Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : (kecéwa) 1. (berasa) dukacita kerana tidak tercapai cita-cita (harapan, kehendak, dsb), hampa: hatiku ~ kerana sahabat baikku pun tidak dapat menolongku; 2. tidak ber­jaya (mencapai sesuatu), gagal (dlm ujian, usaha, dll), tidak berhasil (sesuatu usaha dsb): beberapa percubaan mendaki gunung itu telah ~; 3. sl cela, cacat; mengecewakan 1. menyebabkan kecewa (berasa hampa), menimbulkan rasa kecewa (hampa, dukacita): kerosakan besar pd tanaman-tanaman itu telah ~ petani-petani; peletakan jawatan oleh beliau sangat ~ pengikut-pengikutnya; 2. menyebabkan tidak berjaya atau tidak tercapai (cita-cita, usaha, dsb), menggagalkan; terkecewa berasa kecewa; kekecewaan perihal kecewa, perasaan kece­wa (dukacita, hampa): pd air mukanya, terbayang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.cé.wa] | کچيوا

Definisi : /kecéwa/ 1 (berasa) sedih kerana yg diharapkan tidak tercapai; hampa: Jangan ~ jika usahamu itu gagal. 2 tidak berhasil atau tidak berjaya (dlm peperiksaan dll); gagal dlm usahanya: Segala usaha itu akan ~ jika tidak mendapat sokongan drpd orang ramai. mengecewakan 1 menyebabkan kecewa atau hampa: Tindakan majikan itu sangat ~ para pekerja. 2 menjadikan tidak berhasil; menggagalkan: Pihak merekalah yg ~ rundingan itu. terkecewa berasa kecewa; dikecewakan. kekecewaan perasaan atau keadaan kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Kalau menggulung kuih sagu,
     Jangan lupa menaruh inti;
Orang termenung menupang dagu,
     Itulah tanda kecewa di hati.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Seperti anjing kedahuluan.

Bermaksud :

Kecewa dan takut. kedahuluan = didului oleh harimau waktu mengejar perburuan.

 

Lihat selanjutnya...(11)


Pengesahan Bahasa

TajukNo. PermohonanKandunganPBTBidangJenisNo KelulusanStatusTarikh HantarTarikh KemaskiniMasa Kemaskini
ELAK KECEWA TEMPAH 'ONLINE'47251/2016ELAK KECEWA TEMPAH 'ONLINE' iklan terdahulu yang diluluskan menggunakan perkataan online DBP/KPB/201204/00732 DBP/KPB/201609/10408 BP/KPB/201311/02447Majlis Daerah Perak TengahPejabat Urusan dan PerkhidmatanTiadaDBP/KPB/201610/12055Lulus11/10/201611/10/201613:49:14

Kembali ke atas