Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.cil] | کچيل

Definisi : 1 tidak besar; tidak luas; tidak lebar: rumah ~; meja ~. 2 masih muda atau masih kanak-kanak: anak ~; emak ~ emak saudara yg masih muda. 3 tidak banyak bilangannya; sedikit: bilangan ~ bilangan yg sedikit. 4 tidak penting; tidak mustahak; remeh: perkara ~ perkara yg tidak penting. mengecil menjadi kecil. mengecilkan 1 menjadikan kecil (sempit dll); mengurangkan bilangan (perbelanjaan dll): ~ perbelanjaan. 2 menganggap tidak penting atau tidak mustahak; mengabaikan: Kita tidak dpt ~ jasanya kpd negara. memperkecil menjadikan lebih kecil. kecil-kecilan dgn cara kecil-kecil atau sedikit-sedikit; tidak secara besar-besaran: Mereka mengadakan kenduri secara ~. berniaga secara ~. kekecilan keadaan atau sifat kecil: ~ hidupan seni. pengecilan perbuatan (hal dsb) mengecil atau mengecilkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecil (adjektif)
1. Bersinonim dengan comel: halus, ketot, kemetot, kerdil, kurus, langsing, ramping,
Berantonim dengan besar

2. Bersinonim dengan sempit: tidak lapang, tidak luas, tidak lebar,
Berantonim dengan luas

3. Bersinonim dengan kanak-kanak: budak, muda, mentah, setahun jagung,
Berantonim dengan dewasa

4. Bersinonim dengan sedikit: secubit, sekelumit, sejemput, segenggam, sekepal,
Berantonim dengan banyak

5. Bersinonim dengan remeh-temeh: tidak penting, tidak mustahak,
Berantonim dengan penting

6. Bersinonim dengan mudah: senang, tidak rumit, tidak sukar, tidak payah,
Berantonim dengan besar

Kata Terbitan : sekecil-kecilnya, mengecil, mengecilkan, memperkecil-kecil, kecil-kecilan, kekecilan,

Puisi
 

Kecil-kecil pengayuh lidi,
     Mari sampai hutan seberang;
Kecil-kecil hendak berbini,
     Apa belanja kulit kerang.


Lihat selanjutnya...(61)
Peribahasa

Kecil-kecil lada api,
     besar-besar limau abung.

Bermaksud :

Meskipun kecil tetapi berani. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kecil-kecil anak harimau, b. Kecil-kecil cabai rawit, c. Kecil-kecil cili Melaka). limau abung = sebangsa limau besar.

 

Lihat selanjutnya...(127)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
paper shredderperacik kertasPentadbiran PerniagaanTiadaMesin yang meracik kertas dengan mencariknya kecil-kecil.
cocktailkoktelSosiologiTiada1. Koktel: Sejenis minuman keras hasil campuran dua atau lebih jenis minuman keras lain.,2. Jus buah-buahan yang dicampur dengan pelbagai jenis buah-buahan yang dipotong kecil-kecil.
minor story (j)cerita kecil; berita kecilKomunikasiTiadaTiada
tukul keciltukul kecilKesenianTiadaAlat untuk memaku rotan menggunakan pakul kecil berukuran 1.25 cm hingga 3.75 cm terutama ketika menganyam corak atau mengikat.
belira kecilbelira kecilKesenianTiadaBahagian hujung kek yang berupa kayu panjang nipis yang digunakan untuk menanda benang lungsin sewaktu membilang gigi belalang.
fossettefosetPerubatanTiada1. Satu lekukan atau alur kecil.,5. Ulser yang kecil dan dalam pada kornea.
disseminated depositmendapan terselerakGeologiTiadaSejenis mendapan bijih yang mineral bijihnya terdapat sebagai zarah kecil atau telerang kecil yang terserak di seluruh batuan sekitar.
broad classificationpengelasan luasPerpustakaanTiadaPenyusunan buku-buku berdasarkan kelas yang utama dengan pembahagian kecil atau tanpa pembahagian kecil.
barrancobarankoGeologiTiada1. Lembah saliran yang dalam dan bersisi curam di cerun kon volkano, terbentuk oleh hakisan dan tautan alur-alur yang lebih kecil.,2. Ngarai kecil, atau gaung berdinding batuan yang dalam dan bersisi curam.,3. Arroyo, galur, atau celah yang dalam yang terbentuk oleh hujan yang lebat.
bookletbuku kecilPerpustakaanTiadaBuku kecil yang mempunyai jilidan paling ringkas.
12345678910...

Kembali ke atas