untuk frasa pure joy, pure love ialah "kebahagiaan abadi, kasih sejati". Makna02.11.2023
assalamualaikum tuan. Apakah maksud perkataan "berceria"Tidak ada kata berceria dalam pangkalan data kami. Kata ceria apabila menerima imbuhan boleh menghasilkan kata menceriakan, keceriaan dan penceriaan.Tatabahasa31.03.2014

Kembali ke atas